Hari Pencipta ialah sehari dalam setahun yang ditetapkan oleh sesebuah negara bagi mengiktiraf jasa para pencipta.

Argentina sunting

 
László József Bíró

Hari Pencipta (Sepanyol: Día del Inventor) di Argentina disambut sejak tahun 1986 dan diadakan pada 29 September setiap tahun, iaitu hari jadi pencipta pena mata bulat, László József Bíró[1].

Eropah sunting

 
Hedy Lamarr, pelakon dan pencipta.

Hari Pencipta (Jerman: Tag der Erfinder) di negara-negara berbahasa Jerman (Jerman, Austria dan Switzerland) disambut pada 9 November, iaitu tarikh kelahiran pencipta dan pelakon Hollywood kelahiran Austria, iaitu Hedy Lamarr yang terkenal kerana spektrum rebak terloncat frekuensi pada tahun 1942.

Hari Pencipta diisytiharkan oleh pencipta dan usahawan dari Berlin, Gerhard Muthenthaler. Menurut laman sesawang pertubuhan, Hari Pencipta bertujuan mengejar matlamat berikut:

  • Menggalakkan orang ramai memperoleh idea sendiri dan melakukan perubahan demi kesejahteraan
  • Mengingatkan pencipta yang dilupakan di kalangan orang ramai

Moldova sunting

Sejak tahun 1995, Republik Moldova menyambut Hari Pencipta dan Perasional pada hujung bulan Jun setiap tahun[2].

Thailand sunting

Thailand mengiktiraf 2 Februari sebagai Hari Pencipta tahunan. Kabinet Thailand menetapkan tarikh ini untuk memperingati ulang tahun peruntukan paten untuk ciptaan pengudara permukaan berkelajuan rendah (slow speed surface aerator) oleh Raja Bhumibol Adulyadej pada 2 Februari 1993[3].

Amerika Syarikat sunting

Ronald Reagan selaku Presiden Amerika Syarikat mengisytiharkan 11 Februari 1983 sebagai Hari Pencipta Kebangsaan, Pengisytiharan 5013 Diarkibkan 2014-04-10 di Wayback Machine, untuk ..menyeru rakyat Amerika Syarikat agar menyambut hari ini dengan upacara dan kegiatan yang bersesuaian. Sebagai pengiktirafan terhadap jasa para pencipta kepada negara dan dunia, Kongres, menurut Resolusi Bersama Senat 140 (Undang-undang Awam 97 - 198), telah menetapkan 11 Februari, iaitu ulang tahun kelahiran Thomas Alva Edison yang pernah memiliki lebih 1,000 paten, sebagai Hari Pencipta Kebangsaan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Well-known 20th and 21st century Hungarians". MTI – Hungarian News Agency Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 2008-04-28.
  2. ^ "Inventors and Rationalizers Day". State Agency on Intellectual Property of the Republic of Moldova (AGEPI). Dicapai pada 2008-04-28.[pautan mati kekal]
  3. ^ "The 2007 Inventors' Day Project". National Research Council of Thailand. 2007-01-18. Dicapai pada 2008-04-28.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting