Hayao Miyazaki

Animator dan pengarah filem Jepun

Hayao Miyazaki (Jepun: 宮崎 駿, Hepburn: Miyazaki Hayao, lahir 5 Januari 1941) ialah seorang juruanimasi, pengarah fulem, penulis dan pengkarya komik dari Jepun. Beliau dengan Studio Ghibli yang didirikannya sebagai pengasas bersama dikenali dengan produksi filem cetera anime yang hebat, malah dianggap antara juruanimasi terunggul sepanjang zaman sehingga mengilham banyak pelukis dan pengkarya seni.

Hayao Miyazaki
宮崎 駿
Miyazaki di Festival Filem Venezia tahun 2008
Kelahiran (1941-01-05) 5 Januari 1941 (umur 83)
WarganegaraJepun
Pusat pendidikanUniversiti Gakushuin
Pekerjaan
Tahun aktif1963–kini
Majikan
PasanganAkemi Ōta (k. 1965)
Anak-anak
BapaKatsuji Miyazaki

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Hayao Miyazaki lahir pada 5 Januari 1941 di bandar Akebono-cho di kawasan Bunkyō, Tokyo. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik;[1][a] Ayahnya Katsuji Miyazaki (s. 1915 – 18 Mac 1993),[1] mengarah syarikat perkilangan Miyazaki Airplane menghasilkan kemudi pesawat pejuang semasa Perang Dunia Kedua [2] yang mampu menampung keluarganya.[3] Keluarga Hayao berpindah ke Utsunomiya ketika berusia 3 tahun[b] namun dipindahkan lagi ke Kanuma berikutan suatu pengeboman oleh pihak Amerika Syarikat yang menyerang di sana pada Julai 1945[1][3] - peristiwa tersebut sangat mengesan kepada beliau.[3]

Penceburan dalam bidang animasi sunting

Beliau diambil bekerja dalam studio Toei Animation pada 1963[4] di mana beliau bekerja sebagai penganimasi antara gambar dalam filem Doggie March serta siri TV Wolf Boy Ken (1963). Beliau terlibat dalam suatu pertikaian sehingga menjadi ketua kesatuan sekerja studio tersebut pada tahun 1964.[4]

Beliau mengkarya sebuah siri manga berjudul Sabaku no Tami dari September 1969 hingga Mac 1970 dalam majalah Shōnen shōjo shinbun (少年少女新聞) di bawah nama samaran Saburō Akitsu (Jepun: 秋津三朗).

Kemasyhuran sunting

Pada bulan September 2013, beliau mengumumkan kemungkinan bersaraan daripada kerja menganimasi dalam filem sambil berhasrat meneruskan kerja menguruskan pameran dalam Muzium Studio Ghibli.[5][6]

Filemografi terpilih sunting

Nota sunting

  1. ^ Arata (lahir Julai 1939), Yutaka (lahir Januari 1944) dan Shirou.[1]
  2. ^ McCarthy (1999) states Miyazaki was evacuated at age three and began school as an evacuee in 1947.[2] Nausicaa.net (1994) references the evacuation as "[b]etween 1944 and 1946".[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Nausicaa.net 1994.
  2. ^ a b McCarthy 1999, m/s. 26.
  3. ^ a b c Miyazaki 1988.
  4. ^ a b McCarthy 1999, m/s. 30.
  5. ^ Anime News Network 2013a.
  6. ^ Akagawa 2013.

Pautan luar sunting