Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "malapetaka" ) merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat British di Palestin pada tahun 1948.[1][2] Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Gambar seorang pakcik yang sedang memandangi sekolah pada hari Nakbah 1948.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, [3] dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan[4]. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab.[5] Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003)[6] dan bandar raya New York (2004).[7]

Galeri sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Najib 'Afif Arip (15 Mei 2008). "Kembalikan hak Palestin". Utusan Online. Dicapai pada 2 Jun 2008.
  2. ^ Azril Mohd Amin (2008). "Media Statement On The 60th Anniversary Of The Nakba And The Palestinian Right Of Return" (dalam bahasa B. Inggeris). ABIM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-08. Dicapai pada 2 Jun 2008. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Rubin, Barry and Rubin, Judith Colp (2003). Yasir Arafat: A Political Biography. New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-516689-2, ms. 187.
  4. ^ "Palestinians protest" (Real Media). National Public Radio. 14 Mei 1998. Dicapai pada 15 Mei 2008.
  5. ^ Bowker, Robert (2003). Palestinian Refugees: Mythology, Identity, and the Search for Peace. Lynne Rienner Publishers. ISBN 1-58826-202-2, ms. 96.
  6. ^ "Pro-Palestine rally in London" (dalam bahasa B. Inggeris). BBC News Online. 17 Mei 2003. Dicapai pada 2 Jun 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Al-Nakba Day Rally in Times Square, NYC" (dalam bahasa B. Inggeris). Neturei Karta International. 2004. Dicapai pada 2 Jun 2008.CS1 maint: unrecognized language (link).

Pautan luar sunting