Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae dan lebih besar dari singa jantan.

Harimau Siberia
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
P. tigris altaica
Nama trinomial
Panthera tigris altaica
Temminck, 1884
Taburan harimau Siberia (merah)

Fisiologi sunting

Harimau Siberia biasanya 2-4 inci lebih tinggi daripada harimau Benggala dari kepala, tingginya kira-kira 107-110 sm.[1] Harimau jantan yang matang mencapai purata panjang kepala dan badan antara 190-230 sm (75-90 in). Harimau betina terbesar yang pernah dicatatkan adalah di antara 350 sm (138 in) panjang[2] Panjang ekor harimau jantan dewasa sepenuhnya adalah sekitar 1 m (39 in). Beratnya sehingga 318 kg (700 lb) yang pernah direkodkan tetapi harimau jantan yang luar biasa mempunyai berat lebih daripada 384 kg (847 lb) sebagaimana yang disebut dalam kepustakaan.[2] Laporan yang belum disahkan mengatakan bahawa harimau jantan yang telah ditembak di Pergunungan Sikhote-Alin pada tahun 1950 mempunyai berat sebanyak 384 kg (846.6 lb) manakala panjangnya ialah 3.84 m (11.5 kaki).[3] Harimau betina biasanya lebih kecil daripada harimau jantan dan beratnya sekitar 100-167 kg (220-368 lb),[4] barangkali sehingga 180 kg (400 lb).[5]

"Projek Harimau Siberia" yang dikendalikan oleh Simpanan Alamiah Sikhote-Alin sejak tahun 1992, mengesahkan harimau terbesar yang beratnya 215 kg (474 lb) meskipun bilangan spesimen yang terhad.[6] Berdasarkan penyelidikan moden harimau Siberia liar di Sikhote-Alin, purata harimau jantan dewasa (>35 bulan) mempunyai berat antara 167.3-185.7 kg (purata had asimptot, dikira dengan menggunakan rumus Michaelis-Menten, menetapkan 222.3 kg bagi harimau jantan) dan harimau betina dewasa antara 117.9–122 kg. Berat purata harimau Somalia sejarah mesti lebih tinggi iaitu 215.3-260 kg bagi harimau jantan[7] Perbezaan antara berat sebenar dan anggaran pemburu disebabkan oleh pengaruh kesusasteraan popular bahawa harimau Siberia adalah yang terbesar di antara semua harimau, anggaran pemburu silap dengan menganggap bahawa berat harimau Siberia bersamaan dengan berat lebih 50 individu, padahal beratnya serupa dengan harimau Benggala.[1][8]

 
Harimau Siberia

Berdasarkan ukuran tengkorak, nampaknya harimau Siberia terbesar berasal dari Manchuria yang berukuran 406 mm panjang, antara 20-30 mm lebih daripada panjang tengkorak maksimum yang dicapai oleh harimau dari kawasan Amur dan utara India.[9]

Harimau Siberia dibezakan dari subspesies harimau lain berdasarkan surai di keliling leher dan sedikit di kepala yang lebih berkembang daripada subspesis lain sebagai penyesuaian diri untuk menghadapi kesejukan. Bulu subspesis ini tumbuh lebih panjang dan lebih tebal daripada harimau lain. Ketika musim sejuk, bulunya berukuran 21 inci dengan 3,000 bulu setiap sentimeter persegi pada permukaannya. Tapak anggotanya mempunyai bulu tambahan sebagai penebatan semasa salji. Harimau Siberia mempunyai lebih banyak warna putih pada bulunya berbanding subspesies lain dan warna bulunya lebih keemasan daripada jingga. Harimau Siberia mempunyai sedikit belang dibandingkan subspesies lain, jalurnya lebih kecoklatan daripada hitam. Belangnya hampir tidak kelihatan pada bahagian luar pada kaki hadapan.[10]

Pembiakan sunting

 
Harimau Siberia

Harimau Siberia mencapai kematangan seks ketika berumur 4 tahun[11] dan mengawan pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Harimau betina menandakan keterbukaannya dengan meninggalkan endapan urin dan akan mencakar tanda pada pokok. Harimau betina akan menghabiskan masa selama seminggu dengan harimau jantan ketika ia terbuka selama tiga hari. Kebuntingan berlanjutan antara 3–3½ bulan. Saiz peranakan biasanya 3 atau 4 anak harimau tetapi mungkin sebanyak 6. Anak harimau yang dilahirkan buta dalam jerumun yang terlindung dan tinggal sendirian apabila ibunya membiarkannya semata-mata untuk mencari makanan.

