Helah atau habuan

Aktiviti semasa Halloween

Helah atau habuan (Jawi: هيله اتاو هبوان, Inggeris: Trick or treat) adalah amalan lazim yang dilakukan ketika hari Halloween di kebanyakkan negara. Kanak-kanak pada hari tersebut akan berpakaian kostum yang menarik dan pergi satu rumah ke satu rumah untuk meminta habuan seperti gula-gula (atau wang bagi sesetengah budaya) sambil memberi ucapan "helah atau habuan" di hadapan tuan rumah.

Kanak-kanak yang melakukan amalan "helah atau habuan"

Di Amerika Utara, helah atau habuan ini telah menjadi adat tradisi Halloween sejak lewat 1950-an. Pemilik rumah kebiasaannya akan menghiasi rumah mereka dengan pelbagai dekorasi seperti sarang labah-labah plastik, tengkorak kertas dan labu hiasan, Jack-o-Lantern. Sesetengah pemilik hanya akan meninggalkan gula-gula di dalam pasu anjung mereka dan ada yang lain akan memberi habuan tersebut kepada kanak-kanak selepas ucapan helah atau habuan. Pada tahun-tahun belakangan ini, amalan ini telah merebak di mana-mana rumah dalam kejiranan yang disinggahi oleh kanak-kanak sama ada di kediaman warga tua mahupun di kondominium.

Tradisi pergi pintu ke pintu rumah untuk menerima makanan telah wujud di Britain dan Ireland lagi dimana kanak-kanak dan orang miskin akan menyanyi dan mengucapkan doa-doa kepada si mati. Makanan tersebut diberi dalam bentuk kek yang dipanggil "Kek Roh" (Soul Cake).[1] Amalan penyamaran dan memberi wang syiling telah dicatat di Scotland pada tahun 1895 dimana kanak-kanak akan menyamar sambil membawa tanglung yang diperbuat daripada lobak putih. Mereka akan pergi rumah ke rumah serta dihadiahkan kek, buah-buahan dan wang.[2]

Bacaan lanjut sunting

  • Ben Truwe, The Halloween Catalog Collection. Portland, Oregon: Talky Tina Press, 2003. ISBN 0-9703448-5-6. Mengandungi sejarah tentang "helah atau habuan" di Amerika.

Rujukan sunting

  1. ^ Roger, Nichola (2002). Halloween: From Pagan Ritual to Party Night. Oxford University Press. m/s. 28–30. ISBN 0-19-514691-3.
  2. ^ Frank Leslie's popular monthly, Volume 40, November 1895, p. 540-543.