Harrier (anjing)

baka anjing dari United Kingdom

Harrier[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana daripada kelas hound yang digunakan untuk memburu kelinci dengan menjejakinya. Ia menyerupai anjing pemburu rubah Inggeris tetapi lebih kecil sedikit, namun tidak sekecil beagle. Baka ini telah digunakan sejak pertengahan abad ke-13.

Harrier
Seekor harrier triwarna
Negara asalUnited Kingdom
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Harrier serupa dengan anjing pemburu rubah Inggeris tetapi lebih kecil. Harrier berdiri setinggi 19–21 inci (48–53 cm) pada paras bahu dan dewasanya berukuran seberat 45–65 lb (20–29 kg). Ia bersalin bulu, mempunyai bulu pendek, dan telinga panjang dan terdapat dengan pelbagai corak warna. Keterangan lucu bagi harrier ialah ia merupakan "beagle yang mengambil steroid", walaupun ia menyerupai anjing pemburu rubah. Ia merupakan hound pemburu berotot dengan lapis bulu kecil dan keras. Ia mempunyai tulang besar untuk stamina dan kekuatan. Harrier adalah lebih panjang sedikit berbanding dengan ukuran ketinggiannya dengan garis atas separas. Ekornya sederhana panjang, terangkat tinggi-tinggi, tetapi tidak melingkar ke arah belakang. Tengkoraknya lebar dengan muncung segi empat sama kuat. Telinga membulatnya berayun dan matanya sama ada perang atau hazel. Hidung lebarnya hitam. Wajahnya lunak apabila anjing bersantai dan berwaspada apabila ia teruja. Giginya patut bertemu dengan satu sama lain dalam gigitan gunting atau separas. Kakinya ketat dan mirip kucing dan jari hadapannya mungkin terlipat ke arah dalam.

Perangai sunting

Harrier adalah ceria, bersikap manis, bertolak ansur terhadap orang, dan cemerlang dengan kanak-kanak. Anjing kawanan ini adalah bagus dengan anjing lain, tetapi patut dipantau dengan haiwan peliharaan bukan anjing melainkan ia dibesarkan dengan haiwan-haiwan tersebut sejak usia mudia. Ia lebih menyukai kehidupan dalam kawanan dengan orang, dengan anjing, atau dengan kedua-duanya. Anjing giat ini suka menjelajah, menghidu, dan menjejak. Jadi, anjing ini perlu dipastikan bercawak atau berada di dalam kawasan tertutup selamat. Sesetengah harrier suka melolong.

Kesihatan sunting

Jangka hayat baka ini pada umumu ialah 12–15 tahun. Displasia pinggul diketahui berlaku pada baka ini.

Penjagaan sunting

Lapis bulunya hanya memerlukan pemberusan kadang-kadang untuk menanggalkan bulu mati.

Senaman sunting

Harrier memerluka senaman harian, seperti sesi berjalan atau berlari yang panjang dan bertenaga. Tanpa senaman berpatutan, harrier dapat menjadi hiperaktif, terlebih berat, dan/atau bersikap pemusnah. Walaupun anjing ini dibiakbakakan untuk berlari dan bekerja sepanjang hari dan tidak dapat dipuaskan dengan gaya hidup yang sepenuhnya kurang gerak, ia dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap rumah biasa.

Sejarah sunting

Pelbagai sumber mempunyai kisah bercanggahan tentang asal usul baka ini. Menurut salah satu sumber, jenis harrier terawal disilangkan dengan bloodhound, Talbot hound, malah juga dengan basset hound. Menurut lagi satu sumber, baka ini barang kali dikembangkan daripada silangan antara anjing pemburu rubah Inggeris dengan terier rubah dan grehaun. Ada pula lagi satu sumber yang menganggap harrier hanya sebagai versi kecil bagi anjing pemburu rubah Inggeris. Walaupun ada banyak harrier pekerja di England, baka ini masihTemplat:When? belum diiktiraf di negara itu.[perlu rujukan]

Walau apa pun, harrier kini berada antara beagle dengan anjing pemburu rubah Inggeris dari segi saiz dan dikembangkan terutamanya untuk memburu kelinci, namun baka ini juga telah digunakan dalam pemburuan rubah. Namanya, "harrier", mendedahkan kekhususan baka ini,[1] - bandingkan "harehound". Harrier mempunyai sejarah kepopularan panjang sebagai anjing kawanan kerja di England.

Harrier merupakan hound paling umum digunakan di Ireland, dengan 166 kawanan harrier, 37 daripadanya merupakan kawanan dengan penunggang kuda dan selebih 129 daripadanya merupakan kawanan dengan pemburu berjalan, yang tersebar di seluruh negara. Di Ireland, ia digunakan untuk memburu kedua-dua rubah dan kelinci, dengan sesetengah kawanan yang terutamanya memburu rubah.

Harrier in United Kingdom sunting

Pada zaman Victoria, harrier disertakan dalam Buku Pembaka The Kennel Club asli (1874) sebagai salah satu daripada hanya 40 yang diiktiraf oleh dokumen itu. Kali terakhir harrier ditunjukkan dalam pertunjukan The Kennel Club atau dimasukkan ke dalam Buku Pembaka mereka adalah pada tahun 1915. Kali terakhir, ia ditunjukkan dalam Crufts adalah pada tahun 1898.

