Hari Tiada Beg Plastik

Hari Tiada Beg Plastik dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada Julai 2009 . Tujuannya mengurang penggunaannya untuk menyelamat alam sekitar. Ia tidak bertujuan mengharamkan langsung penggunaan beg plastik. Forum awam pada 19 April 2009 telah diadakan sebelum melaksanakan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik pada setiap Isnin.

Pada 13 Julai 2009, Lim Guan Eng menerima memorandum bantahan daripada Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA). Presiden MPMA ,Lim Kok Boon mahu kempen itu perlu digantikan dengan program yang lebih komprehensif berdasarkan `mengurang, mengguna semula dan mengitar semula' bahan plastik.

Rujukan

sunting