Helikopter Tempur Ringan HAL

Helikopter Tempur Ringan HAL (HTR) merupakan sebuah helicopter tempur yang kini sedang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Ltd, India bagi kegunaan oleh Tentera Udara India dan Tentera Darat India.

Helikopter Tempur Ringan
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Hindustan Aeronautics Limited
Status Sedang dibangunkan
Pengguna utama Tentera Udara India
Tentera Darat India
Dibangunkan dari HAL Dhruv

Pembangunan sunting

HTR dibangunkan bagi disesuaikan dengan peranan anti-infantri dan anti-armour yang boleh beroperasi pada aras tinggi (16,300 kaki).

HAL berharap untuk membekalkan Angkatan Tentera India kira-kira 65 buah pesawat bersenjata bermula pada 2010.[1] Helikopter ini akan dijanakuasa oleh enjin Shakti yang dibangunkan oleh HAL, dengan kerjasama Turbomeca dari Perancis. Helikopter in juga akan dilengkapkan dengan system bidikan lekapan helmet, system peperangan elektronik dan system persenjataan termaju.

Pada 2006, HAL telah memilih meriam M621 untuk digabungkan dengan turet Nexter THL 20, dan akan dioperasikan oleh sistem bidikan lekapan helmet.[2] HAL telah melengkapkan fasa pembangunan dan akan membuat ujian penerbangan ke atas helikopter pada Mac 2009, lewat tiga bulan dari tarikh asal pada Disember 2008.[3] Tiga prototaip akan dibina. Versi kedua akan dilengkapkan dengan persenjataan sebelum membuat ujian penerbangan. Prototaip ketiga akan diserahkan kepada Tentera Udara India untuk diuji oleh pengguna.[4]

HTR akan mengabungkan sejumlah ciri-ciri halimunan dan giar pendaratan yang boleh bertahan semasa terhempas bagi meningkatkan kebolehan ikhtiar hidup. HTR memiliki fiuslaj yang sempit, dengan dua stesyen bagi krew.

Kos pembangunan projek HTR ditambat pada Rs 376.67 kror disebabkan ia merupakan sebuah terbitan dari helikopter HAL Dhruv, yang mana telah digunakan oleh angkatan bersenjata. Dengan penerbangan sulung dirancang pada Mac 2009, HAL berharap HTR ini bersedia untuk mendapat pelepasan operasi awal pada Disember 2010. Ini bermakna, semakan semula garis masa mencadangkan helikopter HTR seberat 5.5-tan ini sepatutnya bersedia untuk memasuki perkhidmatan Tentera Udara India pada 2012-2013.[5]

Spesifikasi sunting

Data dari Defense Update[6]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 15.8 m (51 kaki 8in)
  • Diameter rotor: 3.55 m (11 kaki 6 in)
  • Tinggi: 4.7m (15 kaki 4 in)
  • Ceper luas: m² (kaki²)
  • Berat kosong: 2550 kg (5621 lb)
  • Berat berisi: 4000 kg (8818 lb)
  • Berat berguna: 2950 kg (6503 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 5,500 kg (12125 lb)
  • Loji kuasa:Shakti turboshaft, 900 kW (1200 hp) setiap satu

Prestasi


Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukans sunting

  1. ^ Paris Air Show: First flight of HAL`s light combat helicopter in 2008
  2. ^ "Missile Mirage", Aviation Week & Space Technology, January 1 2007.
  3. ^ Helikopter Tempur Ringan HAL akan diuji terbang pada hujung tahun
  4. ^ Helikopter Tempur Ringan akan diterbangkan tidak lama lagi
  5. ^ Helikopter penyerang buatan tempatan akan terbang pada Mac
  6. ^ "LCH page on Global Security.org". Dicapai pada 2007-04-03.

Pautan luar sunting