Heart merupakan filem Indonesia yang ditayangkan pada 11 Mei 2006 yang diarahkan oleh Hanny R. Saputra serta dibintangi oleh Nirina Zubir, Irwansyah dan Acha Septriasa. Nirina Zubir memenangi Piala Citra untuk Pelakon Utama Wanita Terbaik dalam filem ini.

Heart
Filem Heart 06.jpg
PengarahHanny R. Saputra
PenerbitChand Parwez Servia
PenulisArmantono
Dibintangi olehNirina Zubir
Irwansyah
Acha Septriasa
Muzik olehMelly Goeslaw
Anto Hoed
SinematografiWawan I. Wibowo
Syarikat
penerbitan
Kharisma Starvision Plus
Mula ditayangkan
11 Mei 2006
Tempoh tayangan
125 minit
NegaraIndonesia
BahasaIndonesia

SinopsisSunting

Filem ini menceritakan tentang Rachel (Nirina Zubir) seorang gadis tomboy, enerjik, berpenampilan cuek dan penuh inisiatif, sementara Farrel (Irwansyah), pemuda tampan, kreatif dan apa adanya. Keduanya menghabiskan masa kecil mereka bersama-sama sehingga dewasa.

Suatu hari disebuah kedai buku, Farrel bertemu dengan seorang gadis penulis komik bernama Luna (Acha Septriasa). Farrel jatuh cinta pada pandangan pertama dan mengharapkan Rachael untuk membantunya meluluhkan hati Lunna. Tiba-tiba Rachel merasa cemburu, perasaan yang tidak pernah ia rasakan sebelumnya. Lambat-laun ia mengubah penampilannya menjadi feminim dengan maksud mencari perhatian Farrel.

Suatu hari tanpa disengaja Rachel mendapati Farrel dan Luna berciuman dan ia pun berlari tanpa tujuan. Akibatnya ia tertabrak dan kakinya harus diamputasi. Pada waktu yang sama, Luna jatuh sakit dan dirawat di hospital yang sama dengan Rachael. Disanalah Rachel mengetahui betapa besar cinta Farrel kepada Luna, dimana ia memerlukan penderma hati untuk bertahan hidup.

Rachel akhirnya bersedia mendermakan hatinya untuk Luna jika ia sudah meninggal. Farrel dan Luna menikah, dan ketika mereka bermain ditempat Farrel dan Rachel biasa bermain, Farrel naik keatas rumah pokok yang dibuatnya dengan Rachel dan terkejut ketika mendapati tulisan "Rachel love Farrel" disana. Farrel pun baru sedar bahawa Rachael menyukainya sejak kecil.

Filem diakhiri ketika Farrel menangis diatas rumah pokok itu, selagi suara Rachel menarasikan dialog terakhir dari filem, bahawa dengan mendermakan hatinya pada Lunna, Rachel boleh terus hidup sebagai hati yang peduli terhadap Farrel.

PelakonSunting

  • Nirina Zubir sebagai Rachel
  • Irwansyah sebagai Farrel
  • Acha Septriasa sebagai Luna
  • Rachel Amanda sebagai Rachel (Kecil)
  • Irshadi Bagas sebagai Farrel (Kecil)
  • Salma Paramitha sebagai Luna (Kecil)
  • Ari Sihasale sebagai Adam (Ayah Luna)
  • Unique Priscillia sebagai Rahayu (Ibu Rachel)
  • Joshua Pandelaki sebagai Doktor

AlbumSunting

Ost. Heart
 
Album studio oleh Melly Goeslaw
Dikeluarkan pada2006
Dirakam pada2006
GenrePop
Masa54:44
SyarikatAquarius Musikindo
PenerbitMelly Goeslaw
Anto Hoed
Kronologi Melly Goeslaw
Ost. Apa Artinya Cinta?
(2005)
Ost. Heart
(2006)
Mindnsoul
(2007)

Ost. Heart ialah album dari filem Heart pada tahun 2006 yang diterbitkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya Anto Hoed. Namun dalam album ini, Melly tidak menyumbangkan suaranya, sebab pelakon dalam filem inilah yang menyanyi seperti Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir. Ditambah penyanyi yang lain seperti Anda "Bunga" (yang juga menyumbangkan suaranya dalam Ost. Ada Apa dengan Cinta? dalam lagu Tentang Seseorang), dan juga penyanyi baru Christina.


Daftar laguSunting

No. TajukPenulisKomposer Masa
1. "My Heart" (Irwansyah & Acha Septriasa)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 4:30
2. "Pencinta Wanita" (Irwansyah)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 4:13
3. "Kehilangan" (Guitar Version)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:00
4. "Sampai Menutup Mata" (Acha Septriasa)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:55
5. "Menghitung Hari 2" (Anda)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:52
6. "Hari Ini, Esok dan Seterusnya" (Nirina Zubir)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:23
7. "Perempuanku" (Irwansyah) Melly Goeslaw & Anto Hoed 3:51
8. "Berdua Lebih Baik" (Acha Septriasa)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:36
9. "My Heart" (Guitar Version)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 4:30
10. "Kehilangan" (Christina)Melly GoeslawMelly Goeslaw & Anto Hoed 3:00

Rujukan luarSunting