Hari Kemenangan (lagu Siti Nurhaliza)

(Dilencongkan dari Hari Kemenangan)
Jangan dikelirukan dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan.

"Hari Kemenangan" adalah sebuah lagu raya oleh penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Ditulis oleh Siso Kopratasa dan dihasilkan oleh Pak Ngah, ia telah dikeluarkan pada 20 Jun 2016 sebagai single khas untuk Hari Raya Aidilfitri. Single ini merupakan single Hari Raya pertamanya selepas hampir 10 tahun tidak muncul dengan lagu Raya.

"Hari Kemenangan"
Single oleh Siti Nurhaliza
BahasaMelayu
Dilancarkan pada20 Jun 2016 (2016-06-20) (Digital)
Dirakamkan pada26 Mei 2016
FormatMuat turun digital
GenreIslamik, Pop, Hari Raya
Panjang4:20
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia
PenulisSiso Kopratasa
PenerbitPak Ngah
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Kau Ilhamku"
(2016)"
"Hari Kemenangan" ""Dirgahayu"
(2016)
Siti Nurhaliza - Hari Kemenangan (muzik video) di YouTube

"

sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah dituduh menciplak kerana tajuk lagunya mempunyai persamaan dengan lagu "Kemenangan" nyanyian kumpulan Rabbani.

Latar belakang dan rakaman sunting

 
Siti Nurhaliza menyifatkan Hari Kemenangan sebagai rakaman Aidilfitri pertamanya dalam tempoh sedekad, sambil mengatakan tidak mempunyai rujukan ayat klise berbanding lagu raya beliau terdahulu.

Pada 2016, dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Siti mengumumkan bahawa beliau akan merakamkan dan melancarkan sebuah lagu Raya.[1] Beliau juga mendedahkan bahawa lagu ini menjadi lagu Raya pertamanya dalam tempoh 10 tahun dan Pak Ngah menjadi komposer lagu ini.[1][2] Lagu ini dirakamkan pada 26 Mei 2016 apabila teaser untuk sesi rakaman selama seminit telah dimuatnaik oleh Rumpun Records, anak syarikat Universal Music Malaysia di akaun Facebook mereka.[3] Satu lagi teaser selama 15 saat telah dimuatnaik oleh Universal Music menerusi akaun Facebook mereka sendiri pada hari yang sama.[4] Semasa sesi rakaman, ia mengatakan bahawa beliau mengambil masa dua jam untuk berkurung dalam studio selepas mengambil keputusan untuk berehat panjang daripada nyanyian selepas konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert pada 2 April 2016 lalu.[5]

Komposisi dan lirik sunting

Sebuah lagu midtempo yang berdurasi selama 4 minit 20 saat telah diterbitkan oleh Pak Ngah dan lirik ditulis oleh Siso Kopratasa.[3] Tidak seperti lagu Raya Malaysia yang lain, lirik lagu ini mengandungi tiada rujukan kepada ayat klise yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia,[2] lirik lagu ini telah digambarkan untuk membawa makna yang lebih bermakna.[2]

Menurut Siti: "Istimewanya lagu raya kali ini, kami sepakat tidak lagi mahu gunakan bait-bait klise seperti ketupat lemang, juadah, bertandang dan sebagainya tetapi liriknya lebih berat namun masih sesuai untuk suasana hari raya." [2] Beliau juga menambah: "Lirik lagu itu pun lebih menyentuh maksud Aidilfitri menurut konteks Islam. Ia menceritakan mengenai kemenangan kita umat Islam melawan nafsu pada bulan puasa, memohon keampunan sesama insan dan daripada Yang Maha Esa."[6] Lagu ini digubah dengan sentuhan muzik Melayu tradisional yang masih "kekal dengan elemen suasana orang Melayu beraya."[6]

Pelancaran dan promosi sunting

Lagu ini boleh didapati untuk muat turun secara digital di iTunes Store pada 20 Jun 2016.[7] Muzik videonya telah dikeluarkan di akaun rasmi Universal Music Malaysia pada 4 Julai 2016.[8] Ia juga ditelevisyenkan semasa rancangan Salam Aidilfitri, sebuah program khas Aidilfitri di TV2 dan TVi pada 5 Julai 2016.[9]

Persembahan komersial sunting

Dalam masa sehari selepas ia dilancarkan, Hari Kemenangan mencapai kedudukan teratas di iTunes Malaysia.[10][11]

Muzik video sunting

Muzik video rasmi "Hari Kemenangan" telah diterbitkan dalam akaun rasmi YouTube Universal Malaysia pada 4 Julai 2016.[8] Ia juga kemudianya disiarkan di televisyen menerusi Salam Aidilfitri, program televisyen Aidilfitri khas pada 5 Julai 2016 di TV2 dan TVi.[9]

