Hatha Yoga (Bahasa Sanskrit: हठयोग, IAST: haṭhayoga (IPA-hns ɦəʈʰəˈjoːɡə), juga dipanggil haṭhavidya (हठविद्या); yang dimana Hatha bermaksud kekuatan, adalah merupakan sistem tambahan berunsur fizikal dan satu cabang daripada konsep luas Yoga.[1]

Shiva dalam postur meditasi

Tradisi hindu percaya bahawa Deva Shiva adalah pengasas Hatha yoga.[2][3]

Pada abad ke-20, Hatha yoga yang berunsur postur (Asana) telah menjadi popular diseluruh dunia sebagai latihan fizikal, yang kini dipanggil sebagai "senaman yoga".

SejarahSunting

LagendaSunting

Menurut legenda hindu, Deva Shiva dikreditkan sebagai pencipta Hatha yoga. Dikatakan bahawa di sebuah pulau yang sunyi, yang dianggap tiada orang lain akan mendengar rahsia ilmu yoga, Deva Shiva memberikan pengetahuan Hatha yoga kepada isteri-Nya Dewi Parvati,[1] tetapi seekor ikan yang bernama Matsya telah mendengar keseluruhan wacana. Dengan memperolehi wacana yoga, ikan Matsya kemudian menjadi seorang pendeta Siddha dan kemudian dikenali sebagai Matsyendranath. Matsyendranath kemudian mengajar Hatha yoga kepada murid yang bernama Gorakshanath dan juga kepada seorang lelaki yang tiada tangan, bernama Chaurangi. Hatha Yoga Pradipika (kitab sanskrit untuk Hatha yoga) menyebutkan beberapa nama Yogi Hatha dan penyunting kitab yoga yang terkenal. Hatha yoga turun-kemurun diajar hanya kepada murid yang berdisplin tinggi dan dipilih dengan teliti oleh Yogi Hatha, untuk menjaga kualiti tradisi yoga dan ilmu pengajaran.

RujukanSunting

  1. ^ a b Master Murugan, Chillayah (20 October 2012). "Yoga sebagai senaman, kesihatan dan kehidupan". Silambam. Dicapai pada 31 May 2013.
  2. ^ See Ganga White, pages 28–29.
  3. ^ See Introduction of Daniélou, pp 16–17.

Pautan luarSunting