Hearts Of men (HOM) merupakan salah satu kumpulan dari kumpulan kumpulan vokal yang memperjuangkan konsep RuffnB dengan pengaruhan dari kumpulan vokal seperti Dru Hill dan Jodeci. Bersama teman teman seperjuangan yang lain seperti Infinatez, Soul Dinero, Frequent dan Crescendo, mereka meneruskan legasi vokal harmoni di Malaysia.

Sebagai sebuah kumpulan vokal harmoni, Hearts of Men ataupun singkatannya HOM yang dianggotai oleh Fauzan, Endera, Faizul dan Amir tetap tidak menafikan pengaruhan dari kumpulan vokal lain seperti Shai, Boyz II Men, Innuendo dan lain lain lagi, bagi memvariasikan kemampuan vokal mereka.

Informasi sunting

Hearts Of Men pernah dibubarkan seketika kerana beberapa masalah dalaman yang melihat anggota anggotanya membawa haluan sendiri, namun sebagai salah seorang pengasas kumpulan tersebut, Fauzan dan Amir meneruskan perjuangan dengan membina semula kumpulan tersebut dengan bantuan dua orang ahli baru iaitu Endera dan Faizul.Setiap ahli mempunyai vokal yang versatil dan mampu untuk mengalunkan harmoni yang cukup kemas dan mantap.


Pautan luar sunting

[1]