Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali (28 November 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor yang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti PAS, beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

Dato’ Dr.

Hasan Mohd Ali
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
Mac 2008 – 18 Januari 2012
Didahului olehAbdul Rahman Palil
Digantikan olehKhalid Ibrahim
Ahmad Yunus Hairi
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Gombak Setia
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Yuszahari Mohd Yusoff
Digantikan oleh Hasbullah Mohd Ridzwan
Majoriti2797
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Parit Buntar, Perak
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Abdul Rahman Sulaiman
Digantikan oleh Abdul Hamid Zainal Abidin
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Burong, Selangor
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Mohd Aini Taib
Digantikan oleh Mohd Shamsudin Lias
Butiran peribadi
Lahir (1947-11-28) 28 November 1947 (umur 76)
Klang, Selangor
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (dipecat pada 8 Januari 2012)
KediamanTaman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur
PekerjaanPenceramah motivasi, ahli politik

Beliau pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga digugurkan pada Jun 2011[1] dan akhirnya dipecat pada Januari 2012[2].

Pendidikan sunting

Beliau dilahirkan di Klang, Selangor pada 28 November 1947.[perlu rujukan]

Beliau mendapat Ijazah pertama dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana Urban Planning dari Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat pada tahun 1975 dan PhD Urban Science dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1985.[perlu rujukan]

Kerjaya sunting

YB Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan seperti:[perlu rujukan]

  • Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
  • Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
  • Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
  • Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
  • Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM

Beliau merupakan penceramah motivasi dan pernah menjadi pengerusi majlis Forum Perdana Ehwal Islam di RTM1 selain memberi ahli panel di al-Kuliyyah (TV3) dan banyak lagi. Pada 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).[perlu rujukan]

Biro Tatanegara sunting

Dr Hassan Ali pernah dilantik menjadi Pengarah Biro Tatanegara (BTN) – sebuah agensi kerajaan bagi meningkatkan semangat patriotik di kalangan penjawat awam dan ahli politik.[perlu rujukan]

Kem motivasi di Hulu Langat sunting

Beliau meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan pada 1985 dan memulakan pusat motivasi. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. dan Akademi Keluarga Bahagia (AKRAB). Dr Hassan Ali pernah mempunyai kem motivasi untuk pelajar dan orang ramai di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Mulanya Kem SABHA itu milik beliau dan iklan mengenainya disiarkan melalui surat khabar tempatan.[perlu rujukan]

Politik sunting

Beliau pernah menjadi ADUN Sungai Burong, Selangor dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 sebelum kalah kedua-dua kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.[perlu rujukan]

Pada 2008, beliau memenangi kerusi DUN Gombak Setia, Selangor. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden PAS, Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor dan dan bekas Ketua Pembangkang di DUN Selangor (1999-2004).[perlu rujukan]

Dipecat daripada PAS sunting

Pada 8 Januari 2012, mesyuarat lembaga induk PAS Pusat telah memecat keahlian Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 82(9).[3][4]

Berikut ialah kenyataan Media Presiden PAS:[perlu rujukan]

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (8 Januari 2012), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Sebelum itu, beliau telah menerima surat tunjuk sebab hasil keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.[perlu rujukan]

Hal ini kerana terdapat beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru. Keputusan ini mengejutkan Dr Hasan.[5]

Dr Hasan sebelum ini mendakwa bahawa konsep negara berkebajikan yang dipilih oleh kepimpinan PAS telah lari daripada konsep perjuangan asal. Selain itu, beliau juga telah mempersoalkan tindakan PAS Selangor mengarahkan anggota-anggota PAS menyertai perhimpunan untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat tetapi tidak membenarkan anggota-anggota PAS untuk menyertai perhimpunan anti-murtad tahun lepas.[6]

Penulisan sunting

Dato’ Dr Hasan Ali menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Beliau terlibat sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM. Beliau juga menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.[perlu rujukan]

Kontroversi sunting

Isu Islam Hadhari sunting

Beliau telah membahaskan mengenai pengharaman Islam Hadhari di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mei 2008 dengan mengatakan Islam yang dahulu sudah lengkap dan tidak berubah. Beliau mengarahkan semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.[7]

Kerajaan perpaduan sunting

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau dikatakan berunding dengan pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan perpaduan. Sedangkan ramai wakil rakyat PAS menang kerana sokongan Pakatan Rakyat. Tindakan membelakangkan PR ditafsirkan sebagai belot kepada PR. Slogan PAS iaitu 'PAS For All (PAS Untuk Semua)' berjaya menarik perhatian pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi mengundi PAS bukanlah kerana manifesto PAS tetapi kerana membenci rekod buruk UMNO.[perlu rujukan]

Pengerusi jawatankuasa disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menghantar surat tunjuk sebab kepada beliau. Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009. Dr Hassan Ali boleh digantung jika didapati bersalah iaitu tidak selaris dengan Pakatan Rakyat.[8]

Penjualan arak di Shah Alam sunting

Selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau tidak dapat menerima penjualan minuman beralkohol/arak di kedai-kedai di Shah Alam dan Bandar Baru Bangi kerana bandar ini mempunyai majoriti penduduk Melayu beragama Islam. Sungguhpun kedai 24 jam menyasarkan jualan arak kepada bukan Melayu, tetapi ada juga remaja Melayu yang mengambil kesempatan untuk membelinya.[perlu rujukan]

Mengkritik Selcat sunting

Dr Hassan Ali mengkritik tatacara/prosiding terbuka yang dilakukan oleh Selcat. Prosiding terhadap 9 pegawai daerah secara terbuka di Bangunan Annex di hadapan wartawan, orang awam dan disiarkan secara terbuka telah menjejaskan reputasi dan imej mereka selaku pegawai daerah.[perlu rujukan]

Sungguhpun Selcat mengikut standard antarabangsa, pelbagai kelemahan perlu diperbaiki dan mencontohi PAC. Kebanyakan penjawat awam termasuk pegawai daerah ini ialah orang Melayu. Hassan Ali sendiri pernah menjadi penjawat awam dan menjadi pengarah BTN. Kritikan Hassan Ali mengundang kecaman daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Charles Santiago dan Azmin Ali.[perlu rujukan]

Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat menghantar surat tunjuk sebab terhadap Hassan Ali. Hal ini berikutan kecaman Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap 'beberapa kerat pemimpin bermasalah'. Kemerosotan undi PAS dalam Pilihan raya kecil Bagan Pinang menyebabkan 'kesalahan' Dr Hassan Ali diungkit semula.[9]

Khutbah Jumaat sunting

Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010, Hassan Ali dituduh membaca khutbah di masjid tanpa memenuhi syarat sah khutbah Jumaat iaitu tidak membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. dalam khutbahnya. Beliau dituduh membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April 2010.[perlu rujukan]

Pada 25 April 2010, Hassan Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dengan menyatakan bahawa tuduhan itu tidak benar dan tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau mendakwa tiada mana-mana rukun khutbah Jumaat yang tertinggal. Beliau menambah bahawa beliau berpengalaman membaca khutbah selama 40 tahun dan tiada sebarang laporan dibuat mengenainya. Beliau turut mengatakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bersembahyang di masjid itu juga turut mengesahkan tiada rukun khutbah yang tertinggal.[10][11]

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) sunting

Dato Hassan Ali merupakan penceramah utama dalam Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun). Perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam Melayu di Malaysia. Tema Himpun ialah 'Selamat Akidah' daripada murtad.[12]

Jalur Tiga sunting

Selepas digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan kemudian dipecat daripada PAS pada 8 Januari 2012, Dato Dr Hassan Ali telah menubuhkan sebuah NGO baru bernama 'Jalur Tiga ' atau JATI. Menerusinya beliau memperjuangkan agama Islam, nasib bangsa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu. Jawatan Exco negeri Selangor juga digugurkan dan diganti oleh ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.[13] Melalui Jati, Dato Dr Hassan Ali akan mengadakan jerayawara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Beberapa pihak ragu-ragu Hassan Ali dan menganggap pemecatannya tidak memberi kesan ketara. Kajian oleh Pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki yang meninjau pendapat ramai di Youtube, Malaysiakini dan The Malaysian Insider mendapati perjuangan dan jelajah Hassan Ali menerusi Jati tidak membimbangkan.[14]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Rakyat: P54 Parit Buntar[15]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
1999 Hasan Mohamed Ali (PAS) 15,931 53% Abdul Rahman Suliman (UMNO) 13,837 46%
2004 Hasan Mohamed Ali (PAS) 14,623 42% Abdul Hamid Ngah (UMNO) 19,312 56%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N6/N8 Sungai Burung[15]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
1999 Hasan Mohamed Ali (PAS) 5,591 49% Mohd Aini Taib (UMNO) 5,500 48%
2004 Hasan Mohamed Ali (PAS) 4,801 33% Mohd Shamsudin Lias (UMNO) 9,321 65%
Dewan Undangan Negeri Selangor: N17 Gombak Setia[15]
Tahun Penentang Undian Pts Barisan Nasional Undian Pts
2008 Hasan Mohamed Ali (PAS) 14,391 55% Yuszahari Mohd Yusoff (UMNO) 11,594 45%

Rujukan sunting

  1. ^ "Hasan Ali digugur sebagai Pesuruhjaya PAS S'gor", Malaysiakini.com, 13 Jun 2011.
  2. ^ Pas Kelantan Online - Dato Hassan Ali dipecat dari PAS
  3. ^ "Harakah Daily-PAS pecat Hasan Ali". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-09. Dicapai pada 2012-01-08.
  4. ^ UtusanOnline-Pas pecat Hasan Ali
  5. ^ Hasan Ali terkejut dipecat daripada Pas, 08/01/2012 7:07pm
  6. ^ Bernama (9 Januari 2012). "Hasan Ali dipecat sebagai anggota PAS serta-merta". The Borneo Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-18. Dicapai pada 18 Januari 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Selangor haramkan Islam Hadhari[pautan mati kekal], PAS Selangor.
  8. ^ "Hasan terima surat tunjuk sebab", Malaysiakini.com, 10 November 2009.
  9. ^ Hasan terima surat tunjuk sebab
  10. ^ Bernama (28 April 2010). "Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 29 April 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ BERNAMA (28 April 2010). "Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 10 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ HIMPUN: Hasan Ali sertai, 10,000 dijangka hadir
  13. ^ MB jawab isu gugurkan Hasan Ali
  14. ^ Tinjauan PAS: Pemecatan Hasan Ali beri kesan minima
  15. ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 30 Mei 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)