Hassan bin Husin yang berasal dari Gunung, Kelantan Darul Naim, adalah pengasas Silat Gerak Kuntau. Hassan Bin Hussin telah berguru secara terus dengan datuk sebelah ayahnya iaitu Putih (Lang Merah) dari Perguruan Silat Lang Merah dan juga telah berguru secara terus dengan datuk sebelah ibunya iaitu Gee Sing (Che Kob) dari Perguruan Kuntau Gee Sing. Melalui gabungan dua perguruan inilah, akhirnya Hassan bin Hussin telah mengasaskan perguruan Seni Silat Gerak Kuntau.