Datuk Hassan Harun (3 Oktober 1945 – 31 Disember 2020; Jawi: حسن هارون) atau juga dikenali sebagai Abe Hase ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia. Namanya melonjak selepas Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46.

Pengasas Sekolah Kadir Adabi sunting

Selain itu Datuk Hassan Harun ialah pengasas sekolah swasta di Kota Bharu, Kelantan - Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Tinggi Wadi Sofia. Dua sekolah ini sering menyiarkan iklan bagi menarik pelajar yang ingin meneruskan pendidikan yang sedikit berlainan dari sekolah kebangsaan. Beliau menumpukan tenaga kepada sekolah ini selepas meletakkan jawatan di KUB.[1] Sekolah Wadi Sofia terdiri daripada Wadi Sofia International School (WaSIS), Sekolah Tinggi Wadi Sofia (STWaS), Sekolah Rendah Wadi Sofia (SRWaS), Wadi Sofia Tadika (WaSKid), dan Wadi Sofia Pusat Bahasa (WaSCoL).

Universiti Tun Abdul Razak atau Unitar (1998) di Kuala Lumpur juga sebuah institusi pendidikan yang dijuarai oleh Datuk Hassan Harun.

Sebenarnya Hassan Harun sudah terlibat dengan dunia pendidikan sejak 1964. Beliau menjadi guru ganti Bahasa Inggeris sebuah sekolah di Kelantan. Beliau membantu menubuhkan Institut Pendidikan Kelantan (1968), Kumpulan Maktab Adabi, Kumpulan Adabi Sdn Bhd (1970) iaitu rangkaian sekolah menengah swasta di Semenanjung Malaysia.Pada 1986, beliau IPTS Adabi dan memulakan program berkembar pertama di Malaysia dalam kerjasama dengan Universiti Nasional Indonesia. "ADABI" ialah jenama produk makanan seperti rempah, mi segera, sos, dan sebagainya. Produk ini boleh didapati di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Seterusnya Hassan Harun menubuhkan Akademi Kenali (1973), Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) (1991) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) (1998), yang merupakan universiti dalam talian yang pertama di Malaysia.

Pengerusi KUB sunting

Hassan Harun dilantik sebagai Pengerusi 'Koperasi Usaha Bersatu Bhd' (KUB) (1991) sebuah entiti perniagaan yang membabitkan UMNO dan banyak menjurus kepada pendidikan. Namun KUB ini tidak bertahan lama apabila ditukar taraf dari koperasi kepada status syarikat pada 1997 dan disenarai awam. Asalnya KUB diterajui oleh Datuk Harun Idris dan ramai pemimpin yang melompat ke Semangat 46.Ahli koperasi ini terdiri daripada ahli UMNO. KUB memiliki saham dari Damansara Realty dll.

KUB pernah melabur dalam bidang ICT iaitu pengeluaran disket komputer, restoran makanan A&W, Tele Dynamics, KUB Telecommunication, KUB-Fujitsu Telecommuncation, pengeluaran baju 'Canggih', pemaju perumahan Via Bina Alam Bersatu Berhad di Rawang,Selangor dan lain-lain. Turut terlibat ialah Datuk Syed Amin Aljeffri (Presiden DPMM Wilayah Persekutuan) dan Datuk Mohd Nor Azam (bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia). Pada Mei 2000, KUB mempunyai ibu pejabat sendiri iaitu 'Menara KUB' berhampiran Menara Berkembar Petronas di Jalan Yap Kwan Seng[2].Akhirnya pada 2004, Hassan Harun meletak jawatan sebagai pengerusi KUB.[3][4]

Politik sunting

Datuk Hassan Harun pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO selama 11 tahun, Senator (1988-1991), Wakil Malaysia ke Wawasan Kumpulan Asia-Eropah (AEVG), ahli Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Malaysia, ahli Majlis ICT Bumiputera Malaysia, ahli Perundingan Ekonomi Negara Majlis 2 (MAPEN) (1998-2001), dan ahli Lembaga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (1998-2005).

Selaku Senator di Dewan Rakyat pada 1987-1989, beliau pernah menyuarakan agar kerajaan pusat menyerahkan royalti minyak Kelantan pada 1989. Rekod persidangan Dewan Negara pada 9 April 1989, pada halaman 993,994 dan 995, Hassan pernah bertanyakan soalan berkaitan kepada Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Datuk Kasitah Gaddam mewakili Perdana Menteri telah menjawab antara lain menyatakan bahawa kerajaan Kelantan akan menerima sebanyak 5 peratus daripada minyak dan gas yang dikeluarkan seperti diterima oleh Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Tahun 1970-an, syarikat Esso telah menggerudi dua telaga di Kelantan tetapi gagal menemui minyak. Pada Ogos 1988, konsortium antara Home Oil Malaysia Ltd., Petro-Canada Malaysia Inc., Texaco Canada Malaysia Inc., PEXCO N.V. dan PETRONAS Carigali membelanjakan $43 juta untuk kerja-kerja mencarigali di dalam tempoh tiga tahun dan menggerudi empat telaga rambang di Blok PM2.

Tokoh Guru Kebangsaan 2012 sunting

Pada 16 Mei 2012, beliau dinobat sebagai 'Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan 2012' sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaaan di Kuala Kangsar, Perak. Datuk Omar Mohd Hashim terpilih sebagai 'Tokoh Guru Kebangsaan 2012'. Tokoh guru lain ialah bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Datuk Mary Yap Kain Ching, bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telok Pulai, Kluang, Johor, Mohd Azman Abdul Rashid dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011, Lim Ai Lee. Mereka semua menerima sebutir pingat emas, plak, sijil dan wang tunai sebanyak RM10,000. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[5]

Beliau pernah menerima pingat AMN dan gelaran 'Datuk' (DMSM), Triple 'A' Award (AIM, Kuala Lumpur), Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan, dan Pendidikan dari Pusat Pengurusan Antarabangsa (IMC) UK, Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR, Malaysia).

Kematian sunting

Hassan meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 31 Disember 2020.[6]

Jawatan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting