Hantu Bonceng 2.0

Filem seram komedi Malaysia 2021 arahan Yusry Abdul Halim

Hantu Bonceng 2.0 ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2021 arahan Yusry Abd Halim dengan skrip ditulis oleh Amin Abdul Nasir dan Sulaiman Shakib. Kesinambungan dari filem Hantu Bonceng (2011) arahan Ahmad Idham, ia dibintangi oleh Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar yang kembali menjayakan watak masing-masing. Filem ini ditayangkan pada 11 Februari 2021 di Astro First.[1][2][3]

Hantu Bonceng 2.0
PengarahYusry Abd Halim
Penulis
  • Amin Abdul Nasir
  • Sulaiman Shakib
Dihasilkan oleh
  • Saniboey Ismail
  • Azlan Shah Jaffril
  • Abdul Latiff Mohaideen
Dibintangi
SinematografiShaufie Wahib
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 21 Januari 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Kisah bermula dengan Amran dan Kunyit rasa teruja ingin bercuti ke Bukit Fraser bersama rakan-rakan ‘Mat Motor’ mereka. Semasa dalam perjalanan, motor Kunyit mengalami kerosakan. Kemunculan Ayu telah membawa Kunyit dan teman wanitanya, Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama, manakala rakan-rakan yang lain meneruskan ke destinasi mereka.

Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang mencurigakan. Menjelang malam, Amran dan Kunyit mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan. Amran turut bermimpi tentang seorang wanita yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya. Keesokannya, mereka dan Ayu cuba menyelesaikan misteri ini. Mereka menemui beberapa bukti dan petunjuk yang mana akhirnya menemukan mereka kepada beberapa siri pembunuhan dan penemuan yang meme-ranjat dan mengerikan.

Pelakon sunting

Penerbitan dan keluaran sunting

Penggambaran filem ini telah dijalankan sepenuhnya di Bukit Fraser, Pahang. Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar kembali menjayakan watak masing-masing dalam filem ini, dengan penambahan pelakon baharu termasuk Shiha Zikir dan Sangeeta Krishnasamy.[1][4]

Hantu Bonceng 2.0 dikeluarkan pada 11 Februari 2021 di Astro First.[1][5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Zizan Razak kembali dalam Hantu Bonceng 2.0". Utusan Borneo. 11 Februari 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Februari 2021). "Hantu Bonceng 2.0 'masuk' rumah". Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. ^ "Hantu Bonceng 2.0 kisah seram merungkai misteri kematian Sally". Kopiplanet. 9 Februari 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  4. ^ Nisa Irina (10 Februari 2021). "Filem Hantu Bonceng 2.0 masih relevan untuk ditayangkan". Cinema Online. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (10 Februari 2021). "Hantu Bonceng 2.0 kembali temui peminat". Bebas News. Dicapai pada 1 Jun 2021.

Pautan luar sunting