Helikopter penyerang

Helikopter penyerang adalah merupakan sebuah helikopter tentera yang telah direka dan dibina khas bagi membawa senjata untuk menyerang sasaran-sasaran di darat, seperti pasukan infantri musuh, kenderaan berperisai dan struktur-struktur. Antara jenis persenjataan yang digunakan oleh helikopter ini adalah meriam automatik, mesingan, roket dan peluru berpandu seperti Hellfire. Kebanyakan helikopter penyerang juga berupaya untuk dilengkapi dengan peluru berpandu udara ke udara bagi mempertahankan diri. Helikopter penyerang pada hari ini memiliki dua peranan utama: pertama, memberi sokongan udara dekat secara terus dan tepat kepada pasukan darat, dan kedua, dalam peranan anti kereta kebal untuk memusnahkan pasukan armor musuh. Helikopter penyerang juga membantu helikopter ringan dalam misi tinjauan bersenjata.

Sejarah sunting

 
Prototaip AH-1, helikopter penyerang khusus yang pertama yang menjadi contoh pada helikopter penyerang moden pada hari ini.
 
Prototaip Cheyenne
 
Helikopter Huey-Cobra pada hari ini.
 
Helikopter penyerang Mil Mi-24 buatan Rusia.

Pada pertengahan 1960-an, Tentera Darat Amerika Syarikat telah memutuskan bahawa helikopter penyerang khusus dengan kelajuan dan kuasa tembak yang lebih berkuasa daripada helikopter bersenjata diperlukan untuk menentang tembakan dari darat (biasanya menggunakan mesingan berat dan roket anti kereta kebal) daripada tentera Viet Cong dan Tentera Darat Vietnam Utama. Berdasarkan situasi ini dan penglibatan A.S yang semakin meningkat di Vietnam, Tentera Darat A.S. telah membangunkan keperluan bagi helikopter penyerang khusus, iaitu program Sistem Sokongan Tembakan Udara Termaju (AAFSS). Pada 1965, rekabentuk helikopter daripada firma Lockheed iaitu AH-56 Cheyenne bagi tujuan ini telah dipilih.[1]

Meskipun Tentera Darat A.S telah mula membuat perolehan bagi helikopter penyerang khusus yang baru, penambahbaikan terhadap keupayaan helikopter yang telah diubahsuai bagi sementara waktu masih diperlukan (seperti helikopter UH-1B/C). Pada akhir 1965, satu jawatankuasa pegawai tinggi telah dipilih bagi menilai beberapa versi prototaip helikopter bersenjata untuk mendapatkan versi yang mempunyai peningkatan keupayaan paling ketara berbanding helikopter UH-1B. Tiga buah versi helikopter diatur berdasarkan kedudukan semasa penilaian iaitu; Sikorsky S-61, Kaman H-2 Tomahawk, dan Bell Huey Cobra. Helikopter-helikopter ini dipilih untuk bersaing dalam ujian penerbangan yang dijalankan oleh Aktiviti Ujian Penerbangan Tentera Darat. Setelah selesai penilaian penerbangan, Aktiviti Ujian telah mencadangkan helikopter Huey Cobra buatan Bell sebagai helikopter bersenjata sementara sehingga helikopter Cheyenne sedia untuk memasuki perkhidmatan. Pada 13 April 1966, Tentera Darat A.S telah menganugerahkan Bell Helicopter Company satu kontrak pengeluaran bagi 110 buah helikopter AH-1G Cobra.[1] Cobra memiliki fiuslaj yang berbentuk lampai dan ramping bagi menjadikan bentuknya lebih kecil, meningkatkan pelindungan perisai, serta lebih laju.

