Hari Pilihan Raya (Amerika Syarikat)

Di Amerika Syarikat, Hari Pilihan Raya (Bahasa Inggeris: Election Day) ialah hari tahunan yang ditetapkan oleh undang-undang untuk pilihan raya pegawai awam persekutuan. Ia ditetapkan secara berkanun oleh Kerajaan Persekutuan sebagai "hari Seleasa selepas hari Isnin pertama pada bulan November"[1] sama dengan hari Selasa berlaku dalam tarikh 2 November 2 hingga 8 November.

Dewan Bandar San Francisco diterangi dengan cahaya LED merah, putih dan biru istimewa pada waktu malam pada 6 November 2018 menyambut Hari Pilihan Raya di seluruh Amerika Syarikat
Hari Pilihan Raya Kebangsaan
Nama rasmiNational Election Day
JenisHari untuk pilihan raya pegawai awam di Amerika Syarikat
PerayaanMenjalankan tugas sivik, mengundi untuk pegawai terpilih, melawat kawasan pengundian
TarikhSelasa selepas Isnin pertama bulan November
Tarikh 2020Ralat: waktu tidak sah (Butiran)
Tarikh 2021Ralat: waktu tidak sah (Butiran)
Tarikh 2022Ralat: waktu tidak sah (Butiran)
Tarikh 2023Ralat: waktu tidak sah (Butiran)
Kekerapantahunan

Bagi pejabat persekutuan (Presiden, Timbalan Presiden, dan Kongres Amerika Syarikat) dan kebanyakan pejabat gabenor (semua kecuali Kentucky, Louisiana, Mississippi, New Jersey, dan Virginia), Hari Pilihan Raya Day hanya berlaku pada tahun bernombor genap. pilihan raya Presiden diadakan seriap empat tahun, pada tahun yang boleh dibahagikan dengan empat, di mana pemilih untuk Presiden dan Timbaan Presiden dipilih menurut kaedah yang ditentukan oleh setiap negeri. Pilihan raya kepada Dewan Perwakilan A.S. dan Senat A.S. diadakan setiap dua tahun; semua Perwakilan dipilih berkhidmat penggal dua tahun dan bertanding untuk pilihan raya setiap dua tahun, manakala Senator berkhidmat penggal enam tahun, berperingkat agar satu pertiga Senator dipilih pada bila-bila pilihan raya sahaja. Pilihan raya umum di mana calon presiden bukan di pengundian dirujuk sebagai pilihan raya separuh penggal. Penggal bagi mereka yang dipilih bermula pada bulan Januari tahun berikutnya; Presiden dan Timbalan Presiden dilantik dalam upacara khas (angkat sumpah) pada Hari Pelantikan, yang biasanya pada 20 Januari.

Banyak pejabat negeri dan kerajaan tempatan juga dipilih pada Hari Pilihan Raya sebagai perkara kemudahan dan menjimatkan kos, walaupun sebilangan kecil negeri mengadakan pilihan raya untuk pejabat negeri (seperti gabenor) semasa luar tahun bernombor ganjil, atau semasa tahun separuh penggal bernombor genap yang lain, dan boleh mengadakan pilihan raya khas untuk pejabat yang kosong. Kongres telah memandatkan tarikh seragam untuk pilihan raua presiden (3 U.S.C. § 1) dan kongres (2 U.S.C. § 1 dan 2 U.S.C. § 7), walaupun undi awal walau bagaimanapun dibenarkan di banyak negeri.

Hakikat Hari Pilihan Raya jatuh pada hari Selasa telah menimbulkan perbalahan pada dekad-dekad baru-baru ini, kerana ramai orang mungkin tidak dapat mengumdi kerana kerja mereka. Ia merupakan cuti umum di beberapa negeri, termasuk Delaware, Hawaii, Illinois, Kentucky, Louisiana, Montana, New Jersey, New York, Virginia, Virginia Barat, serta wilayah Kepulauan Mariana Utara dan Puerto Rico. Beberapa negeri lain menghendaki pekerja dibenarkan mengambil cuti dengan gaji. California menghendaki pekerja jika tidak dapat mengundi mesti dibenarkan dua jam cuti dengan gaji, pada permulaan dan akhir giliran kerja. cuti persekutuan dipanggil Hari Demokrasi, berbetulan denagn Hari Pilihan Raya, telah diusulkan, dan beberapa telah mengusulkan menukar hari pilihan raya ke hujung minggu.[2] Gerakan lain di industri IT dan automotif menggalakkan majikan sukarela memberi pekerja mereka cuti bergaji pada Hari Pilihan Raya.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Statutes at Large, 28th Congress, 2nd Session, p. 721.
  2. ^ Should Elections Be Held On Weekends? from NPR

Pautan luarSunting

  • "Voting On Tuesday: How is This Still a Thing?", Last Week Tonight with John Oliver, HBO, November 5, 2016 – melalui YouTube

Templat:Cuti Persekutuan A.S. Templat:Cuti A.S.