Haruan hitam

spesies ikan

Haruan hitam (Channa striata)[6] ialah spesies ikan haruan. Ikan ini kebiasaannya hanya dipanggil haruan, dan turut dikenali sebagai haruan Tharangambadi dan toman paya.[6] Ia berasal dari Asia Selatan dan Tenggara, dan turut diperkenalkan ke beberapa pulau Pasifik. Laporan dari Madagaskar dan Hawaii adalah salah pengenalpastian C. maculata.[3][4]

Haruan hitam
Channa striata, sempena Bleeker, 1879
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies:
C. striata
Nama binomial
Channa striata
(Bloch, 1793)
Taburan Channa striata.[2] Laporan Madagaskar salah mengenal pasti C. maculata[3][4]
Sinonim[5]
  • Ophicephalus striatus Bloch, 1793
  • Channa stiata (Bloch, 1793)
  • Ophiocephalus wrahl Lacépède, 1801
  • Ophiocephalus chena Hamilton, 1822
  • Ophicephalus planiceps Cuvier, 1831
  • Ophiocephalus vagus Peters, 1868
  • Ophiocephalus philippinus Peters, 1868

Kajian genetik yang diterbitkan pada 2017 membuktikan bahawa C. striata adalah kompleks spesies.[7]

Huraian

sunting

Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Haruan hitam boleh hidup di air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan hitam boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaan ikan ini hanyalah sekitar satu kilogram namun ia boleh membesar lebih daripada lima kilogram.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Chaudhry, S.; de Alwis Goonatilake, S.; Fernado, M.; Kotagama, O. (2019). "Channa striata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166563A60591113. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T166563A60591113.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Courtenay Jr.; Walter R. & James D. Williams. "Snakeheads (Pisces, Channidae): A biological synopsis and risk assessment". U.S. Geological Survey.
  3. ^ a b USGS, Southeast Ecological Science Center: Channa striata. Retrieved 27 June 2014.
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bishopm2004
  5. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2019). "Channa striata" di FishBase. versi Ogos 2019.
  6. ^ a b Channa striata. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/23463. [Didapatkan kembali 3 September 2024].
  7. ^ Conte-Grand, C., Britz, R., Dahanukar, N., Raghavan, R., Pethi-yagoda, R., Tan, H.H., Hadiaty, R.K., Yaakob, N.S. & Rüber, L. (2017). Barcoding snakeheads (Teleostei, Channidae) re-visited: Discovering greater species diversity and resolving perpetuated taxonomic confusions. PLoS ONE, 12 (9): e0184017.

Pautan luar

sunting