Hari Moyang

Hari Moyang diadakan bagi memperingati nenek moyang. Ia merupakan satu acara terpenting dalam kalendar masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Pada 16 Mac 2010, Hari Moyang diadakan di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Banting, Selangor. Tok Batin Kampung Sungai Bumbun ialah Sidin Bujang. Majlis ini lebih meriah kerana dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Selangor.[1]

Orang Asli terutama etnik Mah Meri diberi bimbingan kraf, budaya dan pembinaan semangat kepada Orang Asli di bawah gagasan 1Malaysia. Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu pengukir suku kaum Mah Meri dari Pulau Carey dihantar ke Washington, Amerika Syarikat sempena Pameran Seni Negara yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia pada April 2010.

Gerai kecil suku Mah Meri pada Festival Kraf sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010 berjaya menjual pelbagai topeng dan pelbagai bentuk lain yang menunjukkan keindahan masyarakat Orang Asli. bernilai RM16,000. Ukiran Mah Meri diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Hak tanah adat dan budaya mereka dilindungi oleh undang-undang. Orang Asli adalah sama kedudukannya dengan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa menafikan hak-hak kaum lain di negara ini.

RujukanSunting

  1. ^ Orang Asli ke AS Utusan Malaysia Online