Hazwani Helmi

penyanyi-penulis lagu, Pengacara TV, model, dan aktivis kemanusiaan.

Nur Hazwani Afiqah Helmi (lahir 29 Januari 1997) ialah penyanyi penulis lagu, pengacara TV, pelakon, model, dan aktivis kemanusiaan Malaysia. Dikenali secara meluas sebagai Beatboxer Muslimah, beliau mula menulis lagu pada usia 13 tahun. Karya pertama beliau bertajuk "Jom Zikir" yang ditulis sendiri dalam album kakaknya, Heliza Helmi[1] #JOM pada tahun 2013. Beliau memulakan kerjayanya di industri hiburan pada usia awal, dan dikenali sebagai salah seorang komposer termuda pada masa itu. Beliau dan kakaknya (The Helmis) ialah pemenang tempat keempat Astro Oasis, "Gema Gegar Vaganza" musim 2 pada 2018.

Hazwani Helmi
Kelahiran
Nur Hazwani Afiqah binti Helmi

(1997-01-29) 29 Januari 1997 (umur 27)
PendidikanIjazah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dalam Psikologi
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penceramah, pengacara, model, pelakon, aktivis
Tahun aktif2015–kini
SaudaraHeliza Helmi (kakak)

Kehidupan awal sunting

Hazwani dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak bongsu dari empat adik beradik kepada seorang pegawai polis yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak iaitu Helmi Mohd Hasbi dan isterinya yang merupakan anak jati Terengganu, Latifah Muhammad.

Hazwani kemudian dibesarkan di Tawau, Sabah kerana tugas bapanya di negeri itu selama 11 tahun dari umur 3 hingga 14 tahun, iaitu dari tahun 2000 sehingga 2011. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah Pra-sekolah Islam di Tawau dari tahun 2000 hingga 2003. Hazwani kemudian melanjutkan pendidikan rendahnya di SK Holy Trinity dan Sekolah Islamiah Tawau dari tahun 2004 hingga 2009. Beliau meneruskan pendidikan menengah di SMK Tawau pada tahun 2010 dan kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur, dua tahun kemudian pada 2012 untuk menyambung dan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sana. Beliau kemudiannya berjaya menamatkan pengajian di SMK Perimbun, Cheras serta mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu peribadi dan pernah memberikan ceramah motivasi pada usia 16 tahun.[2] Beliau mula menyertai banyak misi kemanusiaan selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014.

Walaupun sering sibuk dengan pelbagai aktiviti di usia muda, namun beliau turut bergiat aktif dengan kelab dan pertandingan sewaktu di zaman universiti. Beliau pernah menjadi pelajar perempuan pertama yang mengetuai bacaan Baiah bagi seluruh pelajar yang baru memasuki Asasi UIA, Pj. Selain itu, beliau pernah mewakili universitinya bagi pertandingan nasyid peringkat ASEAN.

Hazwani telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi dengan kepujian di UIA pada tahun 2022 sebaik sahaja beliau selesai pulang dari mengerjakan ibadah haji pada bulan ogos 2022.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Minah Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Janji Pada Hati Laila TV AlHijrah Drama pertama

Rujukan sunting

  1. ^ Amry, Syanty Octavia (2017-09-13). "Heliza berduet dengan adik". HM Online. Dicapai pada 2020-02-15.
  2. ^ "Heliza Helmi Dorong Adik Jadi Aktivitis Kerja Amal | Artikel | Gempak". www.gempak.com. Dicapai pada 2020-02-15.

Pautan luar sunting