Hari Kita Jatuh Cinta

Hari Kita Jatuh Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Rahim Zali dibintangi oleh Intan Ladyana dan Azlee Khairi. Diadaptasi dari novel 2018 yang bertajuk karya yang sama Shera Zulghafar, siri ini memulakan tayangan di Slot Dramatix (Awesome TV) bermula 17 Mei 2021. [1]

Hari Kita Jatuh Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Hari Kita Jatuh Cinta
karya Shera Zulghafar
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PengarahRahim Zali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKuasa Cintamu - Siti Nurhaliza
Lagu penutupKuasa Cintamu - Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalAwesome TV
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Mei 2021 – 23 Jun 2021

Sinopsis sunting

Pertemuan tanpa diduga Mariam Sophia (Intan Ladyana) dan Yusoff Farhan (Azlee Khairi) telah menyulam rasa cinta antara mereka. Namun kemunculan Firhad (Gambit Saifullah), adik kepada Farhan telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada Mariam kerana Firhad sebenarnya bekas kekasih Mariam. Tapi untuk mengelakkan kecurigaan Farhan, Mariam telah berterus terang tentang kisah silamnya dan akhirnya mereka telah berkahwin.

Bermula apabila Farhan telah ke Palu, Indonesia untuk bantuan mangsa gempa bumi tanpa memberitahu Mariam perkara sebenar. Dia telah meninggalkan Mariam yang dalam keadaan hamil tanpa pengetahuannya. Sepanjang ketiadaan suaminya, pelbagai yang telah berlaku kepada Mariam yang membuatkan Mariam menderita. Dan lagi memilukan apabila kepulangan Farhan dalam keadaan yang tidak mengingati siapa Mariam disisinya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Hari Kita Jatuh Cinta MyInfoTaip. Dicapai 31 Januari 2021.