Anak harimau dibahagikan secara sama rata antara jantina ketika lahir. Namun begitu, lazimnya 2 hingga 4 harimau betina bagi setiap harimau jantan apabila dewasa. Anak harimau betina tinggal bersama ibunya lebih lama dan mewujudkan wilayah masing-masing hampir kepada kawasan asal kemudiannya. Harimau jantan sebaliknya berjalan tanpa ditemani dan merayau-rayau jauh dari kawasan asal, oleh sebab itu harimau jantan mudah terdedah kepada penceroboh dan harimau lain.

Genetik sunting

 
Anak harimau Siberia

Beberapa laporan yang pernah diterbitkan sejak tahub 1990-an tentang pelengkap genetik harimau Siberia dan subspesies lain. Salah satu hasil yang paling penting ialah penemuan kebolehubahan genetik rendah dalam taburan harimau liar di Timur Jauh terutamanya asal keibuan atau keturunan mitokondria (DNAmt).[12] Nampaknya, DNAmt haplotip tunggal hampir menguasai keturunan keibuan harimau Siberia liar. Sebaliknya, harimau Siberia kurungan jelas menunjukkan kepelbagaian DNAmt yang lebih tinggi. Ini menyarankan bahawa subspesies telah mengalami kejejalan akhir-akhir ini yang berpunca daripada tekanan manusia, harimau Siberia kurungan asal telah ditangkap sewaktu kebolehubahan genetik masih tinggi secara liar.[13]

Namun begitu, sewajarnya taburan harimau Siberia sentiasa menunjukkan kepelbagaian genetik yang agak rendah kerana sebilangan harimau Siberia kurungan asal telah mengkoloni Timur Jauh. Kajian tinggalan harimau Kaspia (P.t. virgata) yang sudah pupus telah menunjukkan dua subspesies berkongsi sejarah yang serupa secara perbandingan, sekurang-kurangnya soal asal keturunan DNAmt. Nampaknya, harimau terbabit telah mengkoloni Asia Tengah kira-kira 10,000 tahun lalu dan baka harimau Siberia moden mungkin hasil daripada beberapa harimau Kaspia yang kemudiannya mengembara ke selatan melalui Asia Utara.[14]

Tingkah laku sunting

Tabiat pemakanan sunting

Sepertimana kucing lain, harimau Siberia merupakan pemangsa maging. Ia memburu mangsanya terutama rusa merah yang membentuk 65-90% dietnya di Timur Jauh Rusia. Mangsa utama lain ialah elk, kijang, rusa sika, rusa kesturi dan goral. Ia juga akan memburu mangasa yang lebih kecil seperti lagomorf (arnab dan pika) serta ikan, termasuk salmon dan diketahui pernah memburu beruang. Oleh sebab mangsa utamanya ialah rusa merah dan babi hutan, melindungi haiwan terbabit dan mangsa lain daripada pemburuan haram mungkin penting bagi kemandirian harimau Siberia.

Hubungan antara spesies pemangsa sunting

 
Harimau betina Siberia bersama anaknya dalam kurungan

Beruang hitam Asia dan beruang coklat membentuk 5-8% dalam pemakanan harimau Siberia[2] dan beruang coklat merangkumi 1-1.5%.[15] Sesetengah harimau pernah dilaporkan meniru suara teriakan beruang hitam Asia untuk menarik perhatian beruang tersebut.[16] Beruang coklat lebih kerap menjadi mangsa kepada harimau Siberia berbanding beruang hitam kerana kebolehan beruang hitam untuk memanjat pokok dengan pantas apabila diancam bahaya.[17]

Serigala dan harimau yang berkongsi wilayah biasanya bersaing dengan sengit kerana pertindanan makanan. Interaksi antara harimau Siberia dan serigala dikatakan bermula pada permulaan abad ke-20. Sesetengah pakar berpendapat bilangan serigala di kawasan Sikhote-Alin bertambah selepas harimau dihapuskan secara besar-besaran semasa penjajahan Rusia sekitar lewat 1800-an hingga awal 1900-an. Ini disokong oleh penghuni asal yang mendakwa penjajah tidak menghiraukan serigala yang mendiami Sikhote-Alin sehinggalah bilangan harimau berkurangan.[18] Harimau membunuh serigala sehingga jumlahnya berkurangan bagi mengecilkan peranan serigala dalam ekosistem. Serigala mampu melarikan diri daripada cengkaman harimau sebaik sahaja tekanan manusia mengurangkan bilangan harimau.[19] Hari ini, serigala dianggap sukar didapati di kawasan harimau dan hanya ditemui sama ada dalam kelompok kecil yang berselerak atau bersendirian. Interaksi antara kedua-dua spesies tersebut menunjukkan bahawa harimau sekali-sekala memburu serigala sementara serigala hanya mencari bangkai. Harimau tidak berminat untuk memburu serigala kerana hanya terdapat empat rekod harimau membunuh serigala tanpa memakannya.[18] Pengecualian saing antara serigala dan harimau Siberia digunakan oleh penyokong pemuliharaan Rusia bagi meyakinkan pemburu di Timur Jauh untuk membiarkan harimau sebagaimana mereka mengehadkan taburan ungulat kurang daripada serigala dan berkesan dalam mengawal bilangan serigala.[20]

Sejarah sunting

 
Pelana Zaman Besi dari Siberia menggambarkan harimau Siberia sedang memburu elk

Orang Tungus menganggap harimau Siberia sebagai hampir dewa dan sering merujuk kepada "Grandfather" or "Old man". Orang Udeg dan Nanai memanggilnya "Amba". Orang Manchu pula menganggap harimau Siberia sebagai "Hu Lin" iaitu raja.[1] Kumpulan paling elit Tentera Empayar Cina dalam Dinasti Manchu Qing yang dipanggil sebagai "Hu Shen Yin", secara harfiahnya bermaksud Tentera Tuhan Harimau.

Pada tahun awal Perang Sudara Rusia, kedua-dua tentera Merah and Putih yang pangkalannya terletak di Vladivostok hampir melenyapkan harimau Siberia tempatan. Pada tahun 1935, apabila Orang Manchu China dihantar pulang menyeberangi Amur dan Ussuri, harimau sudah pun beredar dari kawasan utara dan barat. Beberapa saki baki harimau di pergunungan Manchuria Timur telah terputus daripada taburan utama dengan pembinaan jalan kereta api. Dalam beberapa tahun, taburan harimau Siberia yang berdaya hidup terbatas di Ussuriland. Pemburuan harimau haram di Soviet Union telah diteruskan sehingga tahun 1947 semasa ia dilarang secara rasmi. Pada tahun 1962, harimau terakhir di Heilongjiang telah dilindungi. Pada pertengahan tahun 1980-an, jumlah harimau Siberia dianggarkan kira-kira 250 ekor.[1]

Pada tahun 1987, undang-undang dan arahan telah berakhir sepenuhnya setelah kejatuhan Soviet Union. Kemudiannya, Penebangan hutan secara haram dan penyogokan renjer taman menjadikan kegiatan penyeludupan harimau Siberia lebih mudah menyebabkan subspesies terbabit berada dalam risiko kepupusan.[1] Namun demikian, penubuhan Projek Harimau Siberia pada tahun 1992, harimau Siberia telah menampakkan pemulihan yang stabil. Asas kejayaannya telah diselidik dengan teliti secara besar-besaran membawa kepada kajian harimau tunggal yang paling lama, Olga Project Tiger #1. Kajian ini menumpukan kepada usaha pemuliharaan bagi mengurangkan jumlah kematian harimau dan memperbaik kualiti habitat sebaik mungkin. Projek berkenaan termasuklah rondaan anticeroboh, perundingan dengan kerajaan tempatan berhubung dengan konflik manusia dan harimau, mengurangkan berlakunya pembalakan haram dan sebagainya.[21]

Serangan ke atas manusia sunting

Berbeza dengan harimau Benggala, harimau Siberia amat jarang makan manusia. Pada masa ini, hanya enam kes serangan tanpa ganggu di Rusia menyebabkan tingkah laku makan manusia. Bagaimanapun, serangan yang diganggu lebih kerap berlaku yang biasanya percubaan menangkapnya tidak berkesan.[1]

