Hasbullah Abd Halim

Dato' Paduka Syeikh Hasbullah bin Haji Abd Halim (lahir 28 Julai 1941 di Langkawi, Kedah) adalah bekas Mufti negeri Kedah.

PendidikanSunting

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Langkawi (1959) ; Maktab Mahmud (1963) dan Universiti Al Azhar, Mesir bidang Syariah (1969). Kemudian sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1986) dan memperolehi Diploma Kehakiman dan Pentadbiran Syariah.

KerjayaSunting

Kerjaya beliau bermula sebagai Kadi di beberapa daerah seperti di daerah Kota Setar , Yan ,SikKuala Muda. Kemudian menjadi Pegawai Pendakwa (3 tahun) dan Timbalan Kadi Besar Kedah Selatan (3 tahun). Seterusnya menjadi Setiausaha Baitulmal Kedah (5 tahun) ; Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (6 bulan); Kadi Besar Ketua Hakim Syariah dan terakhir sebagai Mufti Negeri Kedah Darul Aman (1 Julai 2002 - kini).


Aktiviti sosialSunting

Beliau menjadi AJK Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah dan AJK Maahad Dini.

PenghargaanSunting

Beliau menerima pingat Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) (1985); pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) (1992) ; pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1996) dan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS). [1]

RujukanSunting