Harris Salleh
Tan Sri Dato' Harris bin Mohd Salleh dilahirkan pada 4 November 1930 di Labuan merupakan seorang ahli politik Sabah yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah ke-6 dari tahun 1976 hingga 1985. Sehingga kini, beliau sentiasa aktif dan melibatkan diri dalam hal ehwal rakyat Sabah. Beliau merupakan pengasas kepada parti BERJAYA yang ditubuhkan pada 15 Julai 1975.
Harris Mohd. Salleh | |
---|---|
Dalam jawatan 1976–1985 | |
Didahului oleh | Tun Mohammad Fuad Stephens |
Digantikan oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Tenom | |
Dalam jawatan 1971–1985 | |
Didahului oleh | Tingkalor Lampag |
Digantikan oleh | Kadoh Agundong |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Koloni Mahkota Labuan (kini Labuan) | 4 November 1930
Parti politik | USNO (1963-1973) BERJAYA (1973-1991) (1991-1998) BERSEKUTU (1998-2010) BEBAS (2010-2013) |
Pasangan | Puan Sri Rupiah Bachee Khan |
Penglibatan Awal Dalam Politik
suntingPada awal kerjayanya, beliau merupakan seorang kerani di Pejabat Peguam dan memilih untuk meletak jawatan pada tahun 1963 untuk bertanding dalam pilihan raya di Tanjung Aru, Sabah. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang politik dengan menyertai parti United Sabah National Organisation (USNO) yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun serta beliau turut dilantik sebagai Setiausaha Agung parti USNO.
Pada kabinet pertama Tun Fuad, beliau diberi portfolio sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Beliau menyandang jawatan tersebut dari 31/8/1963 hingga 28/6/1964. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Pada kemenangan USNO dalam pilihan raya Sabah 1967, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah ke-3, Tun Datu Mustapha Harun.
Parti BERJAYA
suntingTan Sri Harris Salleh merupakan mantan Presiden BERJAYA yang pertama (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) dari 1975 sehingga beliau mengundur diri pada 1985.
Pada 1975, beliau membuat keputusan meninggalkan USNO lalu menubuhkan parti baru iaitu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang disertai oleh Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah pertama dan juga president Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Bersatu (UPKO) pada masa itu.
Beliau menubuhkan parti berbilang kaum 'BERJAYA' dimana matlamat parti ini ialah menjadikan pentadbiran lebih telus dan berkesan di Sabah. Parti ini fokus kepada pembangunan ekonomi terutamanya dalam sektor luar bandar, pertanian dan infrastruktur serta memperbaiki taraf hidup rakyat Sabah. BERJAYA turut beraspirasi mewujudkan hubungan lebih erat dengan kerajaan persekutuan Malaysia dan memastikan Sabah sentiasa membangun sejajar dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Parti ini memastikan reformasi politik Sabah dan perpaduan masyarakat Sabah mempunyai masa depan yang stabil dan makmur.
Pada pilihan raya Sabah 1976, BERJAYA telah mendapat kepercayaan rakyat Sabah dan mengalahkan USNO. Kemudian, beliau telah diberi mandat menjadi Ketua Menteri Sabah yang ke-6 (6 Jun 1976 hingga 22 April 1985) untuk memimpin kabinet kerana kepimpinanya dalam parti serta menunaikan dasar dan janji mereka untuk perubahan di Sabah. Rakyat Sabah ketika itu turut mencari pembaharuan, terutamanya dalam bidang seperti permbangunan luar bandar, infrastruktur dan hubungan antara negeri dan persekutuan. Pendekatan beliau mampu membantu memupuk pertumbuhan ekonomi dan membawa Sabah ke era pembangunan sejajar dengan agenda negara pada masa itu.
Pada Pilihan raya negeri Sabah 1981, parti BERJAYA pimpinan beliau menang besar, mendapat 44 dari 48 kerusi ADUN yang dipertandingkan. Parti Berjaya dibawah pimpinan beliau telah menewaskan parti USNO yang diketuai oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun. Namun begitu, BERJAYA kalah kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada pilihan raya Sabah 1985.
Sumbangan
suntingSepanjang tempoh beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, beliau telah banyak membawa perubahan kepada pembangunan Sabah dari segi ekonomi, kemajuan dalam bidang pertanian dan peluang mendapatkan pendidikan asas.
Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) ialah sebuah koperasi yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah diasaskan oleh Harris Salleh ketika beliau merupakan president SANYA[1]. Koperasi ini ditubuhkan pada 3 Jun 1976 dengan bermatlamat untuk menyokong pelbagai aktiviti sosioekonomi dan memberi perkhidmatan kepada ahli-ahlinya. Setakat ini, KOSAN telah melakukan pelbagai perkhidmatan [2]menjana pendapatan termasuklah pembinaan aset di Tuaran dan Putatan, kesatuan kredit dan pinjaman syarikat.
Selain itu, terdapat pembangunan di Labuan juga merupakan sumbangannya seperti:
- Sabah Gas Industries (SGI)
Ketika Sabah dibawah kepimpinan Harris Salleh, beliau menggalakkan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah. Maka, beliau bekerjasama dengan pemain utama seperti PETRONAS untuk membangunkan sumber gas asli tersebut. SGI merupakan sebuah syarikat milik kerajaan Sabah yang terlibat dalam pembangunan dan pengurusan sumber gas asli di negeri ini. SGI memainkan peranan penting menguruskan dan memperkasakan lagi infrastruktur gas asli untuk menyumbang kepada ekonomi tempatan yang lebih berdaya saing dan makmur
- Asian Supply Base (ASB)
ASB merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Sabah via Sabah Energy Corporation (SEC) dan diperbadankan pada 17 Mac 1984 sebagai Offshore Supply Base sebagai sokongan kepada aktiviti cari gali, pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di luar pantai Sabah dan Sarawak. ASB merupakan inisiatif asas daripada Harris Salleh dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah secara tidak langsung meningkatkan ekonomi setempat dan rakyat Sabah.
- Sabah Shipyard Sdn Bhd (SASHIP)
SASHIP merupakan pelabuhan kapal yang berada di Labuan, Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1972. SASHIP telah menjadi pemain utama dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal di rantau ini. Pelabuharan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah pembinaan baharu, pembaikan dan penyelenggaraan untuk semua jenis kapal. Harris Salleh telah membangunkan infrastruktur seperti ini agar dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di negeri itu. Pentadbiran beliau juga sentiasa menarik pelaburan asing dengan perkongsian untuk membangunkan sumber asli dan infrastruktur negeri.
- ^ "Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN)". kosankk.blogspot.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-23.
- ^ "KOSAN perlu pelbagai rantaian nilai, aktiviti perniagaan – Ellron".