Hari Peringatan (Komanwel)

Hari Peringatan (bahasa Inggeris: Remembrance Day, juga dikenali sebagai Poppy Day atau Hari Armistis) disambut di negara-negara Komanwel semenjak berakhirnya Perang Dunia Pertama untuk memperingati para anggota angkatan bersenjata yang gugur ketika berkhidmat. Hari ini, ataupun hari-hari lain yang terpilih, juga diiktiraf sebagai hari istimewa untuk mengenang perang di kebanyakan negara bukan Komanwel. Hari Peringatan disambut pada 11 November untuk mengenang berakhirnya persengketaan Perang Dunia Pertama pada 11 November 1918. Peperangan berakhir secara rasmi "pada jam sebelas tanggal sebelas hari bulan sebelas," bersempena dengan gencatan senjata yang dimeterai oleh para wakil Jerman dan Pakatan antara pukul 5:12 ke 5:20 pagi itu. ("Pada jam sebelas" memaksudkan berlalunya jam kesebelas, atau pukul sebelas pagi) Perang Dunia Kedua berakhir secara rasmi dengan termeterainya Perjanjian Versailles pada 28 Jun 1919.[1]

Hari Peringatan
Hari Peringatan di Kanada. Tugu peringatan di Dewan McCrae (pandangan terperinci); pada arca ini terdapat sepasang semat bunga popi.
Nama rasmiRemembrance Day
Juga dikenali sebagai
Poppy Day, Hari Armistis
Diraikan oleh/di
Negara-Negara Komanwel (kecuali Mozambique)
JenisAntarabangsa
KepentinganMemperingati korban perang Komanwel
UpacaraPerarakan, penyepian
Tarikh11 November
Waktu berikutnya11 November 2024 (2024-11-11)
Kekerapantahunan
Berkaitan dengan
Hari Veteran, Hari Peringatan (Amerika Syarikat), Hari Anzac

Hari Peringatan ini dijadikan khusus oleh Raja George V pada 7 November 1919 untuk memperingati para anggota angkatan bersenjata yang terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, mungkin atas cadangan Edward George Honey kepada Wellesley Tudor Pole yang menentukan dua tempoh peringatan istiadat yang berasaskan peristiwa-peristiwa pada tahun 1917.[2]

Hari Armistis yang Julung Kali disambut di Istana Buckingham, dimulakan dengan Raja George V yang menganjurkan "Kenduri Kebesaran untuk Presiden Republik Perancis"[3] pada waktu senja 10 November 1919. Seterusnya, diadakanlah Hari Armistis Rasmi yang Pertama di Perkarangan Istana Buckingham pada waktu pagi 11 November 1919. Inilah perintis bagi Hari-Hari Peringatan yang berikutnya.

Bunga popi peringatan yang merah merupakan lambang terkemuka Hari Peringatan berdasarkan puisi "In Flanders Fields". Bunga popi ini mekar di antara medan pertempuran yang paling dahsyat di Flanders pada Perang Dunia Pertama, dengan warna merah yang ceria sebagai lambang yang sesuai untuk darah yang tertumpah di perang.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "World War I Ended With the Treaty of Versailles".
  2. ^ "The Remembrance Ceremony". rsa.org.nz. Dicapai pada 2011-11-11.
  3. ^ "Books of the Royal Collection". Dicapai pada 2013-07-10.