Pada 1967, helikopter pertama AH-1G telah dikerahkan ke Vietnam. Pada masa yang sama, helikopter Cheyenne berjaya melengkapkan penerbangan sulung dan penilaian penerbangan awal. Dan sementara program Cheyenne mengalami beberapa masalah selama beberapa tahun disebabkan oleh masalah-masalah teknikal, helikopter Cobra telah mengukuhkan reputasinya sebagai platfom persenjataan udara yang cekap, meskipun mengalami masalah keupayaan jika dibandingkan dengan helikopter AH-56,[1] dan juga isu-isu berkaitan dengan rekabentuknya sendiri. Sehingga 1972, apabila program Cheyenne kemudian dibatalkan bagi memberi laluan kepada program Helikopter Penyerang Termaju[1], helikopter "Snake" sementara telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah helikopter penyerang.

Selepas Perang Vietnam, terutamanya apabila memasuki tahun 1990-an, helikopter penyerang yang dilengkapi peluru berpandu berevolusi menjadi sebuah senjata anti kereta kebal utama. Berupaya untu bergerak ke medan pertempuran dengan pantas dan melancarkan "serangan pantas", helikopter mendatangkan ancaman utama walaupun dengan kehadiran pertahanan udara organik. Helikopter bersenjata menjadi alat utama bagi Tentera Darat A.S dan negara-negara Pakatan Warsaw dalam peperangan kereta kebal, dan kebanyakan helikopter penyerang menjadi semakin digunakan dalam misi anti kereta kebal.[2] Kor Marin Amerika Syarikat melihat helikopter, sepertimana aset pesawat kepak kaku yang lain, berperanan dalam memberi sokongan dekat udara, dan memiliki helikopter sokongan dekat khusus seperti AH-1 Cobra and AH-1 Super Cobra. Walau bagaimanapun, helikopter Soviet masih mengekalkan keupayaan untuk mengangkut tentera selain memiliki keupayaan sebagai helikopter penyerang.

Meskipun helikopter cukup efektif sebagai berperanan sebagai pemusnah kereta kebal d Timur Tengah, helikopter penyerang dilihat lebih berpotensi dalam misi pelbagai peranan. Taktik, seperti tank plinking, membuktikan bahawa pesawat kepak kaku lebih efektif dalam memusnahkan kereta kebal, akan tetapi helikopter mengekalkan ciri-ciri penerbangan aras rendah yang unik dan keupayaan terbang perlahan bagi peranan sokongan udara dekat. Helikopter khusus yang lain dibangunkan untuk misi operasi khas, termasuk helikopter MH-6 bagi sokongan dekat udara ekstrem.

Peranan "serangan jauh ke dalam" secara bebas oleh helikopter penyerang menjadi tanda tanya setelah kegagalan misi semasa serangan ke atas Karbala semasa Perang Teluk 2003.[3] Misi kedua di kawasan yang sama, empat hari kemudian dengan bantuan tembakan artileri dan sokongan pesawat kepak kaku,[4] adalah lebih berjaya dan dengan kehilangan yang lebih kecil.

Helikopter penyerang moden sunting

 
AH-64 Apache milik Tentera Darat A.S
 
Pelancar roket.
 
Tiger UHT dari Tentera Darat Jerman

Pada akhir 1970-an, Tentera Darat A.S memerlukan pemodenan dalam pasukan helikopter penyerangnya, iaitu keupayaan untuk beroperasi pada semua keadaan cuaca. Ekoran itu, program Helikopter Penyerang Termaju telah dimulakan. Dari program inilah, helikopter Hughes YAH-64 telah dipilih sebagai pemenang. Angkatan tentera Soviet juga menyedari mereka memerlukan helikopter yang lebih canggih. Pegawai-pegawai tentera kemudian mengarahkan Kamov dan Mil menghantar cadangan rekabentuk. The Ka-50 officially won the competition, but Mil decided to continue development of the Mi-28 that they had originally submitted.

The 1990s could be seen as the coming-of-age for the U.S. attack helicopter. The AH-64 Apache was used extensively during Operation Desert Storm with great success. Apaches fired the first shots of the war, destroying enemy early warning radar and SAM sites with their Hellfire missiles. They were later used successfully in both of their operational roles, to direct attack against enemy armor and as aerial artillery in support of ground troops. Hellfire missile and cannon attacks by Apache helicopters destroyed many enemy tanks and armored cars.

