Hassan Ahmad (agamawan)

ulama Malaysia
(Dilencongkan dari Hassan bin Ahmad)

Dato' Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad merupakan seorang ulama di Malaysia. Beliau merupakan bekas mufti Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1997 hingga 2014.

Dato' Seri Haji

Hassan Haji Ahmad

PJN; DGPN, DSPN (Pulau Pinang); PMP (Perak)
Mufti Pulau Pinang
Dalam jawatan
1997–2014
Didahului olehSyeikh Azmi Ahmad
Digantikan olehWan Salim Wan Mohd Noor
Butiran peribadi
Lahir (1942-10-10) 10 Oktober 1942 (umur 81)
 Pulau Pinang
PasanganDatin Seri Pauziah Mohd Nor
Anak-anak8 orang
HubunganIdris Ahmad (adik)
PekerjaanUlama

Peribadi sunting

Haji Hassan dilahirkan pada 10 Oktober 1942 di Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Pauziah Mohd Nor pada 10 April 1975 dan dikurniakan 8 orang anak, iaitu Dahlia (dilahirkan pada tahun 1977), Paiz (dilahirkan pada tahun 1979), Razi (dilahirkan pada tahun 1981), Farihah (dilahirkan pada tahun 1983), Muhammad (dilahirkan pada tahun 1985), Basyirah (dilahirkan pada tahun 1987), Fikri (dilahirkan pada tahun 1989) dan Syazwani (dilahirkan pada tahun 1995).

Beliau merupakan abang kepada ahli Dewan Negara Malaysia, Ustaz Datuk Idris Haji Ahmad.

Pendidikan sunting

Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Melayu Jelutong, Taiping, Perak (1949 - 1955). Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Maktab Pengajian Islam Kota Bharu, Kelantan (1965 - 1967) dan Maahad Al-Dakwah Wal Imamah Nilam Puri, Kelantan (1967 - 1969). Beliau meneruskan pengajian sarjana muda di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan (1969 - 1972) sebelum menyambung pengajian ijazah Sarjana Usul al-Fiqh dari Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar Mesir (1972 – 1975).

Pengalaman sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan pada Julai 1976 hingga Mac 1981. Kemudian beliau bertugas pula sebagai Pensyarah Fakulti Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dari April 1981 hingga Ogos 1997. Ketika di Universiti Malaya, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Syariah pada 1990 hingga 1991, sebelum menjadi Dekan Fakulti pada 1991 hingga 1992.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Mufti Negeri Pulau Pinang pada tahun 1997 sehingga 2014. Sepanjang bergelar mufti beliau turut menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (1997-2014), Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Untuk Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia (2001), Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Lembaga Tabung Haji Malaysia-JAKIM (2003-kini) dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang (2005-2013)

Bibliografi sunting

  • Riwayat hidup al-Imam al-Nawawi, terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2005
  • Al-Mafhum wa Mauqif al-Usuliyina min Hujjiyatih, terbitan Penerbit Hizbi, Shah Alam, 1998
  • Usul al-Fiqh, terbitan Pustaka Haji Abd. Majid, Selangor, 1998
  • Kaedah dan Peraturan Pajak Gadai Mengikut Kehendak Islam, terbitan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2002

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Sumber sunting