Harris Alif
Nor Harris Alif Nor Rashidi (lahir 2 September 1999) merupakan penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia. Harris adalah juara program Idola Kecil musim 3 pada 2010. Mula berlakon dalam Kelab Idola pada tahun 2010.
Harris Alif | |
---|---|
Kelahiran | Nor Harris Alif bin Nor Rashidi 2 September 1999 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, model |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Intan Ladyana (k. 2021)[1] |
Anak-anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Universal Music Rumpun Records |
KerjayaSunting
Mula menceburi bakat dalam program Idola Kecil 3. Selain itu, beliau juga mempromosikan baju hasil daripada Harris Alif by Chemboja.
Single pertama ialah Kisah Yang Terindah dan single kedua ialah Akulah Pelindungmu oleh Rumpun Records. Harris Alif juga antara artis yang mendendangkan lagu Raikan Raya pada tahun 2016.
PerkahwinanSunting
Pada 5 Februari 2021 beliau telah menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi pelakon popular Intan Ladyana. Mereka telah selamat dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhammad Alzan Marukum selaku wakil wali yang juga adalah merupakan Penolong Pengarah JAWI dengan majlis akad nikah yang berlangsung mengikuti peraturan SOP yang sangat ketat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari jumaat jam 10 pagi. Menurut Harris tarikh sebenar akad nikah mereka sepatutnya adalah 6 Februari 2021 iaitu pada keesokan harinya namun majlis terpaksa diawalkan sehari disebabkan mereka terpaksa mengikuti jadual kerja JAWI pada ketika itu.[2]
Isterinya, Intan mengumumkan telah hamil cahaya mata sulung pada Ogos 2021. Beliau dan isterinya, Intan disahkan positif COVID-19 dan telah menjalani perintah kuarantin kendiri pada Disember 2021.[3][4]
Beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 31 Januari 2022.
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Kelab Idola | TV9 | ||
2011 | Sunat 21 | RTM | ||
Maafkan Kami | ||||
2012 | Misteri Buluh Lemang | |||
2013 | Geng Bas Sekolah (Musim 5) | Astro Ceria | ||
Lembayung Kasihmu | RTM | |||
2013-2015 | Ema Emyliana | Joey | TV3 | |
2014 | Bila Chacha Masuk Asrama | |||
2015 | Destinasi G4 | Harris | TV9 |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Aku, Kau & Dia | ||
Bola Kampung The Movie | Azizul | Suara |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Dodol-Dodol Cinta | TV2 | ||
2017 | Si KIjang Merah | Ammar | TV3 | Penyokong Pasukan Kelantan FA |
2022 | Anak Bomoh | Alif | TV9 |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Berita Adik | Pengacara | TV9 | |
2012 | The V-Squad | ntv7 | ||
2014 | Chichi & Chacha | Astro Ceria | Bersama Afieq Shazwan, Sweet Qismina, Farisha Iris & Jaza Shazleen | |
4 Teman | ||||
Bananana Squad | ||||
2015 | Lari: Misi Mr. X | Peserta | TV9 | |
2015-2016 | BoBoiBoy (Musim 3) | Kapten Kaizo | TV3 | Suara |
2019 | Generasi Z | Pengacara | TV3 | |
Pop Express | ||||
2020 | M-Pop | |||
2021 | Raya bersama Harris & Intan | Astro Ria |
DiskografiSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
Kisah Yang Terindah | |
Akulah Pelindungmu | |
Pencinta |
KedutaanSunting
- Steadler Malaysia – Erra Art Club Power of Ten Cent oleh Korea Global Peace
- Harris Alif by Chemboja
PencapaianSunting
RujukanSunting
- ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Februari 2021). Harris Alif, Intan Ladyana selamat bernikah, tangguh dulu majlis resepsi Harian Metro. Dicapai pada 5 Februari 2021.
- ^ Nur Asyikin Mayidin "Intan Ladyana kini sah isteri Harris Alif, akad nikah berlangsung ikut SOP di JAWI." [1] mstar. Dicapai pada 5 Februari 2021
- ^ Sudirman Mohd Tahir (23 Disember 2021). "Intan Ladyana positif Covid-19, Harris Aliff kuarantin di rumah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2022.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Disember 2021). "Hamil 7 bulan, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital selepas positif Covid-19... Suami kuarantin di rumah". mSTAR Online. Dicapai pada 13 Januari 2022.