Hari Perintis (Utah)

Hari Perintis merupakan suatu cuti rasmi yang diraikan pada 24 Julai di negeri Utah, Amerika Syarikat (A.S.),[1] dengan beberapa sambutan berlangsung di kawasan sekitar negeri yang asalnya diduduki oleh perintis Mormon.[2][3] Hari tersebut memperingati masuknya Brigham Young dan kumpulan pertama perintis Mormon ke Lembah Salt Lake pada 24 Julai 1847,[4] di mana Orang Suci Zaman Akhir yang menetap di sana dipaksa keluar dari Nauvoo, Illinois[5] dan lokasi-lokasi lain di timur A.S.[6] Perbarisan, bunga api, rodeo dan perayaan-perayaan lain disambut bagi memperingati peristiwa tersebut. Serupa dengan Hari Kemerdekaan, banyak pejabat tempatan, pemerintah negeri serta perniagaan di tutup pada hari tersebut.[7]

Hari Perintis
هاري ڤرينتيس
Kuda pelbagai warna berarak di atas jalan
Perarakan berkuda yang diadakan di Monroe, Utah
Diraikan oleh/di
Utah, Amerika Syarikat
JenisBudaya
KepentinganMemperingati masuknya Brigham Young dan kumpulan perintis Mormon ke Lembah Salt Lake
SambutanPerbarisan, bunga api, rodeo dan kegiatan lain
Tarikh24 Julai
Tarikh 202124 Julai
Tarikh 202224 Julai
Tarikh 202324 Julai
Tarikh 202424 Julai
KekerapanTahunan

Selain menjadi cuti rasmi di Utah, Hari Perintis dianggap sebagai peristiwa istimewa bagi ramai anggota Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (Gereja OSZA).[8][9] Pada hari tersebut, sesetangah Orang Suci Zaman Akhir akan berjalan di sebahagian Jejak Mormon atau melakonkan semula perjalanan masuk ke Lembah Salt Lake dengan kereta sorong.[10] Orang Suci Zaman Akhir di seluruh A.S.[11][12] dan dunia mungkin menyambut 24 Julai bagi memperingati era perintis Gereja OSZA dengan lagu, tarian, juadah bawaan dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perintis.[13][14]

RujukanSunting

  1. ^ Packard, David (15 Julai 2009). "Pioneer Day in Pocatello, Idaho". Church News (dalam bahasa Inggeris). LDS Church. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  2. ^ Tanner, Eliza (September 1995). "Safe from the Storms". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  3. ^ Schindler, Harold (24 Julai 1997). "Ailing Young Rolls Out of Canyon, Likes Look of the Salt Lake Valley". Salt Lake Tribune. Mormon Trail Series (dalam bahasa Inggeris). Article ID: 100F84BB82E32C16. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2012 – melalui keizinan di Utah History to Go.
  4. ^ Sanford, Melissa (8 April 2004). "Illinois Tells Mormons It Regrets Expulsion". The New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Today in History: July 24". American Memory (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  6. ^ Kofesh, Jessica (22 Julai 2017). "Pioneer Day 2017: What's closed, open around Northern Utah". Standard-Examiner (dalam bahasa Inggeris). Ogden, Utah.
  7. ^ Hinckley, Gordon B. (October 2001). "Remarks at Pioneer Day Commemoration Concert". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  8. ^ Reynolds, Sydney Smith (Jun 1989). "They Belong to Us All". Liahona (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  9. ^ "Mormons Celebrate Their Pioneer Heritage". Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA. 23 Julai 2009. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  10. ^ McGrath, Rachel (26 Julai 2009). "Mormons in Camarillo mark pioneers' Utah arrival in 1847". Ventura County Star (dalam bahasa Inggeris). Camarillo, California. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2012.
  11. ^ Rohrer, Grey (20 Julai 2009). "Pioneer Days celebrate western migration". Cape Coral Daily Breeze (dalam bahasa Inggeris). Cape Coral, Florida. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  12. ^ Gaunt, LaRene Porter (April 2005). "Celebrate!". Ensign (dalam bahasa Inggeris). Gereja OSZA.
  13. ^ Bailey, Tamara Leatham (Julai 1997). "For Your Info: Pioneer Parties". New Era (dalam bahasa Inggeris). Jil. 13 no. 1–3. LDS Church. m/s. 341–356. doi:10.1023/A:1006550728250. S2CID 26050131.