Hari Keputeraan Rasmi Raja

(Dilencongkan dari Hari Keputeraan Rasmi Ratu)

Hari Keputeraan Rasmi Raja (bahasa Inggeris: King's Official Birthday), atau Hari Keputeraan Rasmi Ratu (bahasa Inggeris: Queen's Official Birthday bagi raja perempuan, ialah hari yang terpilih di beberapa alam Komanwel iaitu hari keputeraan raja pemerintah diraikan secara rasminya di negera-negara berikut. Hari berkenaan tidak semestinya sama dengan tarikh sebenar hari keputeraan raja.

Sekeping tiket roti dari Bandar Toronto memberi si pemegang sebuku roti bersempena hari keputeraan Ratu Victoria

Hari keputeraan Raja Pemerintah pertama kali diperingati secara rasminya di Kerajaan Great Britain pada tahun 1748, untuk Raja George II. Semenjak itu, tarikh hari keputeraan raja atau ratu telah ditentukan sepanjang Empayar British, dan kemudian Negara Komanwel, sama ada melalui Titah Pengisytiharan Diraja yang dikurniakan oleh Raja atau dikeluarkan oleh Gabenor, atau oleh undang-undang statut yang diluluskan oleh parlimen tempatan. Tarikh sambutan hari ini berlainan seperti diguna pakai oleh setiap negara dan biasanya ditetapkan sekitar hujung bulan Mei atau permulaan bulan Jun, untuk sama dengan kebarangkalian tinggi cuaca baik di Hemisfera Utara untuk istiadat luar. Dalam beberapa keadaan, ia merupakan cuti umum yang rasmi, kadangkala sejajar dengan sambutan acara-acara yang lain. Kebanyakan alam Komanwel mengeluarkan senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu pada masa ini.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Elizabeth II dari United Kingdom

Templat:Hong Kong Holidays Templat:New Zealand Holidays Templat:Canadian royal symbols