Hari Orang Suomi Sweden

Hari Orang Suomi Sweden (Suomi: Ruotsinsuomalaisten päivä; Svensk: Sverigefinnarnas dag) ialah ulang tahun yang disambut di Sweden pada 24 Februari. Ulang tahun tersebut telah diluluskan oleh Akademi Sweden pada tahun 2010, dan diadakan buat kali pertama pada tahun 2011.[1] 24 Februari dipilih sebagai tarikh ulang tahun, kerana ini juga merupakan hari lahir Carl Axel Gottlund, seorang pengumpul puisi rakyat dan pembela status bahasa Suomi.[2] Tujuan hari tersebut adalah untuk meraikan kaum Suomi di Sweden dan mengiktiraf sejarah, bahasa dan budaya mereka sebagai sebahagian daripada warisan budaya Sweden.[1][3]

Hari Orang Suomi Sweden
Bendera orang Suomi Sweden
Nama rasmiSuomi: Ruotsinsuomalaisten päivä,
Svensk: Sverigefinnarnas dag
Diraikan oleh/di
Sweden
Tarikh24 Februari
Kekerapanannual
Berkaitan dengan
Carl Axel Gottlund

Perbandaran yang mempunyai minoriti berbahasa Suomi yang ketara menaikkan bendera orang Suomi Sweden pada Hari Orang Suomi Sweden.[4] Walau bagaimanapun, ia bukan hari bendera yang rasmi.[5] Ulang tahun tersebut disambut di pelbagai bahagian Sweden, termasuklah Stockholm, Eskilstuna, Gothenburg, Västerås dan Nykvarn. Acara pada hari tersebut termasuklah konsert, persembahan tarian, lawatan penulis, tarian karaoke, dan persembahan teater untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, pada tahun 2017, lebih seribu orang menghadiri sambutan tersebut di Dewan Bandaraya Stockholm.[6] Pada tahun 2013 khususnya, sambutan tersebut ketara di banyak tempat, apabila hari tersebut disambut dengan upacara rasmi buat kali pertama.[7]

Pada 2019, anjing laut telah diundi oleh pendengar saluran bahasa Suomi SR Sveriges Radio Finska (dahulunya dikenali sebagai Sisuradio) sebagai haiwan kebangsaan lambangan orang Suomi Sweden.[8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting