Harun al-Rasyid

(Dilencongkan daripada Harun al-Rashid)

Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 23 Mac 809, di Thus, Khurasan.

Harun ar-Rasyid
Khalifah Baghdad
Persian miniature depicting Hārūn ar-Rashīd.
Pemerintahan14 September 786 - 24 Mac 809
15 Rabiul awal 170H - 3 Jamadil akhir 193H
PendahuluAbu Abdullah Musa bin Mahdi al-Hadi
PenggantiMuhammad bin Harun al-Amin
DinastiBani Abbasiyah
AyahandaMuhammad bin Mansur al-Mahdi
BondaAl-Khayzuran

Harun Ar-Rasyid ialah khalifah kelima daripada Bani Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. Ayahandanya bernama Muhammad Al-Mahdi, khalifah yang ketiga dan abangnya, Musa Al-Hadi ialah khalifah yang keempat. Ibundanya, Jurasyiyah al-Khayzuran berasal dari Yaman.

Walaupun berasal daripada dinasti Abbasiyah, Harun Ar-Rasyid dekat dengan keluarga Barmaki dari Parsi (Iran). Ketika masa mudanya, Harun banyak belajar daripada Yahya ibn Khalid Al-Barmak.

Era pemerintahan Harun yang dilanjutkan oleh Ma'mun Ar-Rasyid, dikenali sebagai Zaman Keemasan Islam kerana ketika itu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia.

Pada masa pemerintahannya, beliau:

  • Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat.
  • Membangunkan kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah.
  • Membangunkan tempat-tempat ibadat.
  • Membangunkan prasarana pendidikan, kesihatan, dan perdagangan.
  • Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai sebuah lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian.
  • Membangunkan majlis Al-Muzakarah iaitu lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana.
Didahului oleh
Al-Mahdi
Khalifah Bani Abbasiyah
(786803)
Diikuti oleh:
Al-Amin