Hasnol Bin Hassan Ariff atau lebih dikenali dengan mononim Hasnol ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau meraih kejayaan dalam bidang muzik selepas memenangi tempat ketiga Sony Music Voice of Asia pada 1991.[2][3] Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.

Hasnol
Nama lahirHasnol Bin Hassan Ariff
Kelahiran1970 (umur 53–54)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif
  • 1992–1994
  • 2014–kini
Syarikat rakaman
Sony Music

Kerjaya sunting

Selepas memenangi tempat ketiga Voice of Asia pada 1991, Hasnol merakamkan album pertamanya, Sudi Katakan Sudi pada 1992. Lagunya yang bertajuk sama pernah memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-8 setahun berikutnya, Pada tahun 1994, Hasnol melancarkan album keduanya berjudul Caraku. Pada tahun 2014, beliau kembali ke industri muzik dengan melancarkan dua lagu baru, "Tinggallah" dan "Kasih Abah".[2][4] Hasnol juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, telah menjayakan drama Mencari Kiblat Cinta dan Pelangi Hati serta My Sweetheart Hannan.

Gegar Vaganza 2014 sunting

Hasnol ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu kedua.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2014
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Throwback "Laguku Untukmu" Dirinya sendiri Ke-2
Minggu 2 Memori Berkasih "Harus Terpisah" Cakra Khan Tersingkir

Kehidupan peribadi sunting

Hasnol berkahwin dengan Marina Mohin pada tahun 2010.[1] Beliau dikurniakan 4 anak yang mana 3 daripadanya menerusi perkahwinan terdahulu beliau bersama Akhmarzuraikha Salleh pada tahun 1994.[2][6]

Diskografi sunting

Album sunting

  • Sudi Katakan Sudi (1992)
  • Caraku (1994)

Kompilasi sunting

Single sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1993 Anugerah Juara Lagu 93 Lagu Terbaik (Sudi Katakan Sudi) Pop Rock Diri sendiri Juara
1993 Anugerah Industri Muzik Pertama Artis Baru Terbaik (Solo) Dirinya sendiri Tercalon
1994 Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-7[7] Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2020). "Dunia seni penuh hasad dengki". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2021.
  2. ^ a b c "Hasnol sedia kembali". Perak Today. 1 April 2014. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  3. ^ Rudy Imran Shamsuddin (13 Januari 2013). "Cinta Hasnol tak padam". Metro Ahad. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  4. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (29 Mac 2015). "Taruhan baharu Hasnol". Berita Minggu. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  5. ^ "Demam jejas persembahan, Hasnol peserta sulung meninggalkan Gegar Vaganza". Astro Awani. 24 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-04. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  6. ^ Mohd Al Qayum Azizi (2 Julai 2015). "Kemelut rumah tangga Hasnol, isteri akhirnya pulih". mStar Online. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  7. ^ "Ning Baizura, Hasnol anggap pencalonan sebagai dorongan". Berita Harian. 5 April 1994. Dicapai pada 17 Mei 2018.

Pautan luar sunting