Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)

Harry Potter and the Goblet of Fire merupakan filem arahan Mike Newell dan dilancarkan serentak dibeberapa buah negara pada 18 November 2006 (Malaysia pada 17 November). Filem ini panjangnya 157 minit, 3 minit kurang dari Harry Potter and the Chamber of Secrets. Ia dikelaskan PG-13 di Amerika Syarikat, 12A di UK dan Ireland serta M15 di Australia. Tiga hari selepas pelancarannya seluruh dunia, filem ini mengaut keuntungan kasar hampir US$102 juta di Amerika Utara sahaja (pencapaian tertinggi untuk minggu pertama filem-filem Harry Potter).

Harry Potter and the Goblet of Fire
PengarahMike Newell
PenulisJ. K. Rowling (novel)
Steve
Dihasilkan olehDavid Heyman
DibintangiDaniel Radcliffe
Rupert Grint
Emma Watson
Diedarkan olehWarner Bros.
Tarikh tayangan
17 November 2006 (Malaysia)
Masa tayangan
157 minit
BahasaBahasa Inggeris

Kata tag: "Difficult times lie ahead, Harry" (Masa sukar berada di hadapan, Harry) dan "Everything is about to change" (Semuanya akan berubah).

Sinopsis

sunting

Lihat juga: Harry Potter dalam Piala Api dan bawah



Filem ini bermula dengan seekor ular (Nagini) menyusur kawasan perkuburan berhampiran rumah teriar tinggalan Keluarga riddle. Frank Bryce, penjaga rumah yang sedang memanaskan air terlihat lampu terpasang dari dalam rumah. Dia menganggap yang budak-budak nakal sengaja membuat kacau. Dia memasuki rumah itu dan menaiki tangga lalu terdengar perbualan tiga orang di dalam sebuah bilik. Dia menghampiri untuk melihat dengan lebih jelas dan kita akan melihat Wormtail dan seorang lelaki yang tidak diketahui (yang kemudiannya dikenali sebagai Barty Crouch Jr.) bercakap dengan Lord Voldemort yang tidak kelihatan sedang duduk di atas kerusi. Kemudia Nagini melintasi hadapan Frank, masuk ke dalam bilik itu dan memberitahu tuannya (berkata dalam Parseltongue) yang sedang duduk di kerusi itu yang penjaga Muggle berada di luar bilik. Kemudian Voldemort membunuh Frank dengan Sumpahan Avada Kedavra.

Berbatu jauh dari situ, Harry Potter bangun di rumah Ron Weasley dikejutkan oleh Hermione Granger. Keluarga Weasley (Encik Weasley, Ron, Ginny, Fred dan George), Harry dan Hermione terserempak dengan Diggory (Amos Diggory dan anaknya, Cedric) ketika fajar untuk menghadiri Perlawanan Piala Dunia Quidditch. Kumpulan itu kemudiannya tiba di atas bukit dan mencapai kasut but lama yang telah dijadikan Portkey, yang mengangkut mereka ke tempat perlawanan itu akan diadakan. Ketika tiba, pelbagai budaya boleh dilihat (cth. bendera Itali kelihatan, begitu juga lelaki Afrika dengan pakaian tradisi mereka). Stadium mereka sangat luas dan kelihatan ia telah digali. Perlawanan itu ditunjukkan secara ringkas dengan pengenalan pasukan (Ireland dan Bulgaria), juga menonjolkan Seeker Pasukan Bulgaria, Viktor Krum.

 
Kawasan perkhemahan terbakar

Selepas Piala Dunia tamat, berlaku kekecohan di tapak khemah. Death Eater membawa obor dan membakar khemah-khemah. Kemudian, apabila seluruh kawasan telah habis terbakar Barty Crouch Jr. tiba dan mengenakan sihir Tanda Kuasa Jahat. Harry bangun dan terlihat lelaki itu tetappi dia melarikan diri. Ron dan Hermione mencari Harry dan mereka hampir dipegunkan oleh pekerja Kementerian yang muncul tiba-tiba di tempat itu. Kemudian, Harry dan rakannya menaiki Ekspres Hogwarts untuk memulakan penggal baru persekolahan mereka. Hermione menasihatkan Harry untuk menulis kepada Sirius Black tentang kejadian yang berlaku dan Harry menghantarnya dengan menggunakan Hedwig.

