Hapag-Lloyd ialah sebuah syarikat pengangkutan dari Jerman yang terdiri daripada Hapag-Lloyd Container Line yang menjalankan aktiviti perkapalan kontena, dan Hapag-Lloyd Cruises, yang mengkhususkan dalam perkhidmatan kapal penumpang. Ia ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai satu gabungan antara syarikat Hapag yang ditubuhkan pada tahun 1847, dan Norddeutscher Lloyd (NDL) yang ditubuhkan pada tahun 1856. Hapag-Llyod dibeli oleh TUI AG (Hanover) pada tahun 1998. Ia menjadi sebuah syarikat subsidiari penuh kepada TUI pada tahun 2002. Pada tahun 2008, TUI mengumumkan rancangannya untuk menjual pegangan sahamnya dalam syarikat perkapalan ini sebelum akhir tahun.

Sebuah kapal kontena Hapag-Lloyd, Düsseldorf Express

Pautan luar sunting