Sinopsis sunting

Video muzik mempunyai garis plot mudah. Ia bermula dengan kad tajuk menunjukkan namanya dan tajuk lagu. Kemudian membuka ke adegan di mana sekumpulan orang memakai pakaian berwarna-warni sedang mengumpul sekitar meja sambil berinteraksi antara satu sama lain. Dalam adegan seterusnya, ia menunjukkan Siti curiga ke dalam rumah melalui pintu depan banyak kejutan daripada sekumpulan orang. Dalam bahagian seterusnya video berkenaan, beliau mula menyanyi dan duduk di tengah-tengah antara dua sofa putih sambil ditemani oleh Pak Ngah yang sedang bermain akordion manakala kedua-dua mereka sedang diperhatikan oleh tetamu lain. Dalam adegan seterusnya beliau kelihatan berdiri dengan tetamu di hadapan sebuah banglo putih yang dihiasi dengan hiasan lampu LED. Sepanjang video, tetapan dalaman dan luaran yang sama telah digunakan secara berulang-ulang dengan beberapa adegan sekala menunjukkan tetamu dan Siti berinteraksi antara satu sama lain.

Persembahan secara langsung sunting

Hari Kemenangan telah dipersembahkan pertama kali oleh Siti Nurhaliza untuk khalayak pada Julai 2016 semasa menandatngani perjanjian rasmi antara i-Mizu dan Siti Nurhaliza Productions pada 23 Jun 2016.[12]

Kontroversi sunting

Pada Ogos 2016, lagu Hari Kemenangan dituduh menciplak lagu Kemenangan dendangan kumpulan Rabbani. Menurut Siti, sebenarnya kedua-dua lagu tersebut merupakan hasil nukilan Pak Ngah. Tuduhan itu disangkal Siti dan menjelaskan persamaan dua lagu itu timbul kerana salah faham antara penciptanya dengan kumpulan nasyid tersebut. [13]

Senarai runut sunting

Muat turun digital[7]
No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Hari Kemenangan"Siso Kopratasa
  • Pak Ngah Suhaimi
4:20


Persembahan carta sunting

Carta (2016) Kedudukan
carta
Carta Single Top 30 Malaysia[14] 6

Tarikh keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 20 Jun 2016 Muat turun digital Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Aqmar Mustaza (19 Mei 2016). "Siti Nurhaliza, AR Rahman saling mengagumi". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  2. ^ a b c d Jemang Rahman (8 Jun 2016). "Siti Nurhaliza Terdetik Jual Kuih Depan Rumah". mStar. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  3. ^ a b Rumpun Record's Admin (26 Mei 2016). "1-Minute Teaser of Hari Kemenangan". Dicapai pada 2016-06-23.
  4. ^ Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (26 Mei 2016). "15-Second Teaser of Hari Kemenangan". Dicapai pada 23 Jun 2016.
  5. ^ Jemang Rahman (3 Jun 2016). "Siti Nurhaliza 'Gantung Mic' Bukan Bermakna Tidak Boleh Hadiri Majlis". mStar. Dicapai pada 27 Jun 2016.
  6. ^ a b Zaidi Mohamad (3 Julai 2016). "Siti kembali kerjasama dengan Pak Ngah hasil lagu raya". Berita Harian. Dicapai pada 2016-07-12.
  7. ^ a b "Hari Kemenangan – Single". iTunes Store (MY). Apple. 21 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-20. Dicapai pada 2016-06-23.
  8. ^ a b "Dato Siti Nurhaliza – Hari Kemenangan". YouTube. Dicapai pada 2016-07-13.
  9. ^ a b Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (5 Julai 2016). "1-Minute Teaser of Hari Kemenangan Music Video". Dicapai pada 2016-07-13.
  10. ^ My News Hub Staff (22 Mei 2016). "'Hari Kemenangan' Single Terbaru Hari Raya Datuk Siti". MyNewsHub.cc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-26. Dicapai pada 2016-06-23.
  11. ^ Nurul Dayana Simangoon (21 Mei 2016). "Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun". Berita Mediacorp. Dicapai pada 2016-06-23.
  12. ^ Rumpun Record's Admin (23 Jun 2016). "Hari Kemenangan Live". Dicapai pada 2016-07-13.
  13. ^ Siti ciplak lagu Rabbani? Salah faham dua-dua ciptaan Pak Ngah The Malay Mail Online. Diakses pada 8 Ogos 2016.
  14. ^ Music Weekly Staff (27 Jun 2016). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-27. Dicapai pada 2016-07-28.

Pautan luar sunting

Muzik video