Hari Kebangsaan (Vietnam)

Hari Kebangsaan (Vietnam: Ngày Quốc Khánh) merupakan cuti umum di Vietnam diraikan pada 2 September, memperingati Pengisytiharan Kemerdekaan Vietnam daripada Perancis pada 2 September 1945. Perayaan ini merupakan Hari Kebangsaan negara Vietnam.[1]

Hari Kebangsaan
[Ngày Quốc Khánh] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Hồ Chí Minh membaca Pengisytiharan Kemerdekaan di Dataran Ba Đình
Nama rasmi[Ngày Quốc khánh Việt Nam 2–9] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Diraikan oleh/di
Vietnam
JenisKebangsaan
KepentinganMengisytiharkan Kemerdekaan Vietnam daripada Penjajahan Perancis
Tarikh2 September
Waktu berikutnya2 September 2024 (2024-09-02)
Kekerapanannual

Sejarah sunting

Pihak Jepun menduduki Vietnam pada Perang Dunia II tetapi membenarkan Perancis tinggal dan menggunakan beberapa pengaruh. Ketika perang berakhir pada Ogos 1945, satu lompang kuasa telah diwujudkan di Vietnam. Mengambil kesempatan oleh itu, Việt Minh melancarkan "Revolusi Ogos" di seluruh negara untuk menawan pejabat-pejabat kerajaan. Maharaja Bảo Đại turun takhta pada 25 Ogos 1945, menamatkan Dinasti Nguyễn. Pada 2 September 1945, di Dataran Ba Đình, Hanoi, Ho Chi Minh, pemimpin Viet Minh, mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam di bawah nama baharu iaitu Republik Demokratik Vietnam (DRVN) dalam satu ucapan yang menggunakan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara Revolusi Perancis.[2]

Penubuhan sunting

Membawa kepada, dan kemudian berikutan, berakhirnya Perang Vietnam, Parti Komunis Vietnam (kemudian kerajaan Vietnam bersatu) mewujudkan satu senarai seragam cuti umum. Hari cuti umum ini termasuk Hari Pekerja Antarabangsa| pada 1 Mei, ulang tahun Revolusi Ogos pada 19 Ogos, Hari Kebangsaan Viet Nam pada 2 September dan hari lahir Ho Chi Minh pada 19 Mei.[3] Tahun baru qamari, Tết Nguyên Đán dan bulan pertengahan musim luruh, Tết Trung Thu, terus diraikan secara tradisional.

Senarai cuti umum di Vietnam yang penuh telah disemak sejak tahun 2007 namun Hari Kebangsaan, 2 September, kekal sebagai cuti umum dan bank yang penuh.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Lonely Planet Southeast Asia 2010 Page 927 "National Day 2 September; commemorates the proclamation of the Declaration of Independence of the Democratic Republic of Vietnam by Ho Chi Minh in 1945"
  2. ^ A brief chronology of Vietnam's history Anh Thư Hà, Hò̂ng Đức Trà̂n – 2000 "On September 2, 1945, President Hổ Chí Minh made public the Declaration of Independence at Ba Đình Square (Hanoi), thus founding the Democratic Republic of Vietnam with Hanoi as its capital."
  3. ^ Shaun Kingsley Malarney Ritual and revolution in Viet Nam 1993 "Untuk mencapai matlamat ini, Party telah mewujudkan satu siri cuti umum bahari yang orang kampung boleh datang bersama dan menyambut pencapaian besar rakyat, negara dan sosialisme. Hari cuti ini termasuk Hari Mei, ulang tahun Revolusi Ogos pada 19hb Ogos, Hari Kebangsaan Viet Nam pada 2hb September dan hari lahir Ho Chi Minn pada 19hb Mei. Dua sambutan Vietnam tradisional Tahan Baru qamari (Tet Nguyen Dan) dan sambutan pertengahan musim luruh bagi kanak-kanak (Tet Trung Thu) juga dikekalkan sebagai cuti umum."
  4. ^ Vietnam – Page 107 Nick Ray, Peter Dragicevich, Regis St. Louis – 2007 "Vietnam's National Day (2 September) Celebrated with a rally and fireworks at Ba Dinh Sq, in front of Ho Chi Minh's Mausoleum."
  5. ^ Vietnam, Cambodia & Laos Jock O'Tailan, Claire Boobbyer, John Colet – 2006 "Following Ho's declaration, 2 September became Vietnam's National Day. Coincidentally, 2 September was also the date on which Ho died in 1969, although his death was not officially announced until 3 September in order not to mar ..."