Hari Kanada (B. Inggeris: Canada day, B. Perancis: Fête du Canada), sebelum itu dikenali sebagai Hari Dominion ialah hari kebangsaan negara Kanada, hari cuti umum berkanun di peringkat persekutuan yang disambut pada 1 Julai setiap tahun oleh warganegara Kanada di dalam dan juga luar negara.

Hari Kanada
Kanak-kanak melihat perarakan Hari Kanada di Montreal
Juga dikenali sebagai
Fête du Canada;
sebelum ini Dominion Day
Diraikan oleh/di
Rakyat Kanada (Kanada)
JenisSejarah, kebudayaan, nasionalisme
SambutanBunga api, perarakan
Tarikh1 Julai

Peringatan sunting

Perayaan ini, yang juga sering dikenali sebagai Hari Kelahiran Kanada terutamanya di dalam media massa,[1][2][3] ialah satu peristiwa yang menandakan gabungan koloni-koloni British Nova Scotia, New Brunswick dan Wilayah Kanada menjadi sebuah persekutuan empat wilayah (Wilayah Kanada dibahagikan menjadi dua kepada Ontario dan Quebec) pada 1 Julai 1867. Namun begitu, walaupun Kanada menjadi negara beraja yang berdaulat pada tarikh itu,[4] Parlimen British pada awalnya memiliki kawalan politik yang terhad ke atas negara baru itu. Kawalan itu dikurangkan berperingkat-peringkat sepanjang beberapa tahun sehinggalah sisa-sisanya ditamatkan pada tahun 1982 dengan Akta Perlembagaan yang mengiktiraf perlembagaan bagi negara Kanada. Oleh itu, Hari Kanada berbeza dengan perayaan Hari Kemerdekaan di negara-negara lain kerana tarikh yang disambut bukanlah tarikh mutlak kemerdekaan penuh Kanada dari British.

Sejarah sunting

 
Perayaan Hari Kanada di Jalan Wellington, di hadapan Château Laurier, di Ottawa.

Pada 20 Jun 1868, Lord Monck, yang merupakan Gabenor Jeneral pada waktu itu, mengeluarkan perisytiharan di raja meminta rakyat Kanada "meraikan ulangtahun gabungan."[5] Walau bagaimanapun, cuti itu tidak diwujudkan melalui akta parlimen sehinggalah pada tahun 1897, apabila tarikh itu dinamakan sebagai Hari Dominion di dalam Akta Amerika Utara British 1867. Cuti ini pada awalnya adalah kurang menonjol di dalam kalendar kebangsaan Kanada atas anggapan kebanyakan rakyat Kanada sehinggalah pada permulaan abad ke-20 bahawa mereka adalah rakyat Britain dan sekaligus menunjukkan kurangnya minat untuk meraikan sebarang bentuk khusus semangat kebangsaan Kanada. Tiada perayaan rasmi diadakan sehingalah pada tahun 1917, yang diadakan semata-mata untuk meraikan ulangtahun keemasan Gabungan Kanada, dan kemudiannya tiada lagi sehinggalah sedekad berlalu. [6]

Pengecualian sunting

Di bawah Akta Cuti-cuti Umum Persekutuan, Hari Kanada disambut pada 1 Julai. Apabila tarikh itu jatuh pada hari Ahad, maka 2 Julai diisytihar sebagai cuti umum. Namun begitu, acara sambutan selalunya tetap diadakan pada 1 Julai walaupun tarikh itu bukanlah cuti umum.[7] Jika tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, hari Isnin berikutnya adalah turut menjadi hari cuti bagi perniagaan yang selalunya bercuti pada hari Sabtu

Nota sunting

  1. ^ Panetta, Alexander (2007-07-02). "An unforgettable Canada Day, eh?". Toronto Star. Dicapai pada 2008-05-12. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ "Canada Day celebrations". Toronto Star. 2007-06-29. Dicapai pada 2008-05-12.
  3. ^ "Harper salutes international role in Canada Day address". National Post. 2007-07-01. Dicapai pada 2008-05-12.
  4. ^ "The Crown in Canada" (PDF). Kerajaan Kanada. Dicapai pada 2008-05-12.
  5. ^ "Canada Day". Department of Canadian Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-26. Dicapai pada 2008-05-12.
  6. ^ Canadian Heritage. "Canada Day Background / How we got our national holiday". Canoe. Dicapai pada 2008-05-31.
  7. ^ "Canada Day to be observed Monday, July 2". Kerajaan wilayah Saskatchewan, Buruh. 18 June 2007. Dicapai pada 2008-05-31. Check date values in: |date= (bantuan)