Pada tahun 1891, Association of Masters of Harriers and Beagles (AMHB) ditubuhkan dan mendaftarkan 107 kawanan harrier.

Dari Perang Dunia Pertama sampai selepas Perang Dunia Kedua, terdapat penurunan ketara buka hanya untuk harrier tetapi untuk kebanyakan baka, sama ada anjing pekerja mahpun populasi anjing peliharaan. Hanya foxhound yang menerima sokongan kerajaan untuk makanan untuk menguruskan populasi rubah. Pada masa sama, banyak kawanan harrier milik persendirian yang diburu oleh para pemilik estet besar dibubarkan. Dalam warta sukan tahun 1898, pada Jualan Harrier Tahunan Leicester, seluruh kawnaan yang terdiri daripada 34 pasang (68 ekor anjing) milik mendiang En. Carleton-Cowper dijual untuk sejumlah £550.10. Jualan lanjut hanya seminggu kemudian menawarkan jualan 39 pasang anjing daripada tiga kawanan berlainan. Jualan-jualan harrier sedemikian berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.

Hanya selepas sepuluh tahun setelah perang, MFHA dengan sokongan The Kennel Club menyatakan pendirian tegas untuk memastikan dari segi pembiakbakaan bahawa terdapat pembezaan jelas antara harrier yang dibiakbakakan untuk tujuan perburuan dengan yang dibiakbakakan untuk pertunjukan bangku dan para pemilik anjing peliharaan.

Menjelang pertengahan abad ke-20, terdapat kurang daripada 50 kawanan harrier dan AMHB mengharamkan penjulanan harrier berdaftar dan seketatnya mengawal pembiakbakaan anjing dan penjualan harrier di luar kawanan berdaftar lain, dengan hasil bahawa semua tidak lenyap di luar komuniti perburuan. The Kennel Club akhirnya menarik semula pengiktirafan baka pada awal tahun 1970-an.

Menjelang tahun 2013, terdapat hanya 18 kawanan harrier di United Kingdom. Pada tahun 2022, terdapat hanya 13 kawanan harrier (lapan buah buku pembaka, lima di West Country): terdapat kurang daripada 750 ekor harrier yang masih ada di United Kingdom, hanya 300 ekor harrier West Country yang masih ada di dunia.

Di Perancis dan di Amerika Syarikat, penggemar harrier meneruskan baka ini. Orang Perancis memiliki dua ekor yang mencapai pengiktirafan dunia dengan Iran des Coutas pada tahun 1974 dan Alicien pada tahun 2011. Di Amerika Syarikat, Emmy merupakan BOB dalam Pertunjukan Anjing Westminster pada tahun 2018 dan Whisper merupakan BOB pada tahun 2020.

Harrier diiktiraf semula oleh The Kennel Club pada Januari 2020. Setakat tahun 2022, terdapat lebih daripada 50 ekor harrier baka tulen yang berdaftar dengan The Kennel Club.

Dalam Pertunjukan Anjing Sedunia 2021, harrier British, Ross Demon untuk Evforce dianugerahi gelaran Pemenang Dunia yang menjadi harrier ketiga yang dianugerahi gelaran ini (Iran de Coutas WW1974, Alician WW2011). Pada Oktober 2021, The Kennel Club mengeluarkan piawaian baka sementara yang bermaksud bahawa buat kali pertama dalam 50 tahun, harrier dapat ditunjukkan di bawah Peraturan The Kennel Club. Pertunjukan The Kennel Club pertama merupakan The Ladies Kennel Association di Birmingham pada 11 Disember 2021 dengan 18 ekor harrier yang memasuki AVNSC (Any Variety Not Separately Classified, "Sebarang Keragaman Tidak Dikelaskan secara Terpisah").

 
Evforce Miss Havoc at Henissy

Best of Breed ialah Evforce Miss Havoc at Henissy. Best Puppy ialah Evforce Golden Agent. Best Veteran ialah Frenzy at Henissy. Crufts 2022 menyaksikan 19 ekor harrier yang ditunjukkan buat kali pertama dalam 124 tahun. Pada tahun 2022, gelaran Best of Breed dianugerahkan kepada Evforce Miss Havoc at Henissy yang menjadikannya harrier pertama yang dianugerahi Best of Breed sejak tahun 1898. Junior Clint Evforce Clint West Gunner dianugerahi Reserve Best of Breed. Henissy Farthing pula dianugerahi gelaran Reserve Best Bitch.

Pada tahun 1885, American Kennel Club mengiktiraf baka anjing harrier yang dikelaskan dalam Kumpulan Hound.[2]

Harrier Club of America mengutip perihal terawal bagi harrier dalam "The Chace" (karya pemuisi Inggeris William Somervile) yang dikarang pada tahun 1735.[3]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: هاريئر; bahasa Inggeris: harrier

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:Oed
  2. ^ "AKC MEET THE BREEDS: Harrier" (dalam bahasa Inggeris). www.akc.org. 1989. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  3. ^ "Harrier Standards Around the World: Early Description" (dalam bahasa Inggeris). Harrier Club of America. 2010–15. Dicapai pada 29 Disember 2023.

Pautan luar sunting