Hari-hari Midori (Jepun: 美鳥の日々, Hepburn: Midori no Hibi) ialah sejudul manga fantasi shōnen karya Kazurou Inoue, diterbit oleh syarikat Shogakukan dalam majalah Shōnen Sunday mulai September 2002 hingga Oktober 2004 serta dikumpul dalam 8 jilid tankōbon. Kisahnya mengenai seorang pelajar sekolah tinggi yang mendapati tangan kanannya diganti oleh seorang gadis bernama Midori lalu cuba memulihkan Midori ke badan asalnya.

Hari-hari Midori
GenreKomedi, drama, asmara, ecchi
Manga
PengarangKazurou Inoue
PenerbitJepun Shogakukan
Amerika Syarikat VIZ Media
Singapura Chuang Yi (Bahasa Inggeris)
Malaysia GempakStarz
Penerbit LainSepanyol Ivrea
Jerman Egmont Manga & Anime
Itali J-Pop Edizioni
Malaysia A.C.G. Nation
DemografikShōnen
Majalah AsalShōnen Sunday
Tarikh Pengeluaran25 September 200218 Oktober 2004
Jilid8
Anime
PengarahTsuneo Kobayashi
StudioPierrot
Dilesenkan olehAmerika Syarikat AnimeWorks
Penyiaran AsalJepun Animax, various UHF stations
Filipina Animax
Dikeluarkan pada3 April 200426 Jun 2004
Portal Anime dan Manga

Siri manga ini diadaptasi menjadi siri anime 13 episod oleh Studio Pierrot bersiaran di Jepun dari April hingga Jun 2004 di rangkaian TV Animax, yang juga turut menyiarkan anime ini ke saluran-saluran serantaunya di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan lain-lain.

Plot sunting

Seiji Sawamura ialah pelajar terkuat di sekolah tingginya. Prestasi pelajarannya tidak berapa memberangsangkan kerana dia asyik bergaduh dari belajar, namun dia sentiasa melindungi pelajar-pelajar lemah dari ancaman kaki buli. Dia dijadikan idola oleh sebilangan rakan-rakannya; seorang gadis bernama Midori Kasugano dari sekolah lain juga menyanjunginya senyap-senyap; tetapi yang lain cuma menggeruninya, jadi sukarlah untuknya mencari kekasih, sehingga pada suatu pagi dia menyedari Midori yang kecil terlekat di tempat tangan kanannya.

Sepanjang dua minggu seterusnya mereka berdua menyesuaikan diri dengan kerapatan yang tiba-tiba dan dipaksa ini, menimbulkan banyak kesusahan, tetapi juga berputiknya asmara. Seiji berusaha menyorok Midori dari khalayak ramai; Midori melitupi kepalanya dengan balutan sambil berpura-pura menjadi tangan cedera Seiji. Midori selalu meluahkan rasa cintanya terhadap Seiji (terutama sekali memakai gaun jahitan sendiri yang bersulamkan "I ♥ Seiji"), tetapi Seiji tidak perasan pun, khususnya apabila dia selalu mengeluh dirinya tidak akan dapat mencari seorang perempuan yang menyukainya.

Cantuman Midori dan Seiji nampaknya berada di antara pinggang Midori dan pergelangan tangan Seiji, tetapi tidak pernah diketahui dengan jelas pun (Seiji selalu berbaju lengan panjang, Midori pula biasanya memakai gaun; paling lebih pun lengkung pinggangnya). Badan Midori kelihatan berfungsi dengan normal; dia tidur dan makan seperti biasa, dan keperluan fisiologinya dipenuhi sistem perkumuhan Seiji.

Pautan luar sunting

Laman rasmi sunting