Harriet Tubman (nama lahir: Araminta Ross, s. 29 Januari 1822[1] – 10 Mac 1913) merupakan seorang aktivis politik dari Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga hamba di mana beliau dapat menyelamatkan diri daripada keadaan yang menyusahkan itu; malah beliau menjalankan beberapa misi untuk menyelamatkan beberapa hamba abdi termasuk saudara-mara dan sahabatnya sendiri[2] melalui suatu rangkaian selamat yang diberi nama Underground Railroad.

Harriet Tubman
Fotograf Tubman bertarikh s. 1885
Kelahiran
Araminta Ross

sekitar 29 Januari 1822[1]
Dorchester, Maryland, Amerika Syarikat.
Meninggal duniaOktober 3 1913 (berumur 90–91)
Auburn, A.S.
DikebumikanTanah Perkuburan Fort Hill
Auburn, New York, A.S.
Nama lainMinty, Moses
PekerjaanPerisik
Jururawat
Aktivis hak asasi manusia
Pasangan
  • John Tubman
    (k. 1844; c. 1851)
  • Nelson Davis
    (k. 1869; meninggal 1888)
Anak-anakGertie (anak angkat)
Ibu bapa
  • Harriet Greene Ross
  • Ben Ross
Saudara
  • Modesty (grandmother)
  • Linah (sister)
  • Mariah Ritty (sister)
  • Soph (sister)
  • Robert (brother)
  • Ben (brother)
  • Rachel (sister)
  • Henry (brother)
  • Moses (brother)

Semasa Perang Saudara Amerika, beliau berkhidmat sebagai seorang perisik untuk Tentera Darat Amerika Syarikat. Pada tahun-tahun akhir hayatnya, beliau memperjuangkan hak mengundi untuk golongan wanita di Amerika Syarikat.

Awal hidup sunting

Araminta "Minty" Ross lahir kepada seorang keluarga hamba; ibunya Harriet ("Rit") Green diperhambakan Mary Pattison Brodess (dan anaknya Edward beberapa lama kemudian) manakala Ben Ross, juga seorang tukang kayu, diperhambakan Anthony Thompson, suami kedua Mary dan pemilik sebuah ladang besar berdekatan Sungai Blackwater di bandar Madison, Maryland. Tarikh kelahiran beliau tidak dapat dikenalpasti sepertimana nasib kebanyakan hamba abdi yang dibawa ke Amerika Syarikat.

Pembebasan sunting

Pada 1849, Tubman jatuh sakit lagi. Keadaan tersebut menurunkan "harga" atau "nilai kerja"nya sebagai seorang hamba. Edward Brodess bersusah payah enjualnya namun dia tidak dapat mendapatkan seorang pembeli pun.[3] Keadaan ini lebih diburukkan lagi apabila Brodess meninggal dunia seminggu selepas itu,[4] di mana Tubman risau akan kebarangkalian keluarganya terpaksa dipisahkan akibat dijual kepada tuan-tuan baru mereka.[5] Tubman tidak mahu nasib mereka dikongkong keluarga Brodess,[6] namun beliau lebih sanggup memilih nasib mereka sama ada mereka "merdeka atau mati".[7]

Penglibatan dalam Perang Saudara sunting

Apabila Perang Saudara Amerika meletus tahun 1861, Tubman memihak kepada Tentera Kesatuan di mana kemenangan mereka dilihat sebagai jalan utama kepada penghapusan kegiatan perhambaan. Beliau menemui David Hunter, seorang jeneral yang giat dalam peperangan ini serta mendokong kuat penghapusan perhambaan dalam negara A.S - Hunter mengisytiharkan semua "barang haram" (yakni hamba-hamba yang melarikan diri dari kawasan Gabungan) dalam wilayah Port Royal dimerdekakan lalu mula membentuk sebuah rejimen askar daripada bekas hamba abdi.[8] Presiden Abraham Lincoln pada ketika itu tidak bersedia membuat tindakan yang mengesahkan dan merasmikan perisytiharan sedemikian maka telah menegurnya Hunter atas tindakan ini,[8] Tubman mengutuk keras ketidakrelaan Lincoln atas merasmikan penghapusan ini yang dilihat sebagai suatu tindakan yang bermoral dan praktikal.

Aktivisme demi hak mengundi sunting

Tubman mmeperjuangkan hak mengundi wanita pada senja usianya. Beliau banyak menghadiri perjumpaan para aktivis seumpamanya malah turut bekerjasama dengan orang-orang kuat lain dalam pergerakan ini termasuk Susan B. Anthony dan Emily Howland.[9][10]

Beliau banyak menjelajah ke kota-kota utama di Amerika Syarikat termasuk New York, Boston, and Washington, D.C. di mana beliau menceritakan pengalamannya dalam Perang Saudara dan mengaitkan ia sebagai suatu justifikasi kepada kelayakan kaum wanita mendapat hak sama rata dengan kaum lelaki dalam mengundi.[11]

Kematian sunting

Pada tahun 1911, tubuh badan Tubman sangat lemah sehingga dibawa masuk sebuah rumah penjagaan orang tua yang dinamakan sempena beliau sendiri. Beliau meninggal akibat sakit pneumonia di sisi sahabat handai dan keluarga pada 10 Mac 1913.[12]

Mayat Tubman dikebumikan di Fort Hill Cemetery di Auburn.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Larson, p. 16 tidak disediakan
  2. ^ Larson, p. xvii.
  3. ^ Larson, p. 72.
  4. ^ Larson, p. 73.
  5. ^ Clinton, pp. 31–32.
  6. ^ Larson, p. 77.
  7. ^ Dipetik dalam Bradford (1961), m/s. 29 - teks asal: "[T]here was one of two things I had a right to, liberty or death; if I could not have one, I would have the other."
  8. ^ a b Larson, p. 205.
  9. ^ Clinton, p. 192.
  10. ^ Larson, p. 287.
  11. ^ Larson, m/s. 273.
  12. ^ Larson 2004, m/s. 288.
  13. ^ Clinton 2004, m/s. 216.

Bibliogafi sunting

  • Bradford, Sarah Hopkins (tahun terbit asal 1886, diterbit semula tahun 1961). Harriet Tubman: The Moses of Her People. New York: Corinth Books, lccn = 61008152.
  • Clinton, Catherine (2004). Harriet Tubman: The Road to Freedom. New York: Little, Brown and Company. ISBN 0-316-14492-4.
  • Larson, Kate Clifford (2004). Bound For the Promised Land: Harriet Tubman, Portrait of an American Hero. New York: Ballantine Books. ISBN 0-345-45627-0.

Pautan luar sunting