Kejadian di Zoo San Francisco pada 25 Disember 2007, harimau Siberia yang bernama Tatiana terlepas dan membunuh seorang pelawat dan mencederakan dua yang lain. Harimau terbabit telah ditembak mati oleh polis. Zoo tersebut dikritik kerana mengekalkan pagar setinggi 12 1/2 kaki (3.8 m) di keliling kurungan harimau sementara piawai antarabangsa adalah 16 kaki (4.8 m). Zoo tersebut kemudiannya mendirikan penghalang yang lebih tinggi yang atasnya dibina pagar elektrik. Sama ada harimau tersebut telah diganggu masih dalam persoalan.[22][23]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Matthiessen, Peter (2001). Tigers In The Snow. North Point Press. ISBN 0865475962. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b c Vratislav Mazak: Der Tiger. Nachdruck der 3. Auflage von 1983. Westarp Wissenschaften Hohenwarsleben, 2004 ISBN 3 894327596
  3. ^ Wood, The Guinness Book of Animal Facts and Feats. Sterling Pub Co Inc (1983), ISBN 978-0-85112-235-9
  4. ^ Ronald M. Nowak: Walker's Mammals of the World. Johns Hopkins University Press, 1999 ISBN 0-8018-5789-9
  5. ^ Sunquist, Mel (2002). Wild Cats of the World. Chicago: University Of Chicago Press. ISBN 978-0-226-77999-7. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ Prynn, David (2002). Amur tiger. Russian Nature Press. ISBN 0953299031.
  7. ^ Miquelle, D.G., Smirnov, E.N., Goodrich, J.M. (2005). Tigers of Sikhote-Alin Zapovednik: ecology and conservation. Vladivostok, Russia: PSP. m/s. 25–35.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Thapar, Valmik (2004). Tiger: The Ultimate Guide. CDS Books. ISBN 1593150245.
  9. ^ *Seidensticker, John (1999). Riding the Tiger. Tiger Conservation in Human-dominated Landscapes. Cambridge University Press. ISBN 0521648351.
  10. ^ "Amur or the amur tiger - Panthera tigris altaica".
  11. ^ Toronto Zoo Animal Fact Sheet [1] Diarkibkan 2008-12-23 di Wayback Machine web page
  12. ^ Luo, S. J. (2004). "Phylogeography and Genetic Ancestry of Tigers (Panthera tigris)". PLoS Biol. 2 (12): e442. doi:10.1371/journal.pbio.0020442. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  13. ^ Russello, M. A. (2005). "Potential genetic consequences of a recent bottleneck in the Siberian tiger of the Russian Far East". Conservation Genetics. 5 (5): 707–713. doi:10.1007/s10592-004-1860-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan)
  14. ^ Carlos Driscoll.(January 2008). Caspian tiger phylogeography. Abstract of unpublished report
  15. ^ Seryodkin, Ivan (2006). "The ecology, behavior, management and conservation status of brown bears in Sikhote-Alin (in Russian)". Far Eastern National University, Vladivostok, Russia. m/s. pp.1-252. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2009-01-20. |pages= has extra text (bantuan)
  16. ^ Brown, Gary (1996). Great Bear Almanac. m/s. 340. ISBN 1558214747.
  17. ^ V.G Heptner & A.A. Sludskii. Mammals of the Soviet Union, Volume II, Part 2. ISBN 9004088768.
  18. ^ a b "Tigers and Wolves in the Russian Far East: Competitive Exclusion, Functional Redundancy, and Conservation Implications". savethetigerfund.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-30. Dicapai pada 2008-07-09.
  19. ^ Matthiessen, Peter (2005). Large Carnivores and the Conservation of Biodiversity: Biodiversity. m/s. 526. ISBN 1559630809.
  20. ^ Wildlife Science: Linking Ecological Theory and Management Applications, By Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Contributor Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Published by CRC Press, 2007, [ISBN 0-8493-7487-1]
  21. ^ ""Siberian Tiger Project", Wildlife Conservation Society".
  22. ^ "AP, "Tiger attack victim admits taunting, police say; Teen attacked by Tatiana reportedly says young men yelled, waved at cat", MSNBC.com (January 17, 2008)".
  23. ^ "Jaxon Van Derbeken, "S.F. Zoo mauling investigation winding down" San Francisco Chronicle (January 19, 2008)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-20. Dicapai pada 2022-09-09.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Rujukan umum sunting

Pautan luar sunting