Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dan yang pertama dalam trilogi Hantu Kak Limah.[2][3] Filem yang dibintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian Zombi. Tetapi filem ini bukanlah kesinambungan kepada filem Zombi Kampung Pisang, tetapi lebih terarah kepada kejadian yang berlaku di Kampung Pisang. Filem ini ditayangkan pada 9 Disember 2010.[4][5]

Hantu Kak Limah Balik Rumah
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 9 Disember 2010 (2010-12-09) (Malaysia)
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.42 juta[1]
Pecah panggungRM 10 juta[1]

Plot sunting

Husin (Awie) yang telah dua tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah (Delimawati) yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit (Man Kadir), lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang geram akan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin (Ummi Nazeera), menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu (Zami Ismail) mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satu pun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Misteri hanya terurai apabila anak Kak Limah kembali ke Kampung Pisang.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Hantu Kak Limah Balik Rumah diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai untuk Tayangan Unggul.[6] Ia merupakan filem keempat Mamat bersama Tayangan Unggul selepas tiga filem terdahulu dan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang. Filem ini masih mengekalkan genre komedi seram, dan menampilkan kejutan demi kejutan. Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Kuala Kangsar, Perak.[7]

Muzik dan runut bunyi sunting

  • Di Ambang Wati nyanyian Awie
  • Bila Rindu Ku Sebut Namamu nyanyian Siti Fairuz
  • Con Te Partiro nyanyian Andrea Bocelli
  • The Flight Of Bumble Bee petikan piano Maksim Mrvica
  • Cinta Sabun Mandi nyanyian Iwan
  • Stanza Sepi Sekeping Hati nyanyian Awie (nyanyian asal oleh Ben Nathan)
  • Soley Soley nyanyian Middle Of The Road
  • Berjuta Batu nyanyian Alleycats
  • Sorry Seems To Be The Hardest Word nyanyian Zami Ismail (nyanyian asal oleh Elton John)
  • Cinta Kristal nyanyian Awie (nyanyian asal oleh Rahim Maarof)

Keluaran dan sambutan sunting

Kutipan sunting

Pada 28 Disember 2010, dilaporkan bahawa jumlah kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah mencecah paras RM 6 juta semenjak dibuka pada 9 Disember, menjadikan filem ini terbitan Tayangan Unggul paling besar dalam sejarah.[8] Setelah habis tayangan di 39 buah pawagam, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mengutip sebanyak RM 7.90 juta,[1] sekaligus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia, mengekori filem Ngangkung yang mengutip RM 8.18 juta dan Khurafat: Perjanjian Syaitan yang mengutip RM 8.03 juta.

Ulasan kritis sunting

Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia mengulas bahawa HKLBR ialah sebuah filem satira sosial yang mengambil pendekatan komedi gelap. "Walaupun Hantu Kak Limah Balik Rumah kelihatan melucukan tetapi pemahaman tentang filem ini memerlukan keseriusan. Isu sosial dalam filem ini suatu yang serius, cuma disampaikan dengan pendekatan komedi satira."[6] Syazwan Zakariah juga dari Utusan Malaysia tidak menganggap Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Namun sekadar menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri.[9] Portal hiburan Gua.com.my pula menyifatkan HKLBR ialah sebuah karya bersifat sindiran sinis.[10][11]

Anugerah dan pencalonan sunting

Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat pencalonan dalam FFM 24 dengan 4 pencalonan, sekali gus memulihkan reputasi filem ini selepas gagal tercalon pada Anugerah Skrin 2011.

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Aktor Terbaik Awie Tercalon
Cerita Asal Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shy8 Tercalon

Kesinambungan sunting

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) sunting

Pada 2012, kesinambungan filem ini telah diumumkan dengan Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip. Untuk filem ini, watak Kak Limah lakonan Delimawati, Usop Wilcha (Shy8), Pak Jabit (Man Kadir) dan Pak Abu (Zami Ismail) masih dikekalkan. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Hutan Ulu Kenas, Taiping.[12] Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013.[13]

Hantu Kak Limah 3 (2018) sunting

Kesinambungan ketiga Hantu Kak Limah telah diumumkan secara rasmi oleh Gayatri Su-Lin Pillai pada Februari 2013, beliau dipetik sebagai berkata: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,”[14] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan. Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak 32.5 juta[15]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, Finas. Diambil pada 10 Januari 2011.
  2. ^ "Mamat Khalid is back with Hantu Kak Limah Balik Rumah", New Straits Times, 7 December 2010.
  3. ^ "Hantu Kak Limah Balik Rumah, taruhan terbaru Mamat Khalid", Berita Harian, 7 Disember 2010.
  4. ^ Bangga dan puas hati Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2011.
  5. ^ Budiey (23 November 2010). Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  6. ^ a b Siti Athirah Dzulkifly (19 Disember 2010). Tragedi di Kampung Pisang Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2011.
  7. ^ Pradeeb Kumar Velayutham & Diyana Zamri (4 Jun 2016). Kuala Kangsar Popular Sebagai Lokasi Filem Tempatan Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine Malaysia Aktif. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  8. ^ Hantu Kak Limah Kaut RM6 Juta, gua.com.my, 28 Disember 2010. Dicapai pada 28 Disember 2010.
  9. ^ Syazwan Zakariah (16 Disember 2010). Mari balik ke panggung Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Jun 2011.
  10. ^ ULASAN - Sindiran Sinis Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah Gua.com.my. Dicapai pada 16 April 2011.
  11. ^ Review filem Hantu Kak Limah Balik Rumah[pautan mati kekal] Mysifu. Dicapai pada 16 April 2011.
  12. ^ Hantu Kak Limah 2 janjikan kelainan Sinar Harian (31 Januari 2013). Dicapai pada 24 Ogos 2013.
  13. ^ Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' Diarkibkan 2018-06-26 di Wayback Machine mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  14. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (14 Februari 2013). Penerbit rancang Hantu Kak Limah 3 Sinar Harian. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  15. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hantu-kak-limah-terus-pecah-panggung-raih-rm32-5-juta-184005

Pautan luar sunting