H. J. Heinz Company ialah syarikat pemprosesan makanan Amerika Syarikat yang beribupejabat di One PPG Place in Pittsburgh, Pennsylvania.[1] Syarikat ini diasaskan oleh Henry J. Heinz pada 1869. Heinz mengeluarkan ribuan produk makanan dalam kilang di enam benua, dan memasarkan produk-produk ini di lebih 200 negara dan wilayah. Syarikat ini dikatakan mempunyai 150 jenama nombor satu atau nombor di serata dunia.[2] Heinz merupakan pengeluar sos tomato di AS dengan saham pasaran melebihi 50%;[3][4] Label Ore-Ida memegang 46% sektor kentang beku pada 2003.[5]

H. J. Heinz Company
Pembahagian
IndustriPemprosesan makanan
DitubuhkanJanuari 1869; 153 tahun yang lalu (1869-01) (sebagai Heinz Noble & Company)
Sharpsburg, Pennsylvania, A.S.
PengasasHenry J. Heinz
Ibu pejabatPittsburgh, Pennsylvania
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
KeluaranSos, kondimen
IndukKraft Heinz
Laman web rasmi
www.heinz.com

Sejak 1896, syarikat ini menggunakan slogan "57 Varieties"; yang diilhamkan oleh papan tanda iklan 21 gaya kasut, dan Henry Heinz memilih nombor 57 biarpun syarikat itu mengeluarkan lebih daripada 60 produk pada masa itu. Pada Februari 2013, Heinz bersetuju untuk dibeli oleh Berkshire Hathaway dan firma pelaburan Brazil 3G Capital pada harga $23 bilion.[6] Pada 25 Mac 2015, Kraft mengumumkan penggabungan dengan Heinz, diuruskan oleh Berkshire Hathaway dan 3G Capital.[7][8] Kraft Heinz Company ialah syarikat makanan kelima terbesar di dunia.[9] Berkshire Hathaway menjadi pemilik majoriti Heinz pada 18 Jun 2015. Selepas mengeluarkan waran untuk memperoleh saham 46 juta bagi saham biasa untuk harga keseluruhan sebanyak $461 juta, Berkshire menaikkan sahamnya kepada 52.5%.[10]

RujukanSunting

  1. ^ "Kraft Heinz moving Illinois headquarters from Northfield to Chicago". www.bizjournals.com. Dicapai pada September 16, 2018.
  2. ^ Byrne, Brendan (March 27, 2013). "Heinz Set For Shareholder Vote". Valuewalk.com. Heinz is as international as they come claiming to have 150 number-one or number two-brands worldwide.
  3. ^ "Heinz Still "America's Favorite Ketchup"". CBS MoneyWatch. October 1, 2009. the Heinz brand generates almost $4 billion in annual sales, with a global reach across all of the company's food categories-ketchup in the United States, salas cream and baked beans in Great Britain, and baby food in Canada and Latin America - and its products enjoy #1 or #2 market share in more than 50 countries
  4. ^ Javier E. David (February 15, 2013). "The Ketchup War that Never Was: Burger Giants' Link to Heinz". CNBC. Pittsburgh-based Heinz commands a 60% market share in the U.S
  5. ^ "Mr. Potato Head A dirt-poor farmer turned spud scraps into gold". CNN Money. November 1, 2003.
  6. ^ "Berkshire Hathaway, 3G Buying Heinz for $23.3 Billion". Cnbc.com. November 21, 2012. Dicapai pada February 14, 2013.
  7. ^ "3G Capital, Berkshire to Buy Kraft Foods, Merge It With Heinz". Bloomberg. March 25, 2015. Dicapai pada March 25, 2015.
  8. ^ "H.J. Heinz Company and Kraft Foods Group Sign Definitive Merger Agreement to Form The Kraft Heinz Company". H.J. Heinz Press Release. March 25, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2015. Dicapai pada March 25, 2015.
  9. ^ Feeney, Nolan (March 25, 2015). "Kraft and Heinz Merge to Become World's 5th-Largest Food Company". TIME magazine.
  10. ^ Cabural, Marie (June 18, 2015). "Berkshire Hathaway Becomes Majority Owner of H.J. Heinz Company". ValueWalk. Dicapai pada June 19, 2015.

Pautan luarSunting