"Hantu Atau Buaya" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, Nana Sheme. Ia dikeluarkan pada 20 November 2014 sebagai sebagai single keduanya selepas "Permintaan Hati" dan merupakan satu kejayaan komersial.[1][2]

"Hantu Atau Buaya"
Single oleh Nana Sheme
Dilancarkan pada20 November 2014
Dirakamkan pada30 Oktober 2014
Mixology Studio, TTDI, Kuala Lumpur
GenrePop
Panjang3:07 minit
SyarikatLIFE Records
PenulisDJ Fuzz, Adib
PenerbitDJ Fuzz
Kronologi Kronologi single Nana Sheme
""Permintaan Hati"
(2014)"
"Hantu Atau Buaya" ""Boleh Bla"
(2015)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Hantu Atau Buaya" ialah single kedua Nana Sheme selepas "Permintaan Hati", lagu ini digubah oleh DJ Fuzz dan liriknya ditulis oleh Adib. Rakaman lagu ini dijalankan pada 30 Oktober 2014 di Mixology Studio, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.[2] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Nana menjelaskan bahawa konsep lagu "Hantu Atau Buaya" amat berbeza berbanding "Permintaan Hati" yang berkonsepkan balada perlahan.[2]

Muzik video sunting

Muzik video rasmi untuk "Hantu Atau Buaya" telah dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Nana Sheme pada 15 Disember 2014 dan saluran YouTube rasmi LIFE Records pada 13 Julai 2015.

Promosi sunting

Bagi mempromosikan "Hantu Atau Buaya", Nana Sheme mengadakan persembahan secara langsung lagu ini dalam rancangan Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini di TV3 dan Nasi Lemak Kopi O di TV9.[3]

Senarai runut sunting

Muat turun digital[4]
  1. "Hantu Atau Buaya" – 3:07

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 20 November 2014 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
LIFE Records

Rujukan sunting

  1. ^ Rozaimi Zubaidi (17 Mei 2015). "Nana Sheme tidak menyangka Hantu Atau Buaya menjadi perhatian". mStar Online. Dicapai pada 5 September 2015.
  2. ^ a b c Ramlah Zainal (8 Mei 2015). "Teruja nyanyi lagu Hantu Atau Buaya". Harian Metro. Dicapai pada 5 September 2015.
  3. ^ Zaini RA (5 Mei 2015). "Hantu Atau Buaya popularkan nama Nana Sheme". Agenda Daily. Dicapai pada 5 September 2015.[pautan mati kekal]
  4. ^ a b "Hantu Atau Buaya - Single by Nana Sheme". iTunes (MY). Dicapai pada 5 September 2015.
  5. ^ "Hantu Atau Buaya, song by Nanasheme". Spotify. Dicapai pada 5 September 2015.