Hazlin Hussain

Penyampai berita Malaysia

Hajah Hazlin Hussain (lahir 16 Disember 1983) merupakan seorang pengacara televisyen dan penyampai berita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya penyiaran dengan menjadi salah seorang peserta Gadis Melayu musim kedua di TV9, beliau seterusnya menyertai TV3 sebagai salah seorang penyampai beritanya.[1]

Hazlin Hussain
Kelahiran (1983-12-16) 16 Disember 1983 (umur 40)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perbankan
Pusat pendidikanUniversiti Utara Malaysia
Pekerjaan
  • Penyampai berita
  • Pengacara
Tahun aktif2009–kini
Majikan
PasanganMior Abdul Malek Raiyani (k. 2015)
Ibu bapa
  • Halimah Mohd Din (ibu)
  • Hussain Yusof (bapa)

Kehidupan peribadi sunting

Hazlin dilahirkan pada 16 Disember 1983 dan dibesarkan di Kajang, Selangor dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perbankan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah. Beliau berkahwin dengan rakan sekerjanya di TV3, Mior Abdul Malek Raiyani pada 15 Disember 2015.[2] Beliau mula bertudung pada 25 Februari 2014.[3]

Kerjaya sunting

Hazlin memulakan kerjaya penyiaran setelah menjadi finalis program pencarian bakat Gadis Melayu musim kedua terbitan TV9.[4] Selepas Gadis Melayu tamat, Hazlin mendaftarkan dirinya di TV3 seterusnya berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama, Buletin 1:30 dan Buletin Pagi. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan dokumentari 999 yang mana beliau menggantikan Zakiah Anas yang menamatkan khidmatnya di TV3 pada 2014. Menerusi rancangan inilah beliau terkenal dengan slogan "Ingat, jenayah membawa padah!" pada akhir rancangan. Selain itu, beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.[5]

Penghijrahan sunting

Hazlin memilih mengenakan hijab pada 25 Februari 2014 dan selepas itu melakukan penghijrahan sekala kecil tatkala namanya berada di kemuncak semasa menjadi hos 999 bagi tahun keempat bagi edisi 2014/16, sebelum berhijab Hazlin sinonim imej boyish dan lasak telah berubah berikutan pemergian sahabat beliau.Dalam satu temubual dengan majalah Mingguan Wanita beliau memilih berhijrah kerana mencari rentak dan mula mendekati agama.

Kini Hazlin menghabiskan masa dengan hadiri majlis ilmu di masjid atau surau sambil perbaiki diri malah menjadi suri rumah sepenuh masa kerana suaminya Mior Malek Rayani sahaja masih meneruskan berkhidmat di TV3, selain itu pada 26 September 2023 Hazlin menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana (Master Degree) Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Hazlin Hussain". Azhan.co. 11 April 2017. Dicapai pada 11 April 2017.
  2. ^ Farhana Ab Rahman (15 Disember 2015). "Personaliti TV3, Hazlin, Mior sah suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 15 Disember 2015.
  3. ^ Khairul Amri Hassan (8 Mac 2014). "Berhijab, Hazlin ingat mati". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 11 April 2014.
  4. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (21 Januari 2013). "Idam jadi pelakon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Disember 2015.[pautan mati kekal]
  5. ^ Ramlah Zainal (10 Julai 2015). "Persiapan lebaran 3 personaliti". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2015.

Pautan luar sunting