Hatta Dolmat

Pereka fesyen Malaysia

Muhammad Hatta bin Dolmat (lahir 19 Disember 1982) ialah seorang pereka fesyen Malaysia. Beliau telah melakar sejarah sebagai pereka fesyen lestari pertama dengan koleksi lestari di Malaysia dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records[1] sebagai pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian berkonsep pelestarian alam sekitar.

Hatta Dolmat
Kelahiran (1982-12-19) 19 Disember 1982 (umur 38)
WarganegaraMalaysia
PendidikanUiTM Seri Iskandar, Perak
UiTM Shah Alam, Selangor
PekerjaanPereka fesyen
Laman web rasmihattadolmat.net

Latar belakangSunting

Hatta Dolmat dilahirkan pada 19 Disember 1982 di Melaka. Meskipun dilahirkan di Melaka, Hatta dibesarkan di Bandar Baru Bangi, Selangor[2]. Hatta memulakan jalan pendidikannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam Diploma Fesyen di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak pada 2000-2003, dan seterusnya menyambung pengajian Sarjana Muda Seni Reka Fesyen di UiTM Shah Alam, Selangor pada 2003-2005.

AktivismeSunting

Hatta terlibat aktif menyertai program Selamatkan Hutan Kita kendalian badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka)[3].

AnugerahSunting

  • 2003 - Pemenang Anugerah Pereka Muda (daripada One Utama dan Jaya Jusco)
  • 2005 - Pemenang Anugerah Piala Jarum Berlian (daripada Utusan Malaysia)
  • 2005 - Pemenang Trofi Pesona Pengantin (daripada Kumpulan Karangkraf)
  • 2006 - Anugerah Pakaian Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
  • 2006 - Terpilih sebagai salah seorang pereka fesyen untuk menunjukkan rekaan dalam Anugerah Era
  • 2007 - Tempat Ketiga dalam program Project Runway Malaysia
  • 2007 - Pemenang Anugerah Ethnic Chic Design Award, anjuran Persatuan Fesyen Singapura
  • 2007 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2008 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2008 - Tersenarai dalam Sepuluh Bintang Meningkat Naik dalam Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia, oleh Perikatan Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFA)
  • 2009 - Anugerah Anak Warisan Tokoh Belia
  • 2010 - Penerima Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular ABPBH
  • 2010 - Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Persatuan Pereka Bumiputera (BWD).
  • 2011 - Pereka Terbaik Tahun Ini, oleh Universo De' Commercio Business Awards
  • 2017 - Anugerah Ikon Industri Kreatif oleh UiTM.

RujukanSunting

  1. ^ Zubaidah Ibrahim (24 November 2020). "Fabrik botol plastik". Kosmo!. Diarkibkan from yang asal pada 24 November 2020. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  2. ^ Budiey (13 Januari 2007). "Mengenali Pereka Fesyen Terkenal Bernama Hatta Dolmat, Di Sini Bermulanya". Budiey.Com. Diarkibkan from yang asal pada 26 November 2020. Dicapai pada 13 Februari 2021.
  3. ^ Izyan Liyana (25 Oktober 2020). "Kesal Sikap Individu Tidak Beradab Di Dalam Hutan- Hatta Dolmat". Sinar Plus. Diarkibkan from yang asal pada 13 Februari 2021. Dicapai pada 13 Februari 2021.