Hari Kesihatan Sedunia

hari tindakan seluruh dunia yang diatur oleh WHO

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun, dengan tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut[1] sebagai Hari Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950. Hari Kesihatan Sedunia disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat semasa yang khusus.

Hari Kesihatan Sedunia
Nama rasmiWorld Health Day
Diraikan oleh/di
Semua negara anggota WHO
Kepentingankesihatan
Tarikh7 April
Kekerapantahunan

Selain Hari Kesihatan Sedunia yang umum, WHO turut mengiktiraf kempen kesihatan awam tertentu iaitu Hari Tuberkulosis Sedunia, Minggu Imunisasi Sedunia, Hari Malaria Sedunia, Hari Dunia Tanpa Tembakau, Hari Penderma Darah Sedunia, Hari Hepatitis Sedunia dan Hari AIDS Sedunia.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "World Health Day 2010 SMS messages". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-10. Dicapai pada 2011-01-10.
  2. ^ World Health Organization: WHO campaigns.

Pautan luar sunting