Hans Wilhelm Langsdorff (20 Mac 1894 – 20 Disember 1939) adalah seorang pegawai tentera laut Jerman, menjadi terkenal dengan memerintah Panzerschiff (kapal tempur kecil) Admiral Graf Spee semasa Pertempuran Sungai Plate.

Hans Langsdorff
Kelahiran(1894-03-20)20 Mac 1894
Bergen, Rügen, Jerman
Meninggal dunia20 Disember 1939(1939-12-20) (umur 45)
Buenos Aires, Argentina
DisemadikanTanah Perkuburan La Chacarita, Buenos Aires, Argentina
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1912-1939
PangkatKapitän zur See
ArahanAdmiral Graf Spee
PertempuranPerang Dunia I

Perang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II

AnugerahIron Cross Kelas 1
PasanganRuth Hager (k.1924)

Kerjaya sunting

Langsdorff telah dilahirkan pada 20 Mac 1894 di Bergen di pulau Rügen. Beliau merupakan anak sulung dari keluarga yang bertradisikan undang-undang dan agama bukannya bertradisikan tentera laut. Pada tahun 1898, keluarga ini berpindah ke Düsseldorf, dimana mereka adalah jiran kepada keluarga Graf (Count) Maximilian von Spee, yang kelak menjadi wira tentera laut Jerman (turut meragut nyawanya) dalam Pertempuran Falkland Islands pada tahun 1914. Dipengaruhi oleh jirannya yang dihormati, Langsdorff memasuki Akademi Tentera Laut Kiel pada tahun 1912 lantas melawan kehendak ibubapanya. Semasa Perang Dunia I, Leftenan Langsdorff menerima pingat Iron Cross Kelas Ke-2 dalam Pertempuran Jutland pada 1916, dan kemudiannya bertugas di atas kapal penyapu ranjau sehingga perang berakhir. Beliau menerima Iron Cross Kelas 1 pada penghujung perang tetapi tarikh sebenar tidak diketahui.

Pada tahun 1923, sewaktu ditugaskan ke pejabat tentera laut di Dresden, Langsdorff bertemu jodoh dengan Ruth Hager. Mereka berkahwin pada Mac 1924, dengan anak lelaki mereka Johann dilahirkan pada 14 Disember. Pada Oktober 1925, Langsdorff telah ditugaskan ke Kementerian Pertahanan di Berlin untuk menyelaraskan hubungan antara tentera laut dan tentera darat. Pada tahun 1927, beliau telah ditugaskan memerintah sebuah flotila bot torpedo, dan pada April 1930 beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander. Pada tahun 1931, beliau telah dipanggil semula ke Berlin, kerana kebolehan mentadbirnya telah menjadi terkenal dan dihargai. Selepas kebangkitan kuasa pihak Nazi, Langsdorff memohon bertugas di laut pada 1934, tetapi sebaliknya dilantik ke Kementerian Dalam Negeri.

Pada tahun 1936 dan 1937, sewaktu dalam kapal tempur poket baru Admiral Graf Spee sebagai sebahagian daripada staf Laksamana Muda Boehm, Langsdorff terlibat dalam Perang Saudara Sepanyol. Pada 1 Januari 1937, Langsdorff telah dinaikkan pangkat ke Kepten. Beliau mengambil alih pemerintahan Admiral Graf Spee pada Oktober 1938.

Pada 21 Ogos 1939, Admiral Graf Spee meninggalkan pelabuhan dengan arahan untuk menyerang perkapalan dagang musuh di Atlantik Selatan berikutan meletusnya Perang Dunia Kedua. Untuk tiga minggu pertama peperangan, kapal ini bersembunyi di lautan terbuka timur Brazil sementara kerajaan Jerman menentukan betapa seriusnya peperangan ini dengan Britain. Pada 20 September 1939, Admiral Graf Spee telah dilepaskan untuk menjalankan misinya.

Sepanjang 10 minggu akan datang, Langsdorff dan Admiral Graf Spee sangat berjaya, menghenti dan menenggelamkan 9 buah kapal dagang British, berjumlah lebih 50,000 tan. Langsdorff mematuhi Konvensyen Hague dan mengelak membunuh sesiapa saja; layanan kemanusiaannya mendapat pujian dari pegawai-pegawai kapal yang menjadi tawanannya.

Pertempuran Sungai Plate sunting

Tuah Langsdorff muncul pada pagi 13 Disember 1939 apabila pengawalnya melaporkan kehadiran sebuah kapal kruiser dan dua buah kapal pembinasa British. Admiral Graf Spee kini mengalami kelemahan enjin yang mengurangkan kelajuannya ke 23 knot. Selepas Langsdorff menggerakkan kapalnya untuk menyerang, ia menjadi jelas bahawa kapal pembinasa itu sebenarnya adalah kapal kruiser ringan (HMS Ajax dan HMNZS Achilles) serta ditambah dengan kapal kruiser berat HMS Exeter. Penganalisis tentera laut mendakwa Langsdorff kemudian melakukan kesalahan taktikal yang teruk[[:]]. Kapalnya lebih kuat daripada semua lawan, memiliki meriam utama 11 inci (280 mm), berbanding meriam "Exeter" 8 inci (200 mm) dan Ajax serta Achilles’ 6 inci (150 mm). Exeter mengalami kerosakan teruk dan terpaksa berundur; kemudian ia bertempur semula dan, bertambah rosak dan menyenget, sekali lagi berundur. Tetapi ia sempat menembak keseluruhan peluru meriam 8-inci kedalam Spee, memusnahkan dandang stim yang diperlukan untuk mengendali sistem pembersihan bahan api kapal.[perlu rujukan] Langsdorff tahu bahawa beliau mempunyai masa 16 jam sebelum membersihkan bahan api didalam tangki siapnya—tanpa mengharapkan penggantian atau pembaikian sistem itu di laut. Tidak lama kemudian, dua kapal kruiser ringan itu berada dalam jarak sasaran dan melepaskan 20 tembakan pada Admiral Graf Spee, mengenai stor makanan dan bakeri. Pada masa yang sama, Langsdorff dan komodor British membuat keputusan untuk menghentikan pertempuran itu, Langsdorff menuju ke pelabuhan berkecuali Montevideo di Uruguay untuk membuat pembaikian.

Pihak berkuasa Uruguay menuruti perjanjian antarabangsa dan, walaupun memberikan tempoh 72 jam tambahan untuk bermalam dari kebiasaan 24 jam, menghendaki Admiral Graf Spee meninggalkan pelabuhan pada jam 20:00 pada 17 Disember 1939 atau ditahan selama tempoh peperangan. Langsdorff mendapatkan perintah dari Berlin, dan diberi arahan agar kapal itu tidak boleh ditahan di Uruguay (yang menyokong Britain), atau dibenarkan jatuh kedalam tangan musuh, tetapi beliau tidak diberi arahan mengenai tindakan apa yang perlu diambil. Oleh itu beliau menganggap boleh cuba membawa kapal ini ke tempat sahabat Buenos Aires di Argentina walaupun difikirkan bahawa selat itu tidak cukup dalam untuk kapalnya; beliau boleh membawa keluar kapal ini ke laut untuk memerangi pasukan British sekali lagi (propaganda British cuba memujuk rakyat bahawa sebuah pasukan British yang besar sedang menunggu—walaupun sebenarnya ia tidak dapat tiba untuk lima hari); atau beliau boleh melubangtenggelamkan kapal ini. Beliau mengambil keputusan untuk ditenggelamkan, terutama untuk menyelamatkan anak-anak kapalnya daripada terbunuh. Di sempadan perairan wilayah Uruguay, Graf Spee berhenti dan anak-anak kapalnya di bawa keluar melalui tongkang-tongkang Argentina. Tidak lama selepas itu, bom yang dipasang meletupkan Admiral Graf Spee dan ia tenggelam didalam air cetek (hari ini ia tenggelam didalam lumpur dan terletak pada kedalaman 7–8 meter, bergantung pada air pasang).

Kematian sunting

 
Pistol Mauser yang digunakan oleh Kepten Hans Langsdorff membunuh diri

Langsdorff telah dibawa ke Hotel Naval di Buenos Aires, dimana beliau menulis surat kepada keluarganya dan orang atasannya. Beliau menulis pada 19 Disember 1939:[1]

'Saya kini boleh membuktikan kematian saya demi perkhidmatan tentera Reich Ketiga dan sudah bersedia mati untuk mempertahankan maruah negara. Saya sendiri memikul tanggungjawab untuk menenggelamkan kapal panzer "Admiral Graf Spee". Saya gembira untuk menggantikan nyawa saya untuk apa saja refleksi yang mungkin terhadap maruah negara. Saya akan menghadapi takdir saya dengan penuh kepercayaan demi perjuangan dan masa depan bangsa serta Führer saya.'

Selepas itu beliau membunuh diri dengan pistol sambil berbaring diatas bendera perang Graf Spee.[2] Jenazahnya telah disemadikan di kawasan Jerman di Tanah Perkuburan La Chacarita di Buenos Aires, Argentina.

Famili sunting

Anak lelaki Hans Langsdorff, Joachim Langsdorff, juga menyertai tentera laut Jerman. Dia terbunuh semasa memandu kapal selam mini Biber pada Disember 1944. Kapalnya kemudian ditemui oleh Royal Navy dan kini dipamerkan di Muzium Perang Imperial di London.[3]

Legasi sunting

Bandar Ajax di Ontario, Kanada, yang dinamakan sempena kapal kruiser Royal Navy yang terlibat dalam pemusnahan Graf Spee, dan juga mempunyai jalan-jalan didalamnya dinamakan sempena anggota Royal Navy yang terlibat dalam pertempuran, telah menamakan sebatang jalan pada 2007 sebagai menghormati Hans Langsdorff - "Persiaran Langsdorff".

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Nota sunting

  1. ^ Pope, Dudley (1987). "Langsdorff shoots himself". The Battle of the River Plate. Secker & Warburg. m/s. 194. ISBN 0-436-37750-0.
  2. ^ Adam, Thomas (2005). "Admiral Graf Spee". Germany and the Americas. ABC-CLIO. m/s. 45. ISBN 978-1-85109-628-2. Dicapai pada 13 June 2009.
  3. ^ "Submersible, Midget Submarine Biber (90), German". (Imperial War Museum entry about Biber 90.). Dicapai pada 25 March 2016.

4.Entre Hitler y Perón, Autor: Juan Bautista Yofre, Editorial: Penguin Random House Grupo Editorial Argentina, 2016, ISBN 9789500757379.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Hans Langsdorff di Wikimedia Commons