Hari cahaya ialah unit jarak. Ia ditakrifkan sebagai jarak cahaya bergerak dalam vakum dalam satu hari (86,400 saat) atau 25,902,068,371,200 meter (~26 Tm).

Perhatikan bahawa nilai ini merupakan nilai tepat, kerana meter ditakrifkan dalam kelajuan cahaya. Hari cahaya jarang digunakan kerana tidak banyak objek astronomi pada jarak magnitud itu; awan Oort, contohnya, terletak 290 dan 580 hari cahaya dari Matahari.

Semua objek yang diketahui dalam Sistem Suria terletak kurang daripada satu hari cahaya dari Matahari. Hari cahaya ialah kira-kira 173 unit astronomi. Sedna sekarang terletak sebanyak 90 AU (0.52 hari cahaya) dari Matahari, walau bagaimanapun ia boleh pergi sejauh 975 AU (5.64 hari cahaya). Manakala Eris, planet kerdil paling luar yang terkenal, terletak sejauh 97 AU (0.56 hari cahaya) dan sekarang ini merupakan objek terjauh mengorbit Matahari. Kewujudan awan Oort telah diteka dari komet; tiada objek dalam awan Oort yang telah dilihat.

Lihat juga sunting