Hawa Rizwana

Penyampai berita, pengacara dan penyampai radio Malaysia
(Dilencongkan dari Hawa Rizwana Ahmad Redzuan)

Hawa Rizwana binti Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan (lahir 7 September 1995) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai Berita TV9 (2016-18) dan kini merupakan bekas penyampai Buletin Utama di TV3 (2019-22). Namanya menjadi tular di media sosial kerana memiliki wajah seiras selebriti terkenal, Neelofa.[1] Bapanya ialah bekas pengacara televisyen, Prof. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman.[2][3] Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Illinois, Amerika Syarikat[3] mula menjalani latihan sebagai penyampai berita ketika masih mengikuti latihan industri sebagai wartawan penyiaran untuk program Wanita Hari Ini (WHI).[3]

Hawa Rizwana
Kelahiran
Hawa Rizwana binti Ahmad Redzuan

(1995-09-07) 7 September 1995 (umur 28)
PendidikanSarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Penyampai berita
  • Pengacara
  • Wartawan
  • Penyampai radio
  • Pelakon
Tahun aktif2016–kini
Majikan
Ibu bapaProf. Dato' Dr. Ahmad Redzuan Abdul Rahman (bapa)
Saudara
  • Adam Riyadz Ahmad Redzuan (abang)
  • Amzar Rudzain Ahmad Redzuan (adik)

Hawa Rizwana pernah mewakili Malaysia untuk persembahan tarian di Hungary sempena Festival Royal Days (Kiralyi Napok) pada 2015. Beliau juga ialah peminat tegar sukan badminton.[4]

Beliau menjadi salah seorang pengacara Wanita Hari Ini di TV3 dari 2020 hingga 2022.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Bas Terakhir Malam Raya Mariah Filem pertama, penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Aku Tak Raya Dirinya sendiri TV3 Drama pertama, penampilan khas
2022 Jiwa Wanita Pengacara TV9
2023 Imam Instant Ustazah Scammer Dirinya sendiri Astro Ria Penampilan khas
The Cadets Farah Astro Ceria
Yang Tahu Je Tahu Cikgu Hana Ismail Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Raya Sebagai Isteri Soraya Astro Ria Telefilem pertama

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016–2018 Berita TV9 Penyampai berita TV9
2018 Dakwat Di Jari Pengacara mengacara bersama Zharif Zhafri
2019–2022 Buletin Utama Penyampai berita TV3
Buletin Pagi
Buletin 1:30
2020–2022 Wanita Hari Ini Pengacara
Helo Doktor
2021 Sembang Sahur
2022–kini MeleTOP Astro Ria mengacara bersama Nabil Ahmad
2023 Sayang Ajar Masak 2 Artis Jemputan Astro Gempak bersama Zizan Razak
Real Men Malaysia: Wira Merah Peserta Astro Ria
Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Berkorban Apa Saja"
2024 Nadi Weekend Pengacara Astro Arena

Videografi sunting

Video Klip sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2022 "Oh Wanita" Khai Bahar

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
2 Ogos 2021 – 30 Jun 2022 Fokus Pagi Buletin FM
11 Februari 2023 – kini Sabtu Pagi ERA Era

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pengacara TV Popular Tercalon

Catatan sunting

  1. ^ Biarpun dilahirkan di Amerika Syarikat, Hawa Rizwana membesar di Malaysia dan diisytihar sebagai rakyat Malaysia melalui naturalisasi, dan hanya memegang kewarganegaraan Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Wajah iras Neelofa, pelajar jadi penyampai berita TV9". The Malay Mail. 17 Julai 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ "Biodata Hawa Rizwana". Encik Shino. 4 Oktober 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  3. ^ a b c Oleh Mazizul Dani, "Nekad kerana kata-kata bapa" MyMetro Jumaat, 4 Ogos 2017. Diambil 03 Disember 2018.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (26 Mei 2019). Tidak kejar glamor, yakini diri Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  5. ^ Impian Hawa Rizwana mengacara WHI tercapai mStar Online (7 April 2020). Dicapai pada 28 Mei 2020.

Pautan luar sunting