Today, the attack helicopter has been further refined, and the AH-64D Apache Longbow demonstrates many of the advanced technologies being considered for deployment on future gunships. The Russians are currently deploying the Ka-50, and Mi-28, which are roughly equivalent though these attack aircraft are not linked into a command and control system at a level which is quite comparable to current U.S. equipment. Many students of ground attack helicopter warfare feel that linking into a network is a requirement of today's modern armies, since attack helicopters are being increasingly incorporated as part of a linked support element system by most of the armies of the world.

Pengajaran tentang had dan kebebasan helikopter penyerang sunting

Pada 24 Mac, 2003, Kor V, A.S telah melancarkan serangan dengan menggunakan 32 buah helikopter Apache, untuk menentang pasukan armor Divisyen Medina di Karbala, dengan terbang melalui ruang udara Karbala. "Para pegawai tentera darat percaya bahawa kawasan perhimpunan penerbangan yang diwujudkan oleh tentera darat di padang pasir Iraq telah diawasi oleh pemerhati musuh, yang mana telah menyedari persediaan tempur yang dilakukan pada malam 24 Mac." Komander Kor telah memberitahu pemberita bahawa analisis selepas serangan mendedahkan pemerhati Iraq telah memberi amaran berjaga-jaga kepada pertahanan Iraq dengan menggunakan telefon selular.[5][3]

Apabila mereka menghampiri Karbala, grid kuasa elektrik di Karbala kemudian dimatikan, dan keadaan menjadi gelap. Helikopter Apache kemudian ditembak bertalu-talu oleh senjata anti pesawat. Sebuah helikopter berjaya ditembak jatuh (anak kapalnya berjaya ditawan oleh pasukan tentera Iraq, tetapi kemudian berjaya diselamatkan oleh tentera A.S), dan merosakkan helikopter yang lain. Serangan ini kemudian dibatalkan.

Dua hari kemudian, tentera darat sekali lagi menggunakan helikopter Apache untuk melaksanakan serangan ke atas Iraq pada waktu malam. Walau bagaimanapun, taktik yang digunakan pada kali ini adalah berbeza berbanding pada 24 Mac.[4] The damage done, "Keputusan serangan adalah boleh dibanggakan: tujuh meriam pertahanan udara Iraq berjaya dimusnahkan, bersama-sama tiga sistem artileri, lima radar, dan 25 kenderaan atau sistem-sistem persenjataan lain. Tiada helikopter Apache yang ditembak jatuh. Tidak lama kemudian, Divisyen Infratri ke-3 berjaya menumpaskan Divisyen Medina semasa kemaraan mereke ke kota Baghdad."[5]

Pada 26 Mac, sistem-sistem lain digunakan bagi menyokong serangan ini, bermula dengan pengeboman artileri selama empat minit bagi mengganggu penembak. Setelah helikopter bergerak ke arah kawasan Najaf, lampu-lampu sekali lagi dipadamkan, dan tembakan anti pesawat dilepaskan bertalu-talu apabila helikopter menghampiri sasaran.

Dua perkara berbeza dilakukan pada kali ini. "Apache menembak sambil bergerak dan bukannya berlegar-legar di udara seperti kebiasaan taktik tentera darat di medan pertempuran. Ini menjadikan helikopter lebih sukar ditembak dari tanah, akan tetapi taktik ini juga mengurangkan ketepatan tembakannya." Pesawat-pesawat pejuang kepak kaku juga memberi perlindungan kepada helikopter Apache dari sisi dan melumpuhkan banyak pertahanan udara. Sambil bergerak, Apache akan memberitahu lokasi sasaran-sasaran pertahanan udara kepada pesawat pejuang.[5]

Serangan pada 24 Mac masih sedang dianalisis, dan para pegawai tentera laut mencadangkan bahawa penggunaan helikopter AH-64 secara bersendirian tidak berkesan untuk melakukan serangan jauh ke dalam tanpa sokongan pesawat konvensional. Para penganalisis lain berpendapat misi ini tidak dirancang dengan baik dan pihak Iraq memiliki maklumat risikan yang baik terhadap laluan serangan yang akan diambil oleh Apache. Walau bagaimanapun, secara umumnya misi Apache telah berubah dari melakukan serangan jauh ke dalam garisan musuh kepada memberi sokongan terus kepada pasukan.

Salah satu pengajaran terpenting yang boleh didapati ekoran serangan yang tidak berjaya ke atas kereta kebal Iraq di Karbala, Iraq, adalah helikopter AH-64 masih mampu bertahan untuk berfungsi dengan efektif meskipun mengalami kerosakan. Ia juga menjelaskan, misi yang dilakukan oleh sebuah helikopter penyerang tanpa bantuan SEAD (Suppression of Enemy Air Defense), tidak boleh menembusi pertahanan musuh yang berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Model sunting

Beberapa contoh helikopter penyerang moden adalah;

Perbandingan sunting

Dimensi sunting

Helikopter Penerbangan sulung Panjang Diameter rotor Tinggi Berat kosong Kuasa
Agusta A129 Mangusta 1983 12.3 m (40 ka) 11.9 m (39 ka) 3.4 m (11.2 ka) 2,500 kg (5,500 lb) 2×664 kW (890 shp)
TAI/AW T-129 2009 13.45 m (44 ka) 11.9 m (39 ka) 3.45 m (11.3 ka) 2,900 kg (6,400 lb) 2×1,014 kW (1,360 shp)
AgustaWestland Apache[6] 1998 17.7 m (58 ka) 14.6 m (48 ka) 3.87 m (12.7 ka) 5,165 kg (11,400 lb) 2×1,566 kW (2,100 shp)
Bell AH-1G Cobra 1966 16.2 m (53 ka) 13.4 m (44 ka) 4.1 m (13.5 ka) 2,600 kg (5,700 lb) 1×820 kW (1,100 shp)
Bell AH-1Z Viper 2000 17.8 m (58 ka) 14.6 m (48 ka) 4.1 m (13.5 ka) 5,600 kg (12,300 lb) 2×1,340 kW (1,800 shp)
Boeing AH-64 Apache 1975 17.7 m (58 ka) 14.6 m (48 ka) 3.9 m (12.8 ka) 5,200 kg (11,500 lb) 2×1,490 kW (2,000 shp)
Denel Rooivalk 1990 18.7 m (61 ka) 15.6 m (51 ka) 5.2 m (17.1 ka) 5,700 kg (12,600 lb) 2×1,420 kW (1,900 shp)
Eurocopter Tiger 1991 14.0 m (46 ka) 13.0 m (43 ka) 3.8 m (12.5 ka) 3,100 kg (6,800 lb) 2×873 kW (1,170 shp)
HAL-LCH 2010 15.8 m (52 ka) 13.3 m (44 ka) 4.7 m (15.4 ka) 2,250 kg (5,000 lb) 2×1,067 kW (1,430 shp)
Kamov Ka-50/-52 1982 (Ka-50) 16.0 m (52 ka) 14.5 m (48 ka) 4.9 m (16.1 ka) 7,700 kg (17,000 lb) 2×1,641 kW (2,200 shp)
Mil Mi-24 1969 17.5 m (57 ka) 17.3 m (57 ka) 6.5 m (21.3 ka) 8,500 kg (18,700 lb) 2×1,600 kW (2,150 shp)
Mil Mi-28 1982 17.0 m (56 ka) 17.2 m (56 ka) 4.7 m (15.4 ka) 8,600 kg (19,000 lb) 2×1,636 kW (2,190 shp)

Prestasi sunting

Helikopter Halaju maksimum Halaju krus Jarak Siling Kadar mendaki
Agusta A129 Mangusta 280 km/j (170 mph) 230 km/j (140 mph) 510 km (320 bt; 280 nmi) 4,700 m (15,000 ka) 10.2 m/s (33 ft/s)
TAI/AW T-129 315 km/j (200 mph) 270 km/j (170 mph) 561 km (350 bt; 300 nmi) 6,096 m (20,000 ka) 14 m/s (46 ft/s)
AgustaWestland Apache[6] 293 km/j (180 mph) 259 km/j (160 mph) 537 km (330 bt; 290 nmi) 6,400 m (21,000 ka) 12.7 m/s (42 ft/s)
Bell AH-1G Cobra 230 km/j (140 mph) 570 km (350 bt; 310 nmi) 3,500 m (11,000 ka) 6.3 m/s (21 ft/s)
Bell AH-1Z Viper 410 km/j (250 mph) 300 km/j (190 mph) 690 km (430 bt; 370 nmi) 6,100 m (20,000 ka) 14.2 m/s (47 ft/s)
Boeing AH-64 Apache 290 km/j (180 mph) 270 km/j (170 mph) 480 km (300 bt; 260 nmi) 6,400 m (21,000 ka) 12.7 m/s (42 ft/s)
CAIC WZ-10 300 km/j (190 mph) 270 km/j (170 mph) 800 km (500 bt; 430 nmi) 6,400 m (21,000 ka) 10.2 m/s (33 ft/s)
Denel Rooivalk 310 km/j (190 mph) 280 km/j (170 mph) 740 km (460 bt; 400 nmi) 6,100 m (20,000 ka) 13.3 m/s (44 ft/s)
Eurocopter Tiger 290 km/j (180 mph) 260 km/j (160 mph) 800 km (500 bt; 430 nmi) 4,000 m (13,000 ka) 10.7 m/s (35 ft/s)
HAL-LCH 330 km/j (210 mph) 268 km/j (170 mph) 700 km (430 bt; 380 nmi) 6,500 m (21,000 ka) 12.0 m/s (39 ft/s)
Kamov Ka-50/-52 315 km/j (200 mph) 270 km/j (170 mph) 550 km (340 bt; 300 nmi) 5,500 m (18,000 ka) 10.0 m/s (33 ft/s)
Mil Mi-24 335 km/j (210 mph) 450 km (280 bt; 240 nmi) 4,500 m (15,000 ka)
Mil Mi-28 320 km/j (200 mph) 270 km/j (170 mph) 440 km (270 bt; 240 nmi) 5,700 m (19,000 ka) 13.6 m/s (45 ft/s)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Office of the Assistant Vice Chief of Staff of the Army. "An Abridged History of the Army Attack Helicopter Program". Department of the Army.
  2. ^ Mazarella, Mark N. "Adequacy of U.S. Army Attack Helicopter Doctrine to Support the Scope of Attack Helicopter Operations in a Multi-Polar World" Diarkibkan 2008-04-09 di Wayback Machine. Fort Leavenworth, Kansas: U.S. Army Command and General Staff College, 1994. Accessed on 12 December 2007.
  3. ^ a b Scarborough, Ryan (April 2003), "Apache operation a lesson in defeat; Army choppers hit without air cover.", Washington Times, m/s. 1
  4. ^ a b Ryan O'Rourke (June 4, 2003), Iraq War: Defense Program Implications for Congress (PDF), Congressional Research Service, m/s. CRS-36, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-02-27, dicapai pada 2007-12-12
  5. ^ a b c Newman, Richard J. (October 2003), "Ambush at Najaf: Was it just poor tactics or some deeper problem that caused the failed Apache mission?", Air Force Magazine, 86 (10)
  6. ^ a b Apache AH Mk 1, AgustaWestland.

Bacaan lanjut sunting

  • Duke, R.A., Helicopter Operations in Algeria [Trans. French], Dept. of the Army (1959)
  • France, Operations Research Group, Report of the Operations Research Mission on H-21 Helicopter (1957)
  • Leuliette, Pierre, St. Michael and the Dragon: Memoirs of a Paratrooper, New York:Houghton Mifflin (1964)
  • Riley, David, French Helicopter Operations in Algeria Marine Corps Gazette, February 1958, pp. 21-26.
  • Shrader, Charles R. The First Helicopter War: Logistics and Mobility in Algeria, 1954-1962 Westport, CT: Praeger Publishers (1999)
  • Spenser, Jay P., Whirlybirds: A History of the U.S. Helicopter Pioneers, Seattle, WA: University of Washington Press (1998)