Harumanis ialah sejenis kultivar mempelam yang ditanam di Malaysia. Di Malaysia, buah ini sinonim dengan negeri Perlis. Digelar harumanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.[1] Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Kawasan penanaman sunting

Kawasan pertanian di Bukit Bintang dan Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam harumanis.

Buah harummanis mahal kerana permintaan melebihi pengeluaran, perlu penjagaan yang sangat rapi dan kualiti buah itu sendiri

  • harga harummanis pada tahun 2014 antara RM24 - RM27
  • harga harummanis pada tahun 2015 antara RM25 - RM28
  • harga harummanis pada tahun 2016 antara RM30 - RM40
  • harga harummanis pada tahun 2017 antara RM20 - RM50

Teknologi harumanis sepanjang tahun sunting

Musim mempelam harumanis adalah pada bulan April dan Mei pada setiap tahun, selama hanya sebulan atau sebulan setengah.[1] Kini dengan teknologi yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mempelam Harumanis mampu mengeluarkan buah sepanjang tahun dengan menggunakan kaedah penanaman di bawah struktur perlindungan hujan.[2] Kajian percubaan pengeluaran mempelam Harumanis sepanjang tahun telah dijalankan sejak tahun 2011 sehingga kini di bawah Prof. Madya Dr. Mahmad Nor bin Jaafar dan dikawal selia oleh En. Ahmad Azudin Bin Nordin dan En. Hishamuddin bin Che Mat.

 
50 Greenhouse (Control Environment Agriculture System)

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, UniMAP telah memeterai perjanjian persefahaman bersama NCIA dan Syarikat JBP Asia Pacific Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebanyak 50 buah Rumah Hijau di Institut Agroteknologi Lestari Kampus Sg. Chuchuh. Keluasan Rumah Hijau tersebut ialah 0.5 ekar persegi yang boleh memuatkan sejumlah 216 pokok mempelam Harumanis.

Lanjutan dari itu, UniMAP juga telah memeterai perjanjian persefahaman bersama FELCRA BERHAD untuk membangunkan projek tanam mempelam Harumanis di bawah struktur perlindungan hujan bertempat di FELCRA BERHAD Lubuk Sireh. Untuk maklumat lanjut berkenaan teknologi rumah hijau harumanis tersebut anda boleh melayari laman sesawang di http://insat.unimap.edu.my

Roda Kitaran Harumanis (Harumanis Wheel) sunting

En. Ahmad Azudin Bin Nordin telah mendapat ilham mencipta alat roda kitaran Harumanis (Harumanis wheel) sekitar awal tahun 2016 yang menyamai konsep pregnancy wheel yang telah digunakan oleh doktor sebagai panduan untuk menjangkakan tarikh kelahiran bayi di dalam kandungan ibu-ibu hamil.

 
Harumanis Wheel

Oleh yang demikian, kosep tersebut telah diinovasikan menjadi satu alat pengatur yang berfungsi sebagai panduan kepada pengusaha-pengusaha tanaman mangga Harumanis untuk menjangkakan tarikh musim bunga mangga Harumanis sehingga buahnya matang dan sesuai dituai.

Harumanis wheel ini direka menggunakan perisian AutoCAD untuk memastikan sudut dan skala pengukur yang dihasilkan adalah tepat serta jitu pergerakkannya. Setiap maklumat yang ada di dalam alat tersebut mempunyai maksud-maksud tertentu hasil daripada kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Harumanis wheel ini telah memenangi tempat kedua di dalam pertandingan KIK peringkat Universiti Malaysia Perlis pada Februari 2017.

Untuk memastikan Harumanis wheel ini terpelihara ciptaanya, UniMAP mengambil inisiatif mendaftar ciptaan tersebut dengan Perbanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 24 November 2017 dengan nama baru iaitu Greenhouse Mango Production Scheduler (NO. IP: AR2017004577).

Gambar sunting

 
Mempelam Harumanis


 
[1]


Rujukan sunting

  1. ^ a b "Tanaman harumanis diperhebat". Utusan Malaysia. Utusan Online. 18 Julai 2011. Dicapai pada 30 November 2012.
  2. ^ "Teknologi Harumanis Sepanjang Tahun". BH. Dicapai pada 30 November 2012.

Pautan luar sunting