Apabila mereka tiba, mereka terpegun dengan ketibaan delegasi luar yang menggunakan pengangkutan ajaib; pedati yang menakjubkan dibawa oleh tujuh ekor kuda terbang yang besar dan kapal perang yang timbul dari tasik. Kemudian, Dumbledore menerangkan yang Hogwarts telah terpilih untuk mengadakan Kejohanan Ahli Sihir Trio atau Triwizard Tournament, satu pertandingan sihir lama yang dicipta untuk menggalakkan persahabatan di antara tiga sekolah sihir terkenal di Eropah. Dumbledore kemudiannya memperkenalkan delegasi luar yang tiba; Akademi Sihir Beauxbatons (dalam filem, ia sekolah perempuan) bersama pengetua mereka, Madame Maxime bersama Fleur Delacour; dan kemudian Institut Pengajian Sihir Durmstrang (kelihatan dalam filem seperti akademi tentera) bersama pengetua mereka, Igor Karkaroff, dan yang mengejutkan Ron, Viktor Krum turut ada. Selepas pengenalan, Piala Api ditunjuk kepada pelajar.

Kemudiannya, Harry dan rakannya mempelajari Sumpahan yang Tidak Terampun (Unforgivable Curses) daripada Mad-Eye Moody, guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam yang baru. Kemudian, pemilihan wira berlangsung. Piala Api memilih Viktor Krum dari Durmstrang, Fleur Delacour dari Beauxbatons, dan pelajar Hogwarts Hufflepuff iaitu Cedric Diggory. Apabila pemilihan telah tamat, Piala itu mengeluarkan nama Harry yang menyebabkan pertelingkahan ketiga-tiga pengetua sekolah. Barty Crouch, walau bagaimanapun, menyatakan yang peraturan Kejohanan adalah tetap dan Harry dikira masuk bertanding secara rasmi.

Tugasan Pertama, keempat-empat wira hendaklah mengambil telur emas dari seekor naga yang mengandungi pambayang bagi tugasan seterusnya dan dilakukan pada Februari. Pada hari Krismas, tradisi Majlis Tari-Menari diadakan. Kemudian, telur itu dibuka dan mempunyai pembayang yang menunjukkan Tugasan Kedua harus dilakukan di bawah air. Tugasan itu memerlukan wira menyelamatkan setiap orang bagi setiap wira; Ron untuk Harry, Hermione untuk Krum, Cho Chang untuk Cedric, dan bagi Fleur ialah adiknya, Gabrielle. Fleur gagal menyelamatkan adiknya dan menjadikan Harry menyelamatkan kedua-dua Ron dan Gabrielle Delacour. Walaupun yang terakhir sampia, Harry diberikan tempat kedua kerana 'sikap moralnya'

Selepas Tugasan Kedua, Harry menemui mayat Barty Crouch terbaring di hutan. Harry pergi ke pejabat Dumbledore tetapi mendengar pertengkaran di antara Dumbledore dan Cornelius Fudge, Menteri Sihir. Moody terlihat Harry dan pertengkaran itu tamat. Dumbledore meminta Harry untuk tunggu di pejabatnya sementara dia menghantar menteri itu. Ketika itu, Harry terjumpa Pensieve, membolehkannya menyaksikan pengalaman Dumbledore bertahun dahulu; ketika perbicaraan Kementerian yang mendedahkan anak Barty Crouch sebagai pembelot.

Akhirnya, Tugasan Ketiga ialah perlumbaan di dalam pagar sesat yang sangat untuk mendapatkan Piala Triwizard. Mula-mula, Cedric dan Harry masuk ke dalam, diikuti oleh Krum, kemudian Fleur. Di dalam, dindingnya sentiasa bergerak yang menyebabkan para wira terkeliru. Ketika itu juga, Viktor Krum telah dikenakan Sumpahan Imperius dan menyerang sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya. Fleur menjadi mangsa Krum, dan diserap oleh pagar sihir itu. Harry cuba menyelamatkan Fleur dengan membuat tanda merah. Selepas mengalahkan Krum yang cuba menyerang, Cedric dan Harry berlumba untuk mendapatkan Piala. Tetapi, apabila Cedric yang terjatuh diselamatkan Harry, mereka setuju untuk bersama-sama mengambil Piala itu.

Berbanding membawa mereka keluar ke pintu pagar sesat, mereka telah dibawa ke perkuburan keluarga riddle. Cedric dibunuh dan Harry diikat dan darahnya digunakan untuk acara mengembalikan Lord Voldemort. Voldemort kemudiannya menjelma kembali dan memanggil Death Eater. Pengikutnya muncul dan satu demi satu Voldemort membuka topeng mereka dengan sakitnya dan mempersoalkan usaha mereka membantu mengembalikannya. Harry ketahui yang Lucius Malfoy juga Death Eater. Voldemort kemudiannya ingin memusnahkan Harry dengan perang tanding tetapi Incantatem Terdahulu (Priori Incantatem) membantu Harry membawa mayat Cedric pulang.

Orang ramai terkejut dengan tubuh Cedric Diggory yang tidak bernyawa dan kemudian, Harry diheret Mad-Eye Moody ke istana. Kemudian, plot mendedahkan yang Moody ialah Barty Crouch Jr. Mujurlah Professors Dumbledore, McGonagall, dan Snape sempat meluru masuk. Upacara memperingati Cedric Diggory dengan Dumbledore memberikan ucapan peringatan. Filem tamat dengan kepulangan delegasi luar (cth. Fleur dan Gabrielle mengucup Ron dan mengucapkan selamat tinggal; Krum memberikan Hermione secebis kertas dan menggesa Hermione berjanji untuk menulis kepadanya). Ketika pelajar bertepuk kepada pelajar Beauxbatons dan Durmstrang, Harry, Ron, dan Hermione mengimbas tahun-tahun di Hogwarts.

Pelakon

sunting
 
Para pelakon
Dari kiri: Stanislav Ianevski, Cléménse Poésy, Rupert Grint, Emma Watson, Daniel Radcliffe, Katie Leung dan Robert Pattinson
Watak Pelakon
Harry Potter Daniel Radcliffe
Ron Weasley Rupert Grint
Hermione Granger Emma Watson
Lord Voldemort Ralph Fiennes
Albus Dumbledore Michael Gambon
Severus Snape Alan Rickman
Rubeus Hagrid Robbie Coltrane
Alastor "Mad-Eye" Moody Brendan Gleeson
Minerva McGonagall Dame Maggie Smith
Rita Skeeter Miranda Richardson
Sirius Black Gary Oldman
Cedric Diggory Robert Pattinson
Viktor Krum Stanislav Ianevski
Fleur Delacour Clémence Poésy
Cho Chang Katie Leung
Cornelius Fudge Robert Hardy
Parvati Patil Shefali Chowdhury
Padma Patil Afshan Azad
Ginny Weasley Bonnie Wright
Peter Pettigrew Timothy Spall
Draco Malfoy Tom Felton
Lucius Malfoy Jason Isaacs
Neville Longbottom Matthew David Lewis
Olympe Maxime Frances de la Tour]
Igor Karkaroff Predrag Bjelac
Arthur Weasley Mark Williams
Fred Weasley James Phelps
George Weasley Oliver Phelps
Barty Crouch Roger Lloyd-Pack
Barty Crouch Jr. David Tennant
Moaning Myrtle Shirley Henderson
Argus Filch David Bradley
James Potter Adrian Rawlins
Lily Potter Geraldine Somerville
Frank Bryce Eric Sykes

Lokasi

sunting

Kebanyakan babak filem ini dirakamkan di Leavesden Film Studios. Lokasi lain ialah:

  • Ashridge Estate, Hertfordshire, England, UK
  • Black Park, Iver, Buckinghamshire, England, UK
  • Divinity School, Bodleian Library, Broad Street, Oxford, Oxfordshire, England, UK
  • Beachy Head, Eastbourne, East Sussex, England, UK
  • Glenfinnan Viaduct, Fort William, Highlands, Scotland, UK (Ekspres Hogwarts)
  • New College, Holywell Street, Oxford, Oxfordshire, England, UK
  • Steall Falls, Scotland, UK
  • Virginia Water, Surrey, England, UK

Runut Bunyi

sunting
 

Soundtrack atau runut bunyi telah digubah oleh Patrick Doyle. Ia boleh didapati di laman promosi Diarkibkan 2005-12-22 di Wayback Machine AOL.

Senarai lagu

  1. The Story Continues
  2. Frank Dies
  3. The Quidditch World Cup
  4. The Dark Mark
  5. Foreign Visitors Arrive
  6. The Goblet Of Fire
  7. Rita Skeeter
  8. Sirius Fires
  9. Harry Sees Dragons
  10. Golden Egg
  11. Neville's Waltz
  12. Harry in Winter
  13. Potter Waltz
  14. Underwater Secrets
  15. The Black Lake
  16. Hogwart's March
  17. The Maze
  18. Voldemort
  19. Death of Cedric
  20. Another Year Ends
  21. Hogwart's Hymn
  22. Do The Hippogriff
  23. This Is The Night
  24. Magic Works

Tema asal Harry Potter dikarang oleh John Williams.
Trek 22-24 Tidak digubah oleh Patrick Doyle

Perubahan dari buku

sunting

Terdapat perubahan atau kelainan di antara filem dan buku versi asal J. K. Rowling.

Kelainan pada watak

sunting
  • Keluarga Dursley, Puan Weasley, Bill Weasley, Charlie Weasley, Percy Weasley, Ludo Bagman, Narcissa Malfoy, Bertha Jorkins, Winky dan Dobby tiada dalam filem.
  • Babak melibatkan Sirius Black hanya kemunculan kepalanya di dalam api di Ruang Tamu
  • Dalam buku, Parvati Patil dari rumah Gryffindor dan Padma Patil dari rumah Ravenclaw. Dalam filem, kedua-duanya adalah pelajar Gryffindor.
  • Kerana ketiadaan Keluarga Dursley, Harry terkejut dari mimpinya di rumah Keluarga Weasley.
  • Kerana ketiadaan elf rumah, Neville yang membantu Harry untuk Tugasan Kedua.
  • Keadaan yang Rita Skeeter adalah Animagus tidak disebut.(Walaupun ia ada pada skrip asal.) Mungkin ia dipotong untuk menyesuaikan penamatnya yang emosional.
  • Identiti Madame Maxime sebagai separa gergasi tidak diperkatakan walaupun dia terlalu tinggi.
  • Dalam filem, ibu Cedric tidak muncul. Tambahan pula, Amos Diggory lebih baik kepada Harry dalam filem berbanding dalam buku yang suka melebih-lebihkan Cedric.
  • Dalam buku, Dumbledore tanya Harry dengan tenang jika dia meletak namanya ke dalam Piala Api. Dalam filem, Dumbledore menjadi marah dan menjerit sehingga berhadapan dengan Harry secara kasar.
  • Dalam buku, Ron tidak "merosakkan segala-galanya" tentang Hermione. Dia hanya sedikit cemburu.
  • Tiada dikhabarkan tentang Fleur adalah sebahagian Veela. Veela juga tidak ditunjukkan dalam filem.
  • Walaupun muncul dalam filem, Myrtle Mengerang tidak membantu Harry ketika di dalam tasik.

Tentang Keluarga Crouch

sunting
  • Tidak dikatakan yang Barty Crouch dikenakan Sumpahan Imperius.
  • Barty Crouch Jr. muncul pada babak pertama filem sebagai salah seorang hamba Lord Voldemort di rumah Keluarga Riddle.
  • Harry nampak Barty Crouch Jr. membuat Tanda Kuasa Jahat. Dalam buku, dia hanya mendengar.
  • Dalam buku, Harry dan Krum menjumpai Barty Crouch Sr. sudah tidak siuman di tepi hutan dan kemudian, anaknya membunuhnya ketika Harry mendapatkan Dumbledore. Dalam filem, Harry terjumpanya mayatnya di dalam hutan. Dalam buku, Barty Crouch Jr. mengaku yang dia membunuh bapanya tetapi dalam filem, tidak.
  • Tiga perbicaraan telah dijadikan satu di dalam filem. Perbicaraan Ludo Bagman dipotong kerana wataknya tiada, dan Igor Karkaroff yang membongkar Barty Crouch Jr. sebagai Death Eater. Adik-beradik Lestrange tidak muncul.
  • Kedua-dua Snape dan Myrtle Mengerang ada menyebut tentang Posyen Polijus. Dalam buku, ia tidak disebut sehinggalah identiti Barty Crouch Jr. terbongkar.
  • Dalam babak perbicaraan, Barty Crouch Jr. sentiasa menjelirkan lidahnya sebagai pembayang yang dia menyamar sebagai Mad-Eye Moody. (Ini menunjukkan yang Barty Crouch mengenalinya dan mendorong untuk dia dibunuh). Pembayang ini tiada di dalam buku.
  • Penerangan tentang bagaimana Barty Crouch Jr. terlepas dari Azkaban dan begitu juga watak ibunya tidak muncul.
  • Filem tidak menunjukkan yang Cornelius Fudge mengenakan Ciuman Dementor kepada Barty Crouch Jr..

Perubahan Plot

sunting
 
Rita Skeeter (Miranda Richardson) bersama para wira yang terpilih
  • Hanya satu babak yang melibatkan Burrow.
  • Kesan Pintu Gerbang berbeza.
  • Ron dan Harry menyokong Ireland dalam buku tetapi dalam filem, mereka mengenakan warna Bulgaria.
  • Perlawanan penuh Piala Dunia Quidditch tidak ditunjuk. Hanya George Weasley ada menyebut yang penyokong Ireland ada sebab untuk meraikannya ketika dia terdengar kekecohan.
  • Beauxbatons dan Durmstrang mempunyai pelajar semua perempuan dan semua lelaki. Hal tersebut tidak berlaku dalam buku. Dalam buku ada menyebutkan yang Beauxbatons mempunyai sebilangan pelajar lelaki.
  • Dalam filem, delegasi sekolah lain tiba sewaktu hari permulaan penggal dan pemilihan tidak disebut bila. Dalam buku, mereka tiba pada awal Oktober dan pemilihan pada malam Halloween.
  • Hal tentang kedai barangan sihir yang ingin dibuka Fred dan George Weasley tiada di dalam filem. Mungkin sebagai ganti, mereka membuat pertaruhan tentang siapa yang akan menang untuk setiap Tugasan dan keseluruhan Kejohanan.
  • Hadiah 1,000 Galleon tidak disebut untuk pemenang dalam filem. Tetapi dalam buku, ia disebut dan Harry memenanginya lalu diberikan kepada Fred dan George untuk memulakan kedai mereka.
  • Tiada Peta Penjarah dalam filem.
  • Tiada babak ketika di Hogsmeade
  • Tiada kelas bersama Hagrid malah semua kelas pengajaran dipotong kecuali kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam oleh Moody.
  • Moody tidak menggunakan Sumpahan Imperius kepada pelajar. Moody juga menggunakan seekor labah-labah sahaja untuk menunjukkan sumpahan yang Tidak Terampun.
  • Tiada Puan Pomfrey untuk merawat wira selepas setiap tugasan.
  • Dalam filem, markah bagi Harry tidak ditunjukkan. Pertarungan Cedric, Krum, dan Fleur dengan naga juga tidak ditunjukkan.
  • Harry tidak berlatih menggunakan mantera bersama Hermione untuk kegunaan ketiga-tiga tugasan.
  • Pertarungan Harry dengan naga telah dipanjangkan kerana naga terlepas dari ikatan rantai.
  • Hermione memakai gaun pink, tidak seperti dalam buku. Seharusnya memakai jubah satin biru.
  • Dalam buku, Cedric memberikan klu tentang menggunakan bilik mandi pengawas selepas Majlis Tari Menari tetapi dalam filem, dua hari sebelum Tugasan Kedua.
  • Wira tidak diberikan taklimat tentang tugasan ketiga sebulan awal sepertimana dalam buku.
  • Dalam buku, dinding pagar sesat tidak bergerak.
  • Sphinx, Akromantula, Boggart, Skrewt Hujung Meletup, dan kabus emas tidak muncul ketika dalam pagar sesat.
  • Dalam buku, Ludo Bagman memberi taklimat kepada keempat-empat wira sebelum Tugasan Ketiga tetapi dalam filem Dumbledore yang memberi taklimat itu di hadapan penonton.
  • Dalam buku, Fleur tertarik di bawah dinding pagar sesat tetapi dibiarkan terbaring sehingga bantuan datang.
  • Apabila Viktor Krum di bawah pengaruh Sumpahan Imperius Curse dalam filem, anak matanya kabur tetapi tidak disebutkan dalam buku.
  • Dalam filem, Viktor Krum mengenakan Sumpahan Avada Kedavra terhadap Cedric Diggory, dia mengelak dan membalas dengan menggunakan Expelliarmus. Dalam buku, Krum mengenakan Sumpahan Cruciatus kemudian dipegunkan oleh Harry.
  • Hanya sedozen atau lebih kurang bilangan Death Eater yang muncul ketika di perkuburan dalam filem tetapi dalam buku, lebih kurang 30 orang muncul, cuma beberapa nama disebut.
  • Tidak disebut yang bapa Voldemort ialah Muggle.
  • Dalam buku, bagasi ajaib Moody mempunyai tujuh kunci yang memberikan isi yang berlainan. Dalam filem, ia tujuh lapis.
  • Tiada penamat di Ekspres Hogwarts.
  • Tidak disebutkan tentang elf rumah dan kebajikan yang dibuat oleh Hermione.
  • Crouch Jr seharusnya tidak terlihat sewaktu mengeluarkan tanda kegelapan karena menggunakan jubah halimunan.

Perubahan melibatkan hal akan datang

sunting
  • Igor Karkaroff tidak dikatakan melarikan diri selepas berita kelahiran semula Lord Voldemort, cuma dia hilang. Dalam filem, tidak dinyatakan tentang itu.
  • Plot yang mengaitkan Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix telah dialihkan iaitu Dumbledore menggesa Sirius Black mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, Dumbledore memberitahu Snape untuk menyambung tugasan, dan menyuruh Madame Maxime dan Hagrid untuk mencari gergasi. Paling jelas ialah konfrontasi di antara Dumbledore dan Fudge.
  • Penjelasan tentang kesan Incantatem Terdahulu (Priori Incantatem) telah diabaikan.


Trivia

sunting
  • Filem ini ialah filem Harry Potter pertama yang dikelaskan PG-13 oleh MPAA atau Persatuan Gambar Bergerak Amerika (Motion Picture Association of America). Ia dikelaskan PG-13 kerana babak yang ganas dan imej yang menakutkan. Ini juga filem Harry Potter yang dikelaskan 12A oleh BBFC atau Badan Penkelasan Filem Britain (British Board of Film Classification), kerana terlalu banyak labah-labah, watak yang ditarik ke bawah dinding pagar sesat dan satu watk menyebut perkataan "piss off". Di Netherlands, ia juga sama. Walau bagaimanapun, di Malaysia, filem ini dikelaskan sebagai U (Tontonan Umum). Di Australia, filem ini dikelaskan M - Tontonan untuk yang "matang" (disarankan untuk tontonan 15 tahun ke atas).
  • Jonny Greenwood dan Phil Selway dari kumpulan Radiohead bersama Jarvis Cocker muncul dalam filem sebagai band yang bergelar The Weird Sisters (Adik Beradik Ganjil)
  • Terdapat khabar angin mengatakan yang Rowan Atkinson dan John Malkovich akan melakonkan watak Lord Voldemort. Tiada satupun yang benar.
  • Atu gambar rasmi dari Warner Bros. berkenaan Harry berdiri di batu nisan Riddle menunjukkan nama bapa Voldemort sebagai "Tom Marvolo Riddle," yang mana ia nama sebenar Voldemort sendiri. Walau bagaimanapun, ia telah diperbetulkan. Tetapi dari gambar itu, kita dapt mengetahui tentang keluarga Riddle.
  • Labah-labah yang digunakan Mad-Eye Moody ialah Tailless Whip Scorpion (Amblypygid).
  • Lagu yang dinyanyikan Hermione, Ron dan Hagrid ketika di hutan adalah lagu sekolah Hogwarts.
  • Nama pada batu nesan adalah nama krew yang bekerja kerana risau akan menggunakan nama orang lain.
  • Dalam poster asal filem tagline poster tertulis "Difficult times lie ahead Harry", bermaksud - "Waktu Sukar Menipu di Hadapan Harry" mempunyai kesalahan tatabahasa. Walaupun betul menggunakan perkataan "lie" daripada "lay", frasa itu tertinggal koma yang menyebabkan ia boleh disalah tafsir. Beberapa bulan kemudian, ia telah dibetulkan dan tertulis Difficult times lie ahead, Harry - "Waktu Sukar Berada di Hadapan, Harry".
  • Sebelum ditawarkan filem ini, Mike Newell mengarah filem The Constant Gardener. Kebetulan juga, filem ini dibintangi oleh Ralph Fiennes.
  • Mike Newell merupakan pengarah British pertama bagi siri Harry Potter.
  • Sebelum dilancarkan, sekumpula pemuzik Kanada, Wyrd Sister telah memfailkan sama ke atas Warner Brothers, pengedar filem Amerika Utara, Jarvis Cocker dari kumpulan Pulp dan Jonny Greenwood serta Phil Selway dari kumpulan Radiohead kerana menggunakan nama kumpulan mereka. Dalam buku, band tersebut dinamakan "Weird Sisters", diambil dari nama kumpulan ahli sihir dalam karangan Shakespeare iaitu Macbeth tetapi dikhabarkan yang ia dinamakan semula kepada "Wyrd Sisters" dalam filem. Sebelum filem dilancarkan, Warner Bros. telahpun mengeluarkan nama itu. Walau bagaimanapun, Wyrd Sisters membawa hal ini ke mahkamah Kanada untuk menghalang pengedaran filem ini di Kanada. Walau bagaimanapun, usul itu ditolak oleh hakim di Ontario.

Tindakbalas penonton dan peminat

sunting
 
Harry berlari ketika Tugasan Ketiga

Filem ini diberikan kritik yang positif dan diberikan markah 89% di Rotten Tomatoes. Filem ini dipuji kerana lebih bijak danmenarik berbanding sebelumnya dan pelakonnya dikelaskan dengan persembahan terbaik setakat ini. Ralph Fiennes dipuji dengan peranannya yang jahat dan kejam sebagai Lord Voldemort, musuh utama Harry. Brendan Gleeson juga disukai sebagai Mad-Eye Moody.

Bagaimanapun, terdapat rungutan kerana kekurangan sesuatu seperti ketika di Tugasan Ketiga. Ketika semua berpuas hati Ralph Fiennes sebagai Lord Voldemort, dikatakan yang dia belum cukup untuk mengawal ketakutan. Sementara itu, peminat Alan Rickman sebagai Snape merungut yang dia tidak diberikan babak yang banyak. Tambahan pula, Michael Gambon terlalu agresif dalam membawa watak Albus Dumbledore membawa rungutan yang banyak.

Kejayaan

sunting

Selepas hari pembukaan yang bernilai AS$40juta di Amerika Utara, Harry Potter and the Goblet of Fire telah mencipta beberapa rekod tertentu di antaranya pembukaan hujung minggu bukan Mei yang tertinggi di AS, dan minggu pembukaan paling berjaya di UK. Pada 26 Disember, filem ini mengaut keuntungan sebanyak AS$759 juta seluruh dunia. Ini termasuklah $262 juta di AS, $70 juta di UK, $50 juta di Jerman dan $41 juta di Jepun. Di Itali, pembukaannya menjadi pembukaan terbaik negara itu dan mengaut $9.4juta (£5.5juta), sementara di Sepanyol, $8juta (£4.6juta). Catatan keuntungan kasar setakat ini ialah AS$912 juta.

Filem ini turut dicalonkan dalam Anugerah Akademi Oskar bagi beberapa pencalonan.


Pautan Luar

sunting

Trailer

sunting

Trailer Wayang dilancarkan pada 15 September 2005
dalam format Quicktime

Trailer Antarabangsa dilancarkan pada 24 Ogos 2005

Trailer dilancarkan pada 7 Mei 2005

Trailers dari Movies.com

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku