Hantukang Kanak (burung)

Hantukang Kanak (Aegotheles savesi) ialah burung hantukang yang besar dengan buluan berwarna kelabu-coklat dan hitam. Ia mempunyai ekor yang panjang, sedikit bulat, sayap yang pendek dan bulat, dan kaki yang panjang dan tegap. Suaranya tidak diketahui, tetapi spesies burung hantukang lain mengeluarkan bunyi berdesing dan bersiul. Ia adalah burung hantukang kedua terbesar yang diketahui (hanya hantukang Aotearoa yang telah pupus lebih besar), jauh lebih besar daripada hantukang rerama.

Hantukang Kanak
Lukisan oleh Joseph Smit, 1881
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Aegotheliformes
Keluarga: Aegothelidae
Genus: Aegotheles
Spesies:
A. savesi
Nama binomial
Aegotheles savesi

Hantukang Kanak adalah endemik di savanah Melaleuca Kaledonia Baharu dan hutan lembap. Hantukang lain suka bersendirian, bersarang dalam lubang di pokok, dan mencari makan dari tenggeran, menangkap serangga terbang dan turun ke mangsa di atas tanah atau pada batang dan dahan. Tidak diketahui sama ada tabiat tersebut digunakan oleh burung hantukang Kanak, tetapi spesies tersebut lebih besar dan mempunyai kaki yang lebih panjang daripada yang lain, jadi ia mungkin lebih suka di darat. 

Spesimen jenisnya dikumpul selepas ia terbang ke suatu bilik tidur di kampung Tonghoue. Burung hantukang besar tersebut hanya diketahui dari dua spesimen yang diambil pada tahun 1880 dan 1915 dan segelintir kecil penampakan. Laporan terbaru adalah dari ekspedisi 1998 yang menyaksikan seekor burung besar seperti tukang mencari serangga pada waktu senja di Lembah Rivière Ni. Laporan tersebut telah digunakan untuk mencadangkan bahawa spesies tersebut mungkin masih hidup dalam jumlah yang kecil, tetapi jumlah populasinya mungkin lebih kecil daripada 50 individu dan semakin berkurangan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Aegotheles savesi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22689559A129328996. Dicapai pada 29 February 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza