Hari Jururawat Antarabangsa

Hari Jururawat Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Nurses Day) ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" (bahasa Inggeris: Nurses Day).[1] Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.

Tugu Florence Nightingale di London.

Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.

Pada tahun 1999, kesatuan pekerja awam British UNISON mengundi agar MJA mengubah tarikh sambutan ke hari lain, kerana menurut mereka Nightingale tidak mewakili kejururawatan moden.[2]

Sambutan di UK sunting

Pada 12 Mei setiap tahun, satu upacara akan diadakan di Westminster Abbey, London. Ketika upacara, satu lampu simbolik akan dibawa dari Nurses' Chapel di Abbey dan diserahkan dari seorang jururawat ke jururawat yang lain, sehingga ia sampai ke tangan Dekan yang akan meletakkannya di altar tinggi. Upacara ini menyatakan secara simbolik penyerahan ilmu dari seorang jururawat ke jururawat yang lain. Di gereja St. Margaret di East Wellow, Hampshire di mana letaknya pusara Florence Nightingale, satu upacara khusus diadakan pada hari Ahad selepas hari kelahirannya.[3]

Minggu kejururawatan sunting

Amerika Syarikat dan Canada menyambut Minggu Kejururawatan Kebangsaan dari 9 hingg 15 Mei setiap tahun. Ia pertama kali dimulakan di Amerika Syarikat oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1974. 8 Mei telah dijadikan Hari Jururawat Pelatih Kebangsaan pada tahun 1998. Pada tahun 2003, hari rabu di dalam Minggu Jururawat Kebangsaan di antara 6 hingga 12 Mei, diisytiharkan sebagai Hari Jururawat Sekolah Kebangsaan.[4]

Tema sunting

Tema MJA untuk Hari Jururawat Antarabangsa:[5]

  • 1988 - Keibuan yang selamat
  • 1989 - Kesihatan Sekolah
  • 1990 - Jururawat dan Persekitaran
  • 1991 - Kesihatan Mental - Jururawat sedang bertugas
  • 1992 - Penuaan yang sihat
  • 1993 - Kualiti, kos dan kejururawatan
  • 1994 - Keluarga yang sihat untuk negara yang sihat
  • 1995 - Kesihatan wanita - Jururawat merintisnya
  • 1996 - Kesihatan yang baik menerusi kajian kejururawatan
  • 1997 - Golongan muda yang sihat = masa depan yang lebih cerah
  • 1998 - Berganding bahu untuk kesihatan komuniti
  • 1999 - Menyambut kejururawatan masa lalu, menjana masa depan
  • 2000 - Jururawat - Sentiasa di sisi anda
  • 2001 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Bersatu menentang kekerasan
  • 2002 - Jururawat, sentiasa di sisi anda: Menyayangi keluarga
  • 2003 - Jururawat: Menentang stigma AIDS, bekerja untuk semua
  • 2004 - Jururawat: Bekerja dengan yang miskin; menentang kemiskinan
  • 2005 - Jururawat untuk keselamatan pesakit: Mensasarkan pada ubat palsu dan pengubatan substandard
  • 2006 - Perjawatan yang selamat dapat menyelamatkan nyawa
  • 2007 - Persekitaran amalan positif: Tempat kerja berkualiti = Penjagaan pesakit berkualiti
  • 2008 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kesihatan utama
  • 2009 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului inovasi penjagaan
  • 2010 - Menyampaikan kualiti, berkhidmat untuk komuniti: Jururawat mendahului penjagaan kronik.
  • 2011 - Merapatkan jurang: Menambah akses dan ekuiti

Rujukan sunting

  1. ^ "National Nurses Day 2006". Hallmark Press Room. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-30. Dicapai pada 2006-12-02.
  2. ^ Roxanne Nelson Washington Post, April 29, 2003 Good Night, Florence Accessed 2006-12-13
  3. ^ "Commemoration Service". Florence Nightingale Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-16. Dicapai pada 2006-12-03.
  4. ^ "National Nurses Week History". The American Nurses Association, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-01. Dicapai pada 2010-05-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "International Nurses Day". International Council of Nurses. Dicapai pada 